Terkini
Sindiket pekerjaan : Ibu bapa harus main peranan – Raja Muda Perlis
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan ibu bapa dan penjaga agar mengambil langkah berhati-hati sekiranya anak mereka mendapat tawaran bekerja di luar negara.

- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan ibu bapa dan penjaga agar mengambil langkah berhati-hati sekiranya anak mereka mendapat tawaran bekerja di luar negara.
- Langkah berhati-hati tersebut adalah bagi mengelak anak mereka daripada menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara yang menjadikan golongan muda sebagai sasaran mereka.
- “Pastikan bahawa tawaran kerja itu adalah telus, tidak mencurigakan dan tiada unsur penipuan serta memastikan tawaran kerja yang diberikan itu adalah logik dari segi gaji dan elaun termasuklah aspek-aspek kebajikan yang lain,” – Raja Muda Perlis.
Kangar – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan ibu bapa dan penjaga agar mengambil langkah berhati-hati sekiranya anak mereka mendapat tawaran bekerja di luar negara.
“Langkah berhati-hati tersebut adalah bagi mengelak anak mereka daripada menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara yang menjadikan golongan muda sebagai sasaran mereka,” titah baginda yang juga Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh UniMAP hari ini.
Perkara tersebut perlu diambil perhatian memandangkan kes penipuan kerja di luar negara semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini sehingga pihak kerajaan melalui Kedutaan Besar atau Pejabat Konsulat terpaksa campur tangan bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang tertipu.
Tuanku Syed Faizuddin Putra mengingatkan mereka yang mendapat tawaran kerja di luar negara supaya melakukan semakan secara teliti terlebih dahulu.
“Pastikan bahawa tawaran kerja itu adalah telus, tidak mencurigakan dan tiada unsur penipuan serta memastikan tawaran kerja yang diberikan itu adalah logik dari segi gaji dan elaun termasuklah aspek-aspek kebajikan yang lain,” titah baginda.
Tuanku Syed Faizuddin Putra mengetuai delegasi Jelajah Ilmu Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP ke Laos dan Thailand baru-baru ini.
Menurut kenyataan tersebut, baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkenan menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs sebanyak RM1,000 kepada Masjid Mirasuddeen yang terletak di Soi 20 Silom Road, Bangkok, Thailand.
Baginda berkenan menunaikan solat di masjid tersebut ketika singgah di ibu negara Gajah Putih itu sebelum pulang ke tanah air.
Terkini
Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK
Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

- Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
- Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
- “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
- “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.
Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.
Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen.
Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.
Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.
“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.
Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.
Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.
Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.
Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.
Sumber: Utusan Malaysia
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa3 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah