Terkini
Kemiskinan haid di Malaysia tidak membimbangkan
Kemiskinan haid di Malaysia dilihat berada pada tahap tidak membimbangkan susulan pemberian tuala wanita sentiasa dilaksanakan oleh kerajaan, terutama kepada golongan sasar seperti Orang Asli, B40 dan mereka yang tidak berkemampuan.

- Kemiskinan haid di Malaysia dilihat berada pada tahap tidak membimbangkan susulan pemberian tuala wanita sentiasa dilaksanakan oleh kerajaan, terutama kepada golongan sasar seperti Orang Asli, B40 dan mereka yang tidak berkemampuan.
- Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata pemberian tuala wanita itu dijalankan bagi memastikan kumpulan terbabit berada dalam keadaan bersih sewaktu menjalani tempoh haid.
- “Di kementerian, kita memang membantu golongan B40 yang menjadi kumpulan sasar. Kita akan berterusan membantu golongan ini supaya mereka tidak ketinggalan memandangkan kita difahamkan ada menggunakan sabut kelapa (sebagai tuala wanita), ia tidak bersih dan tidak sihat,” katanya pada majlis penyerahan cek kepada 10 sekolah dengan masing-masing menerima geran berjumlah RM10,000 melalui dana terkumpul menerusi projek Kotex She Can untuk menjadikan sekolah lebih kondusif bagi pelajar perempuan.
KUALA LUMPUR: Kemiskinan haid di Malaysia dilihat berada pada tahap tidak membimbangkan susulan pemberian tuala wanita sentiasa dilaksanakan oleh kerajaan, terutama kepada golongan sasar seperti Orang Asli, B40 dan mereka yang tidak berkemampuan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata pemberian tuala wanita itu dijalankan bagi memastikan kumpulan terbabit berada dalam keadaan bersih sewaktu menjalani tempoh haid.
“Di kementerian, kita memang membantu golongan B40 yang menjadi kumpulan sasar. Kita akan berterusan membantu golongan ini supaya mereka tidak ketinggalan memandangkan kita difahamkan ada menggunakan sabut kelapa (sebagai tuala wanita), ia tidak bersih dan tidak sihat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan cek kepada 10 sekolah dengan masing-masing menerima geran berjumlah RM10,000 melalui dana terkumpul menerusi projek Kotex She Can untuk menjadikan sekolah lebih kondusif bagi pelajar perempuan.
Katanya, program itu memperkenalkan kebersihan haid yang suatu ketika dahulu merupakan perkara jarang dibincangkan kerana perasaan segan dan malu.
Bagaimanapun, katanya, sudah tiba masa masyarakat perlu pandang ke hadapan hal ini dan tidak lagi menganggap ia sebagai tabu supaya remaja wanita dapat mengetahui cara terbaik menguruskan diri apabila berada dalam tempoh haid.
“Dengan adanya media sosial seperti TikTok dan YouTube, ia dapat memberi pengetahuan dan didikan dengan lebih mudah serta dapat diterima oleh masyarakat, malah kaum lelaki juga,” katanya.– BERNAMA
Sumber: Bernama
Terkini
Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
- Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
- “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.
Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.
“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan.
Sumber: Kosmo
-
Terkini3 days ago
Lapan individu sehari dijangkiti HIV di Malaysia – Menteri Kesihatan
-
Terkini2 days ago
(VIDEO) Isu Aman Palestin dipolitikkan kerana ada figura politik dalam AP – KJ
-
Terkini3 days ago
Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal
-
Antarabangsa2 days ago
Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular