Connect with us

Terkini

Pemimpin muda BN lebih ramai daripada MUDA

Negara tidak pernah ketandusan pemimpin yang mampu berdepan pelbagai cabaran masa kini seperti didakwa bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam.

Wartawan TMT

Published

on

Pemimpin muda BN lebih ramai daripada MUDA
Foto: Sumber Sinar Harian.
  • Negara tidak pernah ketandusan pemimpin yang mampu berdepan pelbagai cabaran masa kini.
  • BN dan UMNO sentiasa mempunyai pelapis yang berketrampilan, berkaliber dan berpendidikan tinggi.
  • Malah pemimpin muda BN lebih ramai daripada pemimpin Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

JOHOR BAHRU – Negara tidak pernah ketandusan pemimpin yang mampu berdepan pelbagai cabaran masa kini seperti didakwa bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam.

Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, sebagai contoh, BN dan UMNO sentiasa mempunyai pelapis yang berketrampilan, berkaliber dan berpendidikan tinggi.

“Malah pemimpin muda BN lebih ramai daripada pemimpin Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda). Saya melihat naratif yang dibawa Tun Musa semalam, kita perlu melihat bahawa BN tidak ketandusan pemimpin golongan Muda.

“Contohnya Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Mohd Shahar Abdullah dan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Sufian Hamdan yang merupakan antara bakat yang kita akan ketengahkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Pengagihan Peranti Mahasiswa Keluarga Malaysia di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini pada Rabu.

Pada Selasa, Musa menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai tiga pemimpin yang mampu menerajui negara ini.

Musa berkata, tiga pemimpin itu dilihat mempunyai kualiti, daya tahan dan karisma dalam memimpin negara mengharungi cabaran masa kini.

Adham yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Invovasi bercadang menemukan Mohd Shahar dan Shahril dengan Musa yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri.

“Ini supaya dia lebih tahu, jangan melihat kepada seorang sahaja, kita ada ramai yang boleh (berbakat kepimpinan). Ini generasi baharu orang muda yang boleh kita lihat,” ujar beliau.

Dalam pada itu, beliau berkata, jentera parti akan membantu pemimpin muda BN yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk diketengahkan bagi menyerlahkan lagi kemampuan mereka.

“Malah Presiden parti juga memainkan peranan penting dalam membuka ruang buat pemimpin muda dengan menetapkan 70 peratus calon PRU15 adalah muka baharu dalam kalangan pemimpin pemuda,” katanya.

UMNO tidak ketandusan pemimpin berketrampilan, berkaliber

Sumber: Sinar Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending