Connect with us

Terkini

RUU kawalan produk tembakau yang bawa agenda GEG disokong majoriti ahli parlimen

Majoriti ahli Parlimen telah menyatakan persetujuan terhadap Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022.

Wartawan TMT

Published

on

RUU kawalan produk tembakau yang bawa agenda GEG disokong majoriti ahli parlimen
Foto: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
  • Majoriti ahli Parlimen telah menyatakan persetujuan terhadap Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022.
  • Ia susulan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, surat yang ditulis oleh Ketua Pembangkang memaklumkan keseluruhan ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) menyokong RUU itu yang membawa agenda Generasi Penamat (GEG).
  • “Cuma mereka minta supaya dibuat beberapa pindaan untuk memperjelaskan kuasa penguat kuasa, soal denda dan sebagainya,” Menteri Kesihatan.
  • Kebanyakan isu ini sudah diselesaikan dalam Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) Parlimen.
  • RUU itu antara lain bakal melarang penjualan serta penggunaan sebarang bentuk bahan merokok termasuk rokok elektronik kepada individu yang dilahirkan pada 1 Januari 2007.

PUTRAJAYA – Majoriti ahli Parlimen telah menyatakan persetujuan terhadap Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, surat yang ditulis oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga memaklumkan keseluruhan ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) menyokong RUU itu yang membawa agenda Generasi Penamat (GEG).

“Cuma mereka minta supaya dibuat beberapa pindaan untuk memperjelaskan kuasa penguat kuasa, soal denda dan sebagainya.

“Kebanyakan isu ini sudah diselesaikan dalam Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) Parlimen,” katanya menerusi sidang akhbar sempena setahun perkhidmatannya sebagai Menteri Kesihatan di sini pada Rabu.

Menurutnya, RUU yang sudah diperkemaskan itu akan dibawa kepada mesyuarat JPK minggu depan untuk dipersetujui.

“Saya yakin RUU ini akan diluluskan dalam sidang akan datang,” katanya.

Beliau berkata, Dewan Rakyat terikat dengan usul tersebut meskipun berkemungkinan tempoh sidang Parlimen akan disingkatkan tatkala banyak spekulasi mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diperkatakan.

“Dalam usul yang saya bawa, usul yang dipersetujui oleh Dewan Rakyat bahawa RUU ini dirujuk kepada JPK dan akan dibawa kepada mesyuarat akan datang. Jadi Dewan terikat dengan usul itu.

“Ia perlu dibawa semula kerana usul itu adalah usul Dewan Rakyat. Ia bermaksud, selepas diselesaikan dalam JPK, usul itu mesti dibawa balik kepada sidang yang akan datang,” katanya.

Pada 2 Ogos, Dewan Rakyat bersetuju RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dirujuk ke JPK Parlimen untuk diteliti serta membuat syor penambahbaikan, ketika usul itu pada peringkat bacaan kedua.

RUU itu antara lain bakal melarang penjualan serta penggunaan sebarang bentuk bahan merokok termasuk rokok elektronik kepada individu yang dilahirkan pada 1 Januari 2007.

Sumber: Sinar Harian 

Author

Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending