Connect with us

Terkini

“Penggunaan menstrual cup tidak semestinya menyebabkan selaput dara pecah,” – Ketua Jabatan Obstetriks dan Ginekologi, Hospital UKM

Kemiskinan haid mengundang pelbagai reaksi netizen, salah satunya timbul kebimbangan berkenaan penggunaan menstrual cup sebagai pengganti tuala wanita yang didakwa mampu menyebabkan selaput dara pecah.

Hidayah Sani

Published

on

selaput dara menstrual cup
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penggunaan menstrual cup tidak semestinya menyebabkan selaput dara pecah, kata Ketua Jabatan Obstetriks dan Ginekologi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, Prof. Dr. Nur Azurah Abdul Ghani.
  • Individu yang ingin menggunakan menstrual cup perlu kenal pasti saiz yang sesuai dan membasuhnya dengan bersih.
  • Penggunaan kain batik mahupun tuala sebagai pengganti tuala wanita boleh digunakan jika terpaksa namun dengan pengurusan yang baik.
  • Antara langkah perlu dititikberatkan adalah kebolehupayaan mengakses air bersih untuk basuh kain, guna kain cotton dan kerap ditukar.
  • Kain tidak bersih dan dicuci dengan sabun kasar menyebabkan eksema, kulit kering dan kulit pecah hingga bawa kesakitan dibahagian tersebut.
  • Penggunaan sabut kelapa dibalut stoking perlu dielakkan kerana jangkitan boleh berlaku hingga kulit menjadi ruam dan pecah.

KUALA LUMPUR – Kemiskinan haid mengundang pelbagai reaksi netizen, salah satunya timbul kebimbangan berkenaan penggunaan menstrual cup sebagai pengganti tuala wanita yang didakwa mampu menyebabkan selaput dara pecah.

Menurut Ketua Jabatan Obstetriks dan Ginekologi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, Prof. Dr. Nur Azurah Abdul Ghani, kejadian selaput dara pecah tidak semestinya disebabkan penggunaan menstrual cup.

“Pecah dara ini tidak semestinya disebabkan penggunaan menstrual cup, kita naik basikal kita naik motor kita buat horse riding itu pun boleh menyebabkan pecah dara juga di bahagian selaput dara itu jadi dia tak boleh nak gunakan itu.

Menstrual cup ini datang dalam pelbagai size so kita kenal size kita apa kerana takut berlaku error. Alamak ini besar bocor alamak sakit tak selesa nak jalan so kita kena trial and error lah and make sure kita basuh pun bersihlah,” katanya pada Khamis.

Tambahnya, menstrual cup boleh dijadikan sebagai pilihan bagi menggantikan penggunaan tuala wanita bagi golongan mereka yang mempunyai keberanian untuk menggunakannya.

Namun, beliau berkata, kita kena tahu menstrual cup tersebut diperbuat daripada apa sama ada silicon atau latex kerana ada sesetengah orang mempunyai alergik dengan latex yang boleh trigger ruam hingga ekzema dibahagian tersebut.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan penggunaan kain batik mahupun tuala sebagai pengganti tuala wanita boleh diguna pakai jika terpaksa namun dengan pengurusan yang baik.

Advertisement

Menerusi komen netizen di media sosial kebanyakan mereka berkongsi bahawa sehingga hari ini masih wujud golongan wanita yang mengulang pakai kain batik, tuala ‘Good Morning’ untuk menggantikan tuala wanita semasa kedatangan haid atas faktor kekangan kewangan.

Namun,  timbul persoalan adakah alternatif ini boleh membawa sebarang kesan kepada kesihatan wanita?

Menurut Profesor Azurah, terdapat langkah pemakaian yang wajar dititikberatkan oleh pengguna iaitu kebolehupayaan mengakses air bersih untuk membasuh kain dengan sabun yang sesuai, menggunakan kain cotton dan kerap ditukar.

“Kalau terpaksa menggunakan kain batik, mereka kena kerap tukar, basuh dengan air bersih dan sabun yang sesuai sementara dari jenis fabrik lebih baik guna cotton lah kerana penyerapannya lebih better dan tidak berkuap seperti fabrik lain,” katanya.

Jelas beliau, penggunaan kain batik sebagai pelapik semasa datang haid sudah diamalkan sejak zaman nenek moyang kita lagi namun ianya perlulah dapat mengakses air bersih bagi membasuh kain tersebut bagi mengelak daripada berlaku sebarang jangkitan.

“Kalau kata ada air yang bersih untuk mereka membasuhnya maka tiada masalah bagi saya.  Kalau kata mereka nak rebus dengan air panas orang kata ikhtiar nak mematikan kuman saya fahamlah.

Advertisement

“Cuma masalahnya kadang-kadang bila kita basuh dengan air sahaja darah ini ia tidak bersih sebaliknya kita kena guna sabun namun bukan sabun biasa. Misalnya, sabun yang sesuai untuk bayi insyaallah akan sesuai untuk kita dan elakkan sabun yang ada bau-bauan.

“Sabun yang berharga murah actually agak kasar pada kulit kerana bahagian permukaan faraj mempunyai sel yang sangat nipis melapisi kulit macam bibir kita.

“So kalau kita guna bahan kimia sabun yang kasar itu akan mengakibatkan eksema, kulit kering dan kulit pecah hingga dibahagian tersebut sakit,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau turut berkata daripada individu tersebut membeli sabun yang sesuai dan mahal lebih baik mereka menggunakan tuala wanita sahaja.

Tambahnya, mereka yang menggunakan kain batik mahupun tuala wanita perlulah kerap menukar alat tersebut untuk mengelak daripada berlaku jangkitan faraj kerana keadaan lembap boleh menyebabkan kuman membiak di kawasan tersebut.

Dalam pada itu, ketika diajukan pertanyaan berkenaan dakwaan di mana terdapat golongan yang terpaksa menggunakan sabut kelapa dimasukkan ke dalam stoking, beliau berkata tindakan itu adalah sesuatu yang sukar dibayangkan dan perlu dielakkan jika benar ia berlaku.

Advertisement

Katanya, kesan daripada tindakan tersebut boleh menyebabkan jangkitan hingga kulit menjadi ruam, kulit pecah yang pada akhirnya membuatkan bakteria-bakteria masuk di ruang rekahan kulit tersebut dan meninggalkan rasa sakit yang sangat kepada individu tersebut.

Beliau turut mengingatkan buat kesemua golongan untuk menitikberatkan pengurusan haid sekalipun bagi mereka yang tidak berkemampuanmembeli produk penjagaan haid kerana perkara tersebut melibatkan kesihatan dan boleh menyebabkan kesan jangka panjang jika ianya diabaikan.

Author

Terkini

Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK

Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
  • Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
  • “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 
  • “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.

“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 

“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.    

Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.

Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen. 

Advertisement

Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.

Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.

“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.

Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.

Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.

Advertisement

Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending