Connect with us

Terkini

Ahli Parlimen baharu digesa sokong RUU kawalan tembakau – MCTC

Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) menggesa semua pemimpin yang bakal dipilih rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti supaya terus menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang telah dibuat bacaan pertama dan kedua di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Wartawan TMT

Published

on

Ahli Parlimen baharu digesa sokong RUU kawalan tembakau - MCTC
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • RUU tersebut telah dibuat bacaan pertama dan kedua di Dewan Rakyat baru-baru ini.
  • MCTC dan 38 badan gabungan dibawahnya memandang serius isu merokok yang semakin berleluasa dalam masyarakat kita.
  • Pihaknya terkilan RUU yang telah dimuktamadkan pindaan dalam Jawatankuasa Khas Parlimen pada awal bulan ini tidak diteruskan susulan pembubaran Parlimen.
  • “Penangguhan kelulusan RUU bermaksud kawalan lambakan rokok elektronik atau vape akan semakin berleluasa dan bayangkan berapa ramai lagi kanak-kanak, remaja sekolah dan belia akan terjebak,” – MCTC
  • Mereka gesa RUU ini segera diluluskan demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

SHAH ALAM – Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) menggesa semua pemimpin yang bakal dipilih rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti supaya terus menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang telah dibuat bacaan pertama dan kedua di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Ini kerana, MCTC bersama 38 badan gabungan di bawahnya, Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama 41 badan gabungan di bawahnya dan 128 badan bukan kerajaan (NGO) lain memandang serius isu merokok yang semakin berleluasa dalam masyarakat kita.

MCTC dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, pihaknya juga begitu terkilan susulan RUU yang telah dibuat bacaan pertama pada Julai dan kedua pada Ogos lalu serta telah dimuktamadkan pindaan dalam Jawatankuasa Khas Parlimen pada awal bulan ini tidak dapat diteruskan susulan pembubaran Parlimen yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri pada Isnin.

“RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang telah dibentangkan merupakan undang-undang yang terbaik yang telah digubal oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak Jabatan Peguam Negara dalam sejarah kawalan tembakau semenjak Malaysia menganggotai WHO Framework Convention on Tobacco Control (FCTC) pada tahun 2005.

“Undang-undang ini dibuat untuk mengawal masalah penggunaan rokok termasuk rokok elektronik yang semakin mencengkam dalam masyarakat terutama kanak-kanak, remaja dan belia digandingkan dengan larangan penggunaan dalam kalangan generasi akan datang sepatutnya diluluskan awal lagi.

“Penangguhan kelulusan RUU ini bermaksud kawalan terhadap lambakan rokok elektronik atau vape akan semakin berleluasa dan bayangkan berapa ramai lagi kanak-kanak, remaja sekolah dan belia akan terjebak dengan masalah ini selagi sekatan terhadap penjualan terutama penjualan dalam talian, larangan pengiklanan sebagaimana larangan kepada rokok dan produk tembakau tidak dapat dilaksanakan di bawah undang-undang ini,” katanya.

Tambah kenyataan itu, semua pihak seharusnya sedia maklum bahawa kajian menunjukkan 27,000 kematian berlaku setahun di Malaysia akibat merokok.

Advertisement

“MCTC yakin bahawa pemimpin yang akan dipilih nanti tidak akan membiarkan rakyat terus menyabung nyawa mereka dengan amalan berisiko khususnya penggunaan rokok elektronik yang telah terbukti menyebabkan komplikasi penyakit EVALI (Electronic Vape product-use Associated Lung Injury),” katanya.

Justeru pihaknya menggesa semua bakal pemimpin yang akan dipilih rakyat dalam PRU15 yang akan diadakan akan lebih prihatin dengan masalah merokok.

“Kami juga menggesa agar RUU ini sebagaimana pindaan yang telah dipersetujui oleh 13 mantan ahli Parlimen yang mewakili semua parti politik di bawah Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan sebelum pembubaran Parlimen diumumkan segera diluluskan demi kesejahteraan rakyat Malaysia,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

 

Author

Terkini

PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 

Hidayah Sani

Published

on

PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 
  • Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.
  • Beliau turut mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India. 

KUALA LUMPUR — Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 

Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat yang dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.

Ini susulan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.

Sesungguhnya, jawapan tersebut amatlah bersifat lebih untuk meraih populariti dan terlalu berpolitik. Apakah wajar bagi seseorang individu mempunyai dua kerakyatan? Di manakah kecenderungan bagi individu terbabit untuk menumpahkan kesetiaanya? 

“Sepatutnya jawapan isu sensitif seumpama ini tidak perlu dilayan dengan jawapan tegas iaitu mana mungkin dan mustahil seseorang boleh memiliki dua kerakyatan malah untuk memohon menjadi rakyat Malaysia mesti memenuhi syarat-syarat yang ketat mengikut undang-undang yang sedia ada selama ini. 

“Malah ada gesaan disyaratkan dengan lebih tegas iaitu penguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zarina menggesa seluruh rakyat Malaysia khususnya kaum Bumiputera untuk menentang cadangan itu serta berpendirian sebarang kajian tidak perlu dilakukan sama sekali kerana ia keputusan muktamad.

Advertisement

Pada masa sama, beliau mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India kerana perkara itu lebih mengundang mudarat daripada keuntungan.

Katanya, perkara perlu diberikan keutamaan bukanlah terkait kerakyatan sebaliknya isu 1.2 juta warga negara China yang direkodkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), masuk ke Malaysia dalam tempoh 2018 hingga 2021 namun masih tiada rekod keluar dari negara ini. 

Ia merupakan suatu jumlah yang amat menggusarkan dan perlu diambil tindakan telus dan tegas kerana ianya pelanggaran undang-undang dan soal keselamatan negara. 

“Ini yang patut diberi keutamaan bukan soal kerakyatan dan dikejutkan pula dengan pengumuman Menteri Pelancongan mengenai cadangan pengecualian Visa kepada pelancong terutama dari Cina dan mungkin dari India atas nama kepentingan merancakkan ekonomi tetapi boleh membawa padah kepada keselamatan negara dan masalah sosial yang kini pun sudah parah dan tidak terkawal. 

“Cuba bayangkan jika pelancong Cina masuk tanpa tapisan melalui Visa dengan bebas. Pasti ramai akan hilang dan menetap di Malaysia. 

“Isu rasuah yang menjadi barah akan menjadi lebih buruk di kalangan penguatkuasa. Perkara ini amat mengerikan kepada masa depan negara Malaysia,” kata Zarina. 

Advertisement

Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan berkata Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghasilkan satu laporan berkenaan pengecualian visa untuk pelancong China.

King Sing berkata, kerajaan dijangka akan mendraf dasar mengenai hari lawatan yang dibenarkan untuk berada di Malaysia melalui perkhidmatan pengecualian visa. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Parti Bumiputera Perkasa Malaysia – PUTRA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending