Connect with us

Terkini

Peguam Negara bukan jawatan politik, proses pelantikan perlu dipinda – Pakar Perlembagaan

Jawatan Peguam Negara adalah jawatan yang amat penting dan ia perlulah sentiasa dilihat bersih dan tidak menyebelahi mana-mana pihak serta dicemari kepentingan politik.

Wartawan TMT

Published

on

Peguam Negara bukan jawatan politik, proses pelantikan perlu dipinda - Pakar Perlembagaan
Foto: Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz.
  • Jawatan Peguam Negara perlu sentiasa bersih dan tidak menyebelahi mana-mana pihak serta dicemari kepentingan politik.
  • Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz mencadangkan kerajaan akan datang meminda semula Perlembagaan Persekutuan dalam pelantikan Peguam Negara.
  • Mengikut Peruntukan Perkara 145 berkuat kuasa sekarang, Peguam Negara dilantik Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.
  • Perkara lain yang dicadang turut dipinda adalah pemecatan atau penamatan jawatan Peguam Negara.

SHAH ALAM – Jawatan Peguam Negara adalah jawatan yang amat penting dan ia perlulah sentiasa dilihat bersih dan tidak menyebelahi mana-mana pihak serta dicemari kepentingan politik.

Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata, oleh sebab itu beliau mencadangkan kepada kerajaan akan datang agar meminda semula Perlembagaan Persekutuan dalam pelantikan Peguam Negara.

Katanya, mengikut Peruntukan Perkara 145 yang berkuat kuasa sekarang, Peguam Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

“Perkara 145 ini telah dipinda daripada yang asal melalui Akta 26/1963 yang mula berkuat kuasa pada 16 September 1963.

“Perkara 145 yang asal memperuntukkan seperti berikut: Yang di-Pertuan Agong hendaklah, selepas berunding dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, melantik daripada kalangan anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan seorang Peguam Negara, yang hendaklah seorang yang berkelayakan menjadi hakim Mahkamah Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Kata Shamrahayu lagi, selain pelantikan, perkara lain yang perlu dipinda adalah pemecatan atau penamatan jawatan Peguam Negara.

Katanya, mengikut Perkara 145 sekarang, Peguam Negara memegang jawatan selagi mana diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong. Ini bermaksud Perdana Menteri juga boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk memecat atau menamatkan jawatan Peguam Negara.

Menurutnya, peruntukan asal Perkara 145 menyebut Peguam Negara tidak boleh dipecat tanpa ‘perbicaraan’ atau tanpa prosiding khusus untuk tujuan tersebut.

“Jawatan Peguam Negara perlu bebas dan selamat daripada campur tangan pihak yang mempunyai kepentingan, seperti pihak eksekutif.

“Justeru, prosedur lantikan dan pemecatan atau penamatan perkhidmatan memainkan peranan penting.

“Dapat disimpulkan bahawa jawatan Peguam Negara adalah bukan jawatan politik.

“Namun pindaan kepada Perlembagaan telah membuka ruang kepada campur tangan politik dalam pelantikan dan pemecatan atau penamatan perkhidmatan Peguam Negara,” katanya.

Selain itu, Shamrahayu turut mencadangkan agar ahli-ahli Parlimen yang memenangi Pilihanraya Umum ke- 15 (PRU15) akan datang dengan serius dapat membincangkan perkara ini di Dewan Rakyat.

“Semoga jawatan Peguam Negara tidak dicemari campur tangan politik sehingga menjadi beban kepada institusi raja, iaitu Yang di-Pertuan Agong yang juga mendapat nasihat daripada Peguam Negara,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

(VIDEO) Pengharmonian undang-undang syariah-sivil, apa langkah kerajaan boleh lakukan?

Malaysia dari segi ilmu dan substantif mempunyai bahan-bahan yang mencukupi untuk melaksanakan pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz.
  • Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata semua agensi kerajaan perlu digerakkan untuk menjayakan usaha tersebut sebagaimana ia dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dalam Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia.
  • Ini kerana semua pihak yang terlibat dalam undang-undang itu akan terkesan, sekiranya penambahbaikan undang-undang dilakukan termasuk, pindaan Perlembagaan Persekutuan.
  • “…Usaha (pengharmonian undang-undang) yang berlangsung hampir 40 tahun ini perlu diselaraskan dan cara untuk melaksanakan pengharmonian ini, perlu disusun dengan rapi dan ini memerlukan usaha kerajaan yang berterusan dengan melantik mereka atau agensi yang bertanggungjawab dalam usaha pengharmonian ini.
  • “Kalau ini tidak dilakukan, kita akan bercakap tentang perkara sama walaupun pada 40 tahun akan datang,” katanya ketika ditemui The Merdeka Times di Putrajaya hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang langkah atau strategi yang boleh dilakukan kerajaan, khususnya agensi agama, untuk menjayakan usaha pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini .

KUALA LUMPUR — Malaysia dari segi ilmu dan substantif mempunyai bahan-bahan yang mencukupi untuk melaksanakan pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini.

Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata untuk itu semua agensi kerajaan perlu digerakkan untuk menjayakan usaha tersebut sebagaimana ia dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dalam Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia.

Shamrahayu berkata ini kerana semua pihak yang terlibat dalam undang-undang berkenaan akan terkesan sekiranya penambahbaikan undang-undang dilakukan termasuk, pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan.

“Saya berpendapat bahawa seperti dinyatakan Yang Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan perasmian beliau sekejap tadi bahawa pengharmonian undang-undang ini ataupun pelaksanaan keadilan dalam bidang undang-undang ini bukan sesuatu yang mudah.

“Jadi antara perkara saya sering bicarakan sebelum ini pun ialah bagaimana agensi-agensi kerajaan terutamanya perlu menyatupadukan gerak kerja mereka dan meletakkan agenda yang jelas tentang pengharmonian undang-undang.

“…Usaha (pengharmonian undang-undang) yang berlangsung hampir 40 tahun ini perlu diselaraskan dan cara untuk melaksanakan pengharmonian ini, perlu disusun dengan rapi dan ini memerlukan usaha kerajaan yang berterusan dengan melantik mereka atau agensi yang bertanggungjawab dalam usaha pengharmonian ini.

“Kalau ini tidak dilakukan, kita akan bercakap tentang perkara sama walaupun pada 40 tahun akan datang,” katanya ketika ditemui The Merdeka Times di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang langkah atau strategi yang boleh dilakukan kerajaan, khususnya agensi agama, untuk menjayakan usaha pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini.

Ia susulan pembentangan pertama di Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia yang bertajuk, “Mendasari Pengharmonian Syariah-Sivil Ke Arah Pemartabatan Undang-Undang Syariah di Malaysia”, yang telah disampaikan Timbalan Ketua Bahagian, Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-undang, Jabatan Peguam Negara, Ramzi Osman.

Mengulas lanjut, Shamrahayu berkata langkah lain yang penting dilaksanakan adalah memahamkan para hakim yang bertugas di mahkamah pada peringkat Persekutuan, bukan hanya hakim mahkamah syariah.

“Satu lagi yang saya fikir tidak disebut ialah untuk memperkasakan institusi-institusi atau personnel yang menyumbang kepada pelaksanaan perundangan di mahkamah syariah terutamanya mereka yang menguatkuasakan undang-undang iaitu pengawai penguatkuasa agama dari segi penyiasatannya dan pendakwaannya. 

“Dan saya fikir jika kedua jawatan ini, penguatkuasa dan pendakwaan ini tidak diperkasakan selaras mahkamah syariah maka ia juga tidak akan mendatangkan keharmonian sepatutnya atau yang terbaiknya dalam penguatkuasaan undang-undang syariah,” katanya.

Shamrahayu berkata pelaksanaan pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini penting kerana ia adalah untuk mencapai keadilan dan supaya negara ini mempunyai identiti perundangannya sendiri.

“Pengharmonian (undang-undang syariah dan sivil) bermaksud untuk kita mencari sesuatu yang sama dan adil, sekarang ini terdapat perbezaan. 

“Contohnya suatu perkara itu dijenayahkan dalam perundangan syariah, tetapi tidak dijenayahkan dalam perundangan yang diamalkan di peringkat Persekutuan… Jadi untuk mencari kebaikan dalam sesuatu undang-undang itu, maka pengharmonian ini perlu dilakukan,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending