Connect with us

Terkini

Calon wanita bukan hanya simbol ‘token’ dalam PRU15 – Sister Loh Pai Ling

Calon wanita bukan hanya simbol ‘token’ dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Presiden Persatuan Dhammaduta Malaysia, Sister Loh Pai Ling.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Rasyidah Zulkifli

Published

on

Calon wanita bukan hanya simbol 'token' dalam PRU15 - Sister Loh Pai Ling
Foto: Sister Loh Pai Ling, sumber The Star.
  • Presiden Persatuan Dhammaduta Malaysia, Sister Loh Pai Ling, berkata calon wanita bukan simbol token sahaja dalam PRU15.
  • Beliau menyokong kenyataan Pengerusi Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO), Sharifah Hapsah Sahabuddin bahawa calon wanita perlu diletakkan di kerusi boleh menang dan bukan sekadar memenuhi peruntukan kerusi bertanding.
  • “Tetapi nampaknya 30 peratus calon wanita dalam politik masih kurang sebab penglibatan wanita lebih kecil berbanding lelaki yang dominan,” katanya.

KUALA LUMPUR – Calon wanita bukan hanya simbol ‘token’ dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Presiden Persatuan Dhammaduta Malaysia, Sister Loh Pai Ling.

Pai Ling bersetuju dengan kenyataan Pengerusi Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) Sharifah Hapsah Sahabuddin supaya calon wanita diletakkan di kerusi boleh menang pada PRU-15.

“Sebagai presiden dari pertubuhan agama, saya memang bersetuju dan gembira dengan kenyataan Tan Sri (Sharifah Hapsah) yang menggalakkan pembabitan wanita.

“Tetapi nampaknya 30 peratus calon wanita dalam politik masih kurang sebab penglibatan wanita lebih kecil berbanding lelaki yang dominan.

“Lagipun ramai wanita sendiri enggan terlibat kerana kalau ada pemilihan presiden, lelaki yang dipilih,” katanya kepada The Merdeka Times ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Sharifah Hapsah yang mahu parti politik meletakkan calon wanita di kawasan boleh menang dan bukannya sebagai ‘token’ pada pilihan raya umum.

Media melaporkan “tokenisme” diamalkan dengan meletakkan 30 peratus calon wanita di kerusi rawak semata-mata bagi menunjukkan parti mendesak ke arah perwakilan wanita lebih baik dalam politik.

Loh, 63, berkata pembabitan kaum hawa bagi jawatan ketua adalah sedikit, sebaliknya mereka menjadi bendahari dan setiausaha.

“Kalau saya sebagai ketua agama, agama utama di Malaysia, antaranya Islam, Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh.

“Banyak kali mesyuarat, nampaknya saya seorang perempuan yang menjadi ketua suara wanita sahaja,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *