Connect with us

Komuniti

Kemiskinan haid, perluas bantuan kepada semua golongan wanita B40 – ADUN Ketari

Kerajaan Pahang diminta memperluaskan inisiatif bagi menangani masalah kemiskinan haid kepada semua golongan wanita B40.

Wartawan TMT

Published

on

Kemiskinan haid, perluas bantuan kepada semua golongan wanita B40 - ADUN Ketari
Foto: Young Syefura Othman (DAP- Ketari), kanan.
  • Kerajaan Pahang diminta memperluaskan inisiatif bagi menangani masalah kemiskinan haid kepada semua golongan wanita B40.
  • “Kekurangan air bersih untuk membersihkan diri ketika didatangi haid juga antara aspek yang termasuk dalam kemiskinan haid,”- Young Shefura.

KUANTAN – Kerajaan Pahang diminta memperluaskan inisiatif bagi menangani masalah kemiskinan haid kepada semua golongan wanita B40.

Young Syefura Othman (DAP- Ketari) berkata, isu kemiskinan haid bukan sahaja melibatkan golongan remaja B40 malah melibatkan semua wanita daripada golongan tersebut.

“Kemiskinan haid juga bukan sahaja berkaitan dengan isu kesusahan golongan wanita untuk mendapatkan tuala wanita.

“Kekurangan air bersih untuk membersihkan diri ketika didatangi haid juga antara aspek yang termasuk dalam kemiskinan haid,” katanya ketika ucapan perbahasan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini pada Selasa.

Beliau sebelum itu menyokong inisiatif kerajaan Pahang untuk menangani masalah kemiskinan haid di kalangan remaja wanita daripada golongan B40.

Dalam sesi perbahasan itu, Young Syefura turut menyuarakan rasa kesal apabila terdapat segelintir penduduk yang terjejas banjir sehingga kini gagal mendapat bantuan membaik pulih rumah mereka.

“Mereka adalah penduduk di Taman Chegar Medang, Kampung Chegar Medang dan beberapa rumah di sekitar kampung Benus.

Advertisement

“Penduduk di kampung itu telah menunggu selama 10 bulan untuk bantuan baik pulih rumah mereka.

“Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan segera oleh kerajaan Pahang. Ini adalah janji oleh pihak kerajaan kepada penduduk. Saya harap ia dapat ditunaikan dengan kadar yang segera,” ujar beliau.

Sumber : Sinar Harian

Komuniti

Vape berperisa ganja, punca ramai pelajar sekolah pengsan?

Sejak kebelakangan ini, ramai budak-budak sekolah datang hospital sebab muntah-muntah, pening, jantung berdegup laju atau pengsan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Menerusi perkongsian seorang pegawai perubatan, Muhamad Na’im Ab Razak mengatakan rakan-rakannya yang bekerja di Jabatan Kecemasan hospital lain, turut menerima kes sama.
  • “Bila tanya pelajar tersebut, ‘Apa yang jadi sebelum pengsan?”
  • “Mereka cakap, ada kawan kenalkan perisa baru vape. Setelah digasak dengan persoalan, barulah mereka mengaku flavour dimaksudkan adalah ‘mushroom’ ataupun ‘ganja’
  • Mushroom atau magic mushroom dan shroom adalah bahan halusinogen dari jenis psilocybin yang bertujuan untuk mendatangkan rasa seronok melampau.”

KUALA LUMPUR – Sejak kebelakangan ini, ramai budak-budak sekolah datang hospital sebab muntah-muntah, pening, jantung berdegup laju atau pengsan.

Apa yang mengejutkan, apabila diselidiki para pelajar ini mengaku ia bermula apabila mereka menghisap vape berperisa  ‘mushroom’ ataupun ‘ganja’.

Menerusi perkongsian seorang pegawai perubatan, Muhamad Na’im Ab Razak mengatakan bahawa rakan-rakannya yang bekerja di Jabatan Kecemasan hospital lain, turut menerima kes yang sama.

“Bila tanya pelajar tersebut, ‘Apa yang jadi sebelum pengsan?”

“Mereka cakap, ada kawan kenalkan perisa baru vape. Setelah digasak dengan persoalan, barulah mereka mengaku bahawa flavour dimaksudkan adalah ‘mushroom’ ataupun ‘ganja’

Mushroom atau magic mushroom dan shroom adalah bahan halusinogen dari jenis psilocybin yang bertujuan untuk mendatangkan rasa seronok melampau,” tulis beliau dalam hantaran di Facebook hari ini.

Katanya, sekalipun penggunaan bahan ini masih belum diketahui untuk kesan jangka masa panjang namun beliau tidak menolak kemungkinan besar ia berbahaya.

Advertisement

“Ganja yang digunakan dalam cecair vape pula tidak semestinya merujuk kepada marijuana. 

“Walaupun ada cecair vape diletakkan dengan THC (yang merupakan bahan aktif dalam ganja), banyak juga produk tiruan yang menggunakan bahan kimia sintetik yang menghasilkan kesan seperti ganja,” katanya.

Tambahnya,  ketika ini adalah budaya menormalisasikan penggunaan vape.

Malah, di ruangan komen beliau turut menceritakan bahawa terdapat kes di mana seorang perempuan yang pergi ke kelab malam lalu hisap vape serta minum alkohol sedikit terus berubah tingkah laku hingga pada akhirnya menjadi mangsa rogol.

Tangkap layar komen di hantaran Facebook seorang pegawai perubatan, Muhamad Na’im Ab Razak.

Berikutan perkongsian itu, terdapat pengguna Facebook menggesa agar penggunaan vape dan rokok diharamkan di Malaysia. Antara tangkapan layar di ruangan komen hantaran itu;

Tangkap layar komen di hantaran Facebook seorang pegawai perubatan, Muhamad Na’im Ab Razak.

Sumber : Facebook Muhamad Na’im Ab Razak

Teruskan Membaca
Advertisement

Kata Kunci

Advertisement

Trending