Connect with us

Terkini

Jadi Perdana Menteri, Anwar janji gaji dan elaunnya dipotong

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji perkara pertama yang akan dilakukannya sejurus sekiranya diberikan mandat sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) adalah memotong kadar elaun dan gaji Perdana Menteri.

Wartawan TMT

Published

on

Jadi Perdana Menteri, Anwar janji gaji dan elaunnya dipotong
Foto: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Beliau berjanji sedia untuk gaji dan elaunnya dipotong sebagai tindakan pertama akan dilakukannya sebaik bergelar Perdana Menteri ke 10 Malaysia.
  • “Ini kesediaan saya dan ia tidak mustahil kerana yakin kesedaran rakyat. Kalau mahu Anwar jadi PM, Kabinet mesti dikurangkan, gaji PM dan Menteri mesti dikurangkan kerana kita mesti kemukakan contoh baik. 
  • “Biar saya beri jaminan. Jika 20 November nanti (bila) saya dinobatkan Perdana Menteri, pertama saya lakukan adalah potong gaji dan elaun Perdana Menteri.
  • “Saya hendak beritahu, kalau (dengan keadaan) ekonomi sekarang, saya tak sanggup ambil gaji sekarang. Kita harus kemuka barisan pimpinan yang kasih kepada rakyat dan baru rakyat kasih,” – Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim,

IPOH –  Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji perkara pertama yang akan dilakukannya sejurus sekiranya diberikan mandat sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) adalah memotong kadar elaun dan gaji Perdana Menteri.

Ketua Pembangkang itu berkata, beliau berjanji sedia untuk gaji dan elaunnya dipotong yang mana itu tindakan pertama yang akan dilakukannya sebaik sah bergelar sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia.

Anwar turut menegaskan, pengurangan dan pemotongan gaji juga akan turut dilakukan ke atas semua ahli Kabinet, iaitu Jemaah Menteri serta memberi jaminan bilangan anggota Kabinet juga akan dikurangkan.

“Ini kesediaan saya dan ia tidak mustahil kerana yakin kesedaran rakyat. Kalau mahu Anwar jadi Perdana Menteri, Kabinet mesti dikurangkan, gaji Perdana Menteri dan Menteri mesti dikurangkan kerana kita mesti kemukakan contoh yang baik. 

“Biar saya beri jaminan. Jika 20 November nanti (bila) saya dinobatkan sebagai Perdana Menteri, pertama saya lakukan adalah potong gaji dan elaun Perdana Menteri.

“Saya hendak beritahu, kalau (dengan keadaan) ekonomi sekarang, saya tak sanggup ambil gaji sekarang. Kita harus kemuka barisan pimpinan yang kasih kepada rakyat dan baru rakyat kasih,” katanya ketika berucap pada Konvensyen PH Nasional di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), di sini, semalam. 

Hadir sama, Pengerusi Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke; Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution; Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau; dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.

Sumber: Harian Metro

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

“Pengecut” tempelak KJ apabila Wan Fayhsal digantung 6 bulan susulan isu MAHB

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (kiri) & Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (kanan).
  • Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.
  • Ia susulan kenyataan Wan Fayhsal mengenai surat layang didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
  • Pengecut. Kamu mempermainkan dia (Wan Fayhsal) dengan mengatakan dia berbahasa jargon, tidak tahu apa-apa. 
  • “Akhirnya, kamu menyalahgunakan kuasa legislatif untuk mengusirnya selama enam bulan. Jelas sekali, dia sudah mengganggu kamu. 
  • “Boneka BlackRock. Harap duit Zionis itu berbaloi,” katanya menerusi hantaran di Instagram di sini hari ini dengan memuat naik tangkap layar satu ciapan X berkenaan artikel bertajuk, ‘Dewan Rakyat lulus usul gantung 6 bulan Wan Fayhsal’.
  • Wan Fayhsal ketika mengulas tindakan dikenakan terhadapnya itu menyatakan bahawa beliau ‘dipaksa mengundurkan diri’ dan langsung tidak diberi peluang untuk membela diri ketika usul menggantungnya di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR — Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.

Ia susulan kenyataan Wan Fayhsal mengenai surat layang didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Mengulas tindakan dikenakan terhadap Wan Fayhsal, Khairy menyifatkan pihak terbabit sebagai pengecut dan jelas menunjukkan mereka sebenarnya ‘terganggu’ dengan kenyataan Wan Fayhsal berkenaan isu dibangkitkan.

Khairy yang juga lantang mengkritik penjualan saham MAHB kepada syarikat pro zionis, BlackRock-Global Infrastructure Partners (GIP), secara sarkastik berharap adalah berbaloi pihak terbabit ‘menerima’ duit zionis.

Pengecut. Kamu mempermainkan dia (Wan Fayhsal) dengan mengatakan dia berbahasa jargon, tidak tahu apa-apa. 

“Akhirnya, kamu menyalahgunakan kuasa legislatif untuk mengusirnya selama enam bulan. Jelas sekali, dia sudah mengganggu kamu. 

“Boneka BlackRock. Harap duit Zionis itu berbaloi,” katanya menerusi hantaran di Instagram di sini hari ini dengan memuat naik tangkap layar satu ciapan X berkenaan artikel bertajuk, ‘Dewan Rakyat lulus usul gantung 6 bulan Wan Fayhsal’.

Foto: Tangkap layar hantaran KJ di Instagram beliau hari ini.

Artikel itu antaranya menyatakan usul menggantung Ahli Pembangkang itu dibuat melalui undi belah bahagi yang menyaksikan 110 Ahli Parlimen menyokong, 63 tidak bersetuju, tiga tidak mengundi dan 46 tidak hadir.

Menteri di Jabatan Perdana (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said ketika membentangkan usul itu berkata Dewan Rakyat memandang serius kenyataan Wan Fayhsal berhubung surat layang yang telah tular dan didakwa mengandungi maklumat dalang sebenar di sebalik pengambilalihan MAHB.

Azalina berkata Wan Fayhsal yang ketika itu membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2021 dan Tahun 2022 di Dewan Rakyat telah menamakan seorang pegawai dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai dalang.

Beliau berkata perbuatan itu telah memberi kesan buruk bukan sahaja kepada individu didakwa, tetapi juga secara umum pegawai agensi di bawah kementerian yang mungkin teraniaya kerana tuduhan tidak berasas itu.

Foto: Tangkap layar hantaran Wan Fayhsal di Facebook di sini hari ini.

Dalam pada itu, Wan Fayhsal ketika mengulas tindakan dikenakan terhadapnya menyatakan bahawa beliau ‘dipaksa mengundurkan diri’ dan langsung tidak diberi peluang untuk membela diri ketika usul menggantungnya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata kesan penggantungan itu beliau akan terlepas berbahas Belanjawan 2025 pada sidang Oktober ini.

Satu lagi titik hitam dalam demokrasi berparlimen negara. Saya langsung tidak diberi peluang untuk membela diri dalam Dewan tadi.

“Kesan daripada penggantungan ini ialah saya akan terlepas berbahas Belanjawan 2025 dalam sidang Oktober nanti.

“Machang dipaksa mengundurkan diri. Jumpa tahun depan,” katanya di Facebook hari ini. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending