Komuniti
MRM belanja RM600,000, bantu wanita yang dizalimi
Pendakwah bebas Firdaus Wong memberitahu mahkamah bahawa pihak Multiracial Reverted Muslims (MRM) sayap wanita telah membelanjakan hampir RM600,000 sejak 2014 bagi kebajikan serta membantu wanita yang dizalimi menerusi Sayap Wanita MRM.

- MRM telah membelanjakan hampir RM600,000 sejak 2014 bagi membantu wanita yang dizalimi.
- MRM menawarkan kesemua perkhidmatan berdasarkan nasihat dan pandangan daripada pakar-pakar berpengalaman dalam mengendalikan kes-kes wanita dizalimi.
- Antara kes gangguan seksual yang dikendalikan seperti gangguan secara verbal, gangguan menerusi aplikasi telefon dan dicabul oleh majikan.
KUALA LUMPUR – TENOM – Pendakwah bebas Firdaus Wong memberitahu mahkamah bahawa pihak Multiracial Reverted Muslims (MRM) sayap wanita telah membelanjakan hampir RM600,000 sejak 2014 bagi kebajikan serta membantu wanita yang dizalimi menerusi Sayap Wanita MRM.
Demikian katanya ketika diminta menjelaskan oleh pihak pendakwaan, Nor Azizah Mohamad mengenai MRM yang diasaskannya ketika sesi perbicaraan yang memasuki hari ketiga membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew.
“Kami menawarkan kesemua perkhidmatan itu berdasarkan nasihat dan pandangan daripada pakar-pakar yang berpengalaman dalam mengendalikan kes-kes wanita dizalimi kerana mereka akan mengalami ketakutan, trauma, dan malahan sehingga ada yang ingin membunuh diri.
“Antara kes gangguan seksual yang dikendalikan sayap wanita adalah seperti gangguan secara verbal, gangguan menerusi aplikasi telefon, Telegram, WhatsApp, Facebook, selain cabul oleh majikan, rakan sekerja, ahli keluarga, orang asing yang tidak dikenali, atau dari tokoh-tokoh yang berpengaruh dalam masyarakat,” katanya ketika sesi soal balas pihak pendakwaan.
Dalam perbicaraan itu, Firdaus diminta menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai kes wanita yang dibantu sayap wanita MRM mengenai gangguan seksual dan beliau memberitahu mahkamah bahawa ia dikendalikan oleh Sayap Wanita MRM.
Beliau memberitahu mahkamah bahawa mangsa gangguan seksual juga melibatkan kanak-kanak dibawah umur.
“Bantuan yang telah kami berikan bagi mangsa gangguan seksual seperti seorang kanak-kanak berusia 4 tahun yang telah dicabul oleh datuknya dan dimasukkan objek keras ke dalam kemaluannya,
“Bagi kes ini, kami telah membantu dari segi khidmat kaunseling psikologi dan psikiatri kepada ahli keluarga serta mangsa yang dibawah umur,” katanya.
Menurutnya, MRM mengendalikan kursus dakwah dalam dan luar negara selain mengadakan aktiviti street dakwah setiap minggu, mengendalikan muallaf dan orang belum muslim yang ingin bertanya atau belajar tentang Islam
MRM juga mengendalikan kes-kes murtad, masalah remaja, kebajikan serta kes wanita yang dizalimi menerusi sayap wanita dan telah berdakwah di seluruh dunia antaranya Uganda pada 2016, Zambia zimbabwe Afrika selatan 2017, Colombia dan Peru 2018, negara Australia Bahrain Oman Qatar, Sri Lanka, Hongkong, Macau, dan banyak lagi.
MRM merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan NGO yang telah ditubuhkan pada 5 Februari 2014 dengan visi utama adalah untuk menyampaikan mesej Islam yang sebenar manakala misinya adalah untuk memberikan kesedaran kepada orang Islam akan tugas dan tanggungjawab mereka untuk melakukan dakwah dan menjadi seorang muslim sebaik mungkin.
Komuniti
Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong
Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.

- Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.
- Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
- Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.
- “Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.
- “Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.
KUALA LUMPUR – Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.
Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.
“Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.
“Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.
Firdaus Wong berkata sahabatnya itu berkelayakan jurusan pengajian Islam dari Universiti Maghribi dan sangat aktif dalam bidang dakwah, khususnya penulisan dalam bidang hadis, maqasid syariah dan sejarah Islam.
Malah, katanya, Mohd Fikri telah menghasilkan lebih 20 buku dan pernah menjadi kolumnis dalam beberapa majalah.
“Namun hasratnya untuk meneruskan usaha dakwah itu terhenti disebabkan penyakit yang dialaminya,” kata Firdaus Wong.
Mana-mana pihak ingin membantu usaha dakwah dan kebajikan MRM, boleh menyalurkan sumbangan ke akaun MAYBANK 5648 1052 0353 (Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor). — The Merdeka Times
Sumber: Facebook
-
Terkini2 days ago
Anak mualaf bersyukur MRM bantu uruskan jenazah ibu
-
Terkini4 days ago
Peniaga terima wang menerusi DuitNow QR akan dicaj bermula 1 November
-
Antarabangsa3 days ago
Penutupan kerajaan AS tidak dapat dielakkan – Biden
-
Antarabangsa3 days ago
Malaysia dijangka beri pengecualian visa kepada pelancong China