Connect with us

Antarabangsa

Ukraine mungkin lebih teruk daripada Afghanistan, jika AS henti bantuan ketenteraan – Senator AS

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Senator Kanan AS, Lindsey Graham.
  • “Selagi peperangan masih berterusan, situasi di Ukraine akan menjadi lebih teruk daripada Afghanistan, jika AS menghentikan sokongan kepada mereka.” – Senator Kanan AS, Lindsey Graham.
  • AS akan terus memberi Ukraine apa yang mereka perlukan dari segi perisikan dan senjata untuk mempertahankan diri, selagi gencatan senjata belum dicapai.

WASHINGTON — Ukraine mungkin menerima nasib buruk jika Amerika Syarikat (AS) tidak meneruskan bantuan ketenteraan dan perkongsian perisikan dengan negara yang bergolak itu.

Kenyataan itu dikeluarkan Lindsey Graham yang merupakan senator kanan AS yang juga ahli Parti Republikan Presiden AS, Donald Trump, beberapa hari selepas pentadbiran Trump menghentikan bantuan ketenteraan kepada Ukraine.

“Selagi peperangan masih berterusan, Ukraine akan menjadi lebih teruk daripada Afghanistan, jika AS menghentikan sokongan kepada mereka” katanya kepada Fox News pada Ahad.

Graham berkata selagi gencatan senjata belum dicapai, AS akan memberi Ukraine apa yang mereka perlukan dari segi perisikan dan senjata untuk mempertahankan diri.

“Mengenai Rusia, AS akan memperkenalkan sekatan ke atas sektor tenaga dan perbankan  minggu depan bagi mendesak mereka untuk duduk di meja perundingan.”

“Jika Rusia tidak mahu melaksanakan gencatan senjata dan meneruskan rundingan damai, kami terpaksa mengenakan sekatan sekeras-kerasnya kepada mereka,” tambahnya.

Khamis lalu, Setiausaha Pertahanan, Pete Hegseth  mengesahkan bahawa AS telah menghentikan bantuan ketenteraan kepada bekas republik Soviet itu. — The Merdeka Times

Author