Connect with us

Antarabangsa

Scotland negara pertama di dunia perkenal akta baharu basmi kemiskinan haid

Scotland menjadi negara pertama di dunia yang memperkenalkan undang-undang bagi melindungi hak mendapatkan produk sanitari percuma, demikian lapor Astro Awani hari ini.

Wartawan TMT

Published

on

Scotland negara pertama di dunia perkenal akta baharu basmi kemiskinan haid
Foto: Edinburgh, Scotland.
  • Scotland jadi negara pertama di dunia perkenalkan Akta Keperluan Haid bagi melindungi hak mendapatkan produk sanitari percuma.
  • Akta itu mula berkuat kuasa pada Isnin dan pengurusan bandar raya dan pendidikan di Scotland dikehendaki untuk memastikan produk sanitari percuma tersedia kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya.
  • Undang-undang itu, asalnya dicadangkan anggota Parti Buruh, Monica Lennon, diluluskan sebulat suara Parlimen Scotland pada 2020.
  • “Memandangkan krisis kos sara hidup semakin meningkat, Akta Keperluan Haid adalah harapan yang menunjukkan apa sahaja boleh dicapai apabila ahli politik bersatu untuk kebaikan rakyat,” kata anggota Parti Buruh, Monica Lennon.
  • Setiausaha Keadilan Sosial, Shona Robison menyifatkan penyediaan akses kepada produk berkenaan “adalah asas kepada kesaksamaan dan maruah, dan menghapuskan halangan kewangan untuk mengaksesnya.”

EDINBURGH: Scotland menjadi negara pertama di dunia yang memperkenalkan undang-undang bagi melindungi hak mendapatkan produk sanitari percuma, demikian lapor Astro Awani hari ini.

Pada Isnin, Akta Keperluan Haid akan mula berkuat kuasa, dan pengurusan bandar raya dan pendidikan di Scotland dikehendaki untuk memastikan produk sanitari percuma tersedia kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya.

Undang-undang itu, yang pada asalnya dicadangkan oleh anggota Parti Buruh, Monica Lennon, telah diluluskan sebulat suara oleh Parlimen Scotland pada tahun 2020.

Lennon telah berkempen untuk menamatkan masalah kemiskinan haid sejak 2016 dan sebelum ini menyifatkan rang undang-undang itu sebagai “praktikal” dan “progresif”.

“Pihak berkuasa tempatan dan organisasi rakan kongsi telah bekerja keras untuk menjadikan hak undang-undang untuk mengakses produk sanitari percuma menjadi kenyataan.

“Saya berterima kasih kepada semua yang terlibat di seluruh negara.

“Ini adalah satu lagi kejayaan besar yang menunjukkan perubahan yang mampu dibuat menerusi pilihan politik progresif dan berani.

Advertisement

“Memandangkan krisis kos sara hidup semakin meningkat, Akta Keperluan Haid adalah harapan yang menunjukkan apa sahaja boleh dicapai apabila ahli politik bersatu untuk kebaikan rakyat,” kata Lennon.

Majlis bandaraya sendiri akan memutuskan sistem pengagihan yang lebih tepat, tetapi mereka mempunyai kewajiban untuk memberikan akses kepada rangkaian produk terbabit kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.

Sebelum ini, tampon, pad dan beberapa produk boleh guna semula diberikan secara percuma di sekolah, kolej dan universiti di Scotland.

Sejak 2017, kira-kira 27 juta pound sterling telah dibelanjakan untuk menyediakan akses kepada orang awam.

Setiausaha Keadilan Sosial, Shona Robison berkata menyediakan akses kepada produk berkenaan “adalah asas kepada kesaksamaan dan maruah, dan menghapuskan halangan kewangan untuk mengaksesnya”.

Sumber : Astro Awani / Agensi

Advertisement

Author

Antarabangsa

Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia 

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

Wartawan TMT

Published

on

Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia 
Foto: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.
  • Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
  • Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia.
  • Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
  • Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.

NEW YORK – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia itu.

Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Pentas itu juga pertama kali menemukan Zelensky dengan wakil Russia, yang dilihat tidak berminat mengikuti ucapan pemimpin Ukraine itu, sebaliknya lebih menumpukan perhatian di telefon pintarnya.

Sehubungan itu, Zelensky menggesa PBB mengadakan undian bagi menamatkan kuasa veto Russia dalam UNSC.

Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.

Zelensky berkata langkah terbabit berupaya menjadi antara reformasi di UNSC, termasuk memberi status perwakilan tetap kepada negara membangun lain.

Advertisement

Sumber: Buletin TV3 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending