Connect with us

Terkini

Pengampunan Diraja Anwar Ibrahim didakwa langgar Perlembagaan Persekutuan

Pengampunan Diraja yang diberikan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 Mei 2018 didakwa melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Wartawan TMT

Published

on

Pengampunan Diraja Anwar Ibrahim didakwa langgar Perlembagaan Persekutuan
Foto: Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Ketika Datuk Seri Anwar diampunkan dan dibebaskan pada 16 Mei 2018 menerusi Pengampunan Diraja, tiada sesiapa menjawat jawatan Peguam Negara dan Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu.
  • Posting terkini FB Najib Razak mendakwa situasi itu melanggar Perlembagaan Persekutuan.
  • Sekalipun kuasa pengampunan ialah kuasa budi bicara institusi beraja, Perkara 42(4)(a), Perlembagaan Persekutuan meletakkan syarat kuasa ia hendaklah dijalankan mengikut nasihat Lembaga Pengampunan.
  • Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan, sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 42(5), dibaca secara bersama dengan Perkara 42 (11) itu terdiri daripada Peguam Negara Persekutuan, Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan dan tidak lebih daripada tiga orang anggota lain dilantik YDPA.
  • Mengikut Perkara 42(8) mesyuarat Lembaga Pengampunan hendaklah bermesyuarat dengan dipengerusikan YDPA. Perkara 42(9) pula menyatakan bahawa sebelum berikan nasihat kepada YDPA, Lembaga Pengampunan hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat yang mungkin diberikan Peguam Negara mengenai perkara itu.

KUALA LUMPUR – Pengampunan Diraja yang diberikan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 Mei 2018 didakwa melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Ini berikutan pengampunan itu didakwa dilaksanakan tanpa penglibatan Peguam Negara dan Menteri Wilayah Persekutuan yang sepatutnya termasuk dalam ahli Lembaga Pengampunan. 

Posting terkini Facebook Najib Razak berkata, sekalipun kuasa pengampunan ialah kuasa budi bicara institusi beraja, Perkara 42(4)(a), Perlembagaan Persekutuan meletakkan syarat bahawa kuasa pengampunan itu hendaklah dijalankan mengikut nasihat Lembaga Pengampunan.

FB Najib Razak 1

Katanya, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan, sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 42(5), dibaca secara bersama dengan Perkara 42(11) itu terdiri daripada Peguam Negara Persekutuan, Menteri bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan dan tidak lebih daripada tiga anggota lain dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Manakala mengikut Perkara 42(8) mesyuarat Lembaga Pengampunan hendaklah bermesyuarat dengan dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong. Perkara 42( 9 ) pula menyatakan bahawa sebelum memberikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong, Lembaga Pengampunan hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat yang mungkin diberikan Peguam Negara mengenai perkara itu.

FB Najib Razak 2

“Anwar diampunkan dan dibebaskan pada 16 Mei 2018. Tetapi tiada siapa yang menjawat sebagai Peguam Negara sejak 12 Mei 2018 selepas PRU14 setelah kerajaan PH pecat Apandi Ali.

“Pengganti Apandi iaitu Tommy Thomas hanya angkat sumpah pada 5 Jun 2018. Tiada siapa juga yang menjawat sebagai Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu sehingga Khalid Samad mengangkat sumpah pada 2 Julai 2018.

“Sebab itu pengampunan Anwar sedang dicabar dalam Mahkamah sebab didakwa langgar Perlembagaan Persekutuan,” kata hantaran terkini FB Najib Razak.

Najib berkata, “PH selalu kata mereka akan ikut “Rule of Law” tapi realitinya ialah mereka langgar semua, termasuklah Perlembagaan Persekutuan”.

Beberapa tangkap layar berkenaan laporan berita dikeluarkan Malaysiakini dengan tarikh berkenaan turut disertakan dalam hantaran FB itu bagi membuktikan kenyataan di atas.

Sumber: Facebook Najib Razak

Author

Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending