Connect with us

Antarabangsa

Pastor mengaku pernah ‘berzina’, mangsa tampil cerita kisah sebenar

Seorang pastor (paderi) di Indiana, Amerika Syarikat (AS) berdiri di hadapan orang ramai berkumpul di  “New Life Christian Church and World Outreach” di Warsaw dengan membuat pengakuan dia pernah melakukan ‘zina’ hampir 20 tahun lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pastor mengaku pernah ‘berzina’, mangsa tampil cerita kisah sebenar
  • Seorang pastor (paderi) di Indiana, Amerika Syarikat (AS) membuat pengakuan di hadapan orang ramai bahawa dia pernah melakukan zina 20 tahun lalu
  • Tetapi beberapa saat kemudian, seorang wanita dan suaminya menggantikan pastor itu di atas pentas menceritakan kisah  berbeza.
  • Wanita itu memaklumkan bahawa dia merupakan mangsa pastor John Lowe II ketika dia berusia 16 tahun. 
  • Dia juga berbohong sepanjang masa untuk melindungi pastor itu dan keluarganya selain turut bergelut dengan pemikiran untuk membunuh diri.

Seorang pastor (paderi) di Indiana, Amerika Syarikat (AS) berdiri di hadapan orang ramai berkumpul di  “New Life Christian Church and World Outreach” di Warsaw dengan membuat pengakuan dia pernah melakukan ‘zina’ hampir 20 tahun lalu.

Tetapi beberapa saat kemudian, seorang wanita dan suaminya menggantikan paderi itu di atas pentas menceritakan kisah berbeza.

“Anda melakukan perkara itu kepada tubuh remaja saya yang sepatutnya tidak pernah dan tidak seharusnya dilakukan,” kata wanita itu menurut hantaran video di media sosial dipetik NBC News dalam laporannya Mei lalu.

Kenyataannya dibuat selepas pastor John Lowe II mengakhiri ucapannya di gereja dengan meminta “pengampunan”.

“Saya berzina. Ia berlaku hampir 20 tahun lalu. Ia berterusan terlalu lama. Ia melibatkan seorang dan tidak ada yang lain.

“Saya ditanya mengapa saya menunggu waktu yang lama untuk menanganinya. Jawapannya adalah tidak ada jawapan yang terbaik. Selama bertahun-tahun saya beritahu diri saya, berdiam diri lebih baik untuk melindungi semua orang,” kata Lowe. 

Ucapan paderi itu disambut dengan tepukan gemuruh ketika dia memperkenalkan dirinya dan mendedahkan kisahnya, sekali gus memaklumkan akan mengundurkan dirinya.   

Berikutan tepukan itu, wanita itu terus melangkah ke atas pentas  bersama pasangannya dan memberitahu “Jika awak sayangkan kami, tolong izinkan kami bercakap,” pinta pasangan itu.

“Selama 27 tahun saya tinggal di penjara dan bukan 20 tahun,” kata wanita itu.

Wanita itu berkata dia berbohong sepanjang masa untuk melindungi pastor itu dan keluarganya selain turut bergelut dengan pemikiran untuk membunuh diri dan tidak menyedari apa sebenarnya dilakukan ke atas dirinya.

Dia berkata, abangnya mendekatinya dua minggu lebih awal untuk bercakap denganya mengenai apa dilaluinya dan ia mengganggu dirinya sehinggalah dia sedar dirinya adalah mangsa. 

“Saya baru berusia 16 tahun ketika awak mengambil ‘dara’ saya di pejabat awak. Awak ingat itu? Saya tahu awak ingat.

“Saya boleh cerita satu persatu cerita tentang apa awak lakukan terhadap saya,” katanya kepada Lowe. 

Dia berkata dia cuba bercakap dengan seseorang pada masa itu, tetapi orang-orang di sekeliling pastor itu menutupinya. 

Katanya, tiada mana-mana individu pernah menawarkan sesi kaunseling kepadanya.

Sumber: NBC 

 

Author