Connect with us

Antarabangsa

Dewan sekolah dibom, 35 pelajar maut di Kabul

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan 35 orang terbunuh, dengan sebahagian besarnya pelajar perempuan yang sedang menjalani ujian sebagai persediaan peperiksaan kemasukan ke universiti di Pusat Pendidikan Tinggi Kaaj, di kawasan Dasht-e-Barchi, Kabul.

Wartawan TMT

Published

on

Dewan sekolah dibom, 35 pelajar maut di Kabul
Foto: 35 orang terbunuh Pusat Pendidikan Tinggi Kaaj, di kawasan Dasht-e-Barchi, Kabul.
  • Seramai 35 orang terbunuh, dengan sebahagian besarnya pelajar perempuan ketika menjalani ujian di Kabul.
  • 80 individu termasuk pelajar dilaporkan cedera selepas seorang pengebom meletupkan diri di dewan pengajian pusat pendidikan itu.
  • Penyerang dilaporkan menembak pengawal keselamatan di luar pusat berkenaan, sebelum memasuki dewan berkenaan dan meletupkan bom.
  • Kawasan serangan itu banyak diduduki oleh kaum minoriti Hazara yang sering menjadi sasaran kumpulan militan IS.

KABUL – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan 35 orang terbunuh, dengan sebahagian besarnya pelajar perempuan yang sedang menjalani ujian sebagai persediaan peperiksaan kemasukan ke universiti di Pusat Pendidikan Tinggi Kaaj, di kawasan Dasht-e-Barchi, Kabul.

Lebih 80 lagi individu termasuk pelajar dilaporkan cedera selepas seorang pengebom meletupkan diri di dewan pengajian pusat pendidikan itu.

Penyerang dilaporkan menembak pengawal keselamatan di luar pusat berkenaan, sebelum memasuki dewan berkenaan dan meletupkan bom.

Kawasan serangan itu banyak diduduki oleh kaum minoriti Hazara yang sering menjadi sasaran kumpulan militan IS.

Sehingga kini tiada pihak yang dilaporkan bertanggungjawab terhadap serangan terbabit.

Saksi memberitahu BBC bahawa kebanyakan mangsa adalah pelajar perempuan di mana mereka sedang duduk di barisan hadapan di dewan itu.

Seorang pelajar yang cedera memberitahu AFP bahawa terdapat kira-kira 600 orang di dalam dewan pengajian ketika serangan itu berlaku.

Susulan kejadian itu, puluhan wanita Hazara membantah keganasan terbabit, semalam, sekali gus mengingkari larangan berhimpun yang dikuatkuasakan Taliban.

Berdasarkan laporan AFP, kira-kira 50 wanita berarak sambil melaungkan kata-kata supaya pembunuhan terhadap kaum Hazara dihentikan.

Selepas serangan terbabit, rakaman di stesen televisyen tempatan dan di media sosial menunjukkan mayat yang ditutupi dengan kain diletakkan di atas lantai di hospital.

Beberapa media lain turut menunjukkan keadaan bilik darjah di kolej swasta itu yang rosak dengan keadaan meja terbalik dan berlaku runtuhan.

Sementara itu, seorang wanita yang ditemui di hospital memberitahu AFP bahawa dirinya berharap dapat menemui adiknya yang kini masih belum ditemui.

“Saya tidak menemuinya lagi…dia berusia 19 tahun,” katanya.

Jumaat lalu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Abdul Nafy Takor turut mengecam serangan itu dan mengesahkan pasukan keselamatan berada di lokasi bagi membantu semua mangsa.

Beliau berkata, serangan itu membuktikan kekejaman musuh yang tidak berperikemanusiaan dan kurangnya moral.

Amerika Syarikat (AS) turut mengutuk sekeras-kerasnya serangan itu. 

Sumber: BBC News

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending