Antarabangsa
Konsert Roger Waters di Madison Square Garden tribute kepada Palestin, Shireen Abu Akleh
Sejak beberapa tahun lalu, vokalis kumpulan rock ‘Pink Floyd’, Roger Waters menerima penentangan ekoran sokongannya kepada Palestin.
- Vokalis kumpulan rock ‘Pink Floyd’, Roger Waters membuat persembahan di Madison Square Garden, New York, selama dua malam bermula 30 Ogos lalu.
- Roger turut menyiarkan nama Shireen Abu Akleh yang merupakan wartawan Palestin yang ditembak mati rejim zionis Israel di Jenin pada 11 Mei lalu, terpampang pada skrin gergasi semasa dia menyanyikan lagu “The Powers That Be”.
- Biarpun jelajah konsert pro-Palestin tidak disenangi ramai pihak, ia langsung tidak menjejaskan pendirian Roger menentang kezaliman Israel terhadap Palestin.
- Roger memulakan persembahan malam itu dengan berkata, “sekiranya kamu salah seorang daripada mereka yang ‘Saya suka Pink Floyd, tetapi saya tidak menyokong Roger’, lebih baik kamu tinggalkan tempat ini sekarang. Terima kasih”.
Sejak beberapa tahun lalu, vokalis kumpulan rock ‘Pink Floyd’, Roger Waters menerima penentangan ekoran sokongannya kepada Palestin.
Biarpun dilabel anti-semitik, Roger tetap giat mengibarkan bendera Palestin di sepanjang jelajah konsertnya sejak 2018.
Biarpun perjuangannya tidak disenangi ramai pihak, ia langsung tidak menjejaskan pendiriannya menentang kezaliman rejim zionis Israel terhadap Palestin.
Roger membuat persembahan di Madison Square Garden, New York, selama dua malam bermula 30 Ogos lalu.
Vokalis kumpulan rock itu difahamkan persembahannya pada malam kedua akan didatangi kumpulan penunjuk perasaan yang tidak sama pendirian dengannya.
Tidak terkesan dengan apa berlaku, Roger memulakan persembahan malam itu dengan berkata, “sekiranya kamu salah seorang daripada mereka yang ‘Saya suka Pink Floyd, tetapi saya tidak menyokong Roger’, lebih baik kamu tinggalkan tempat ini sekarang. Terima kasih”.
Roger turut menyiarkan nama Shireen Abu Akleh yang merupakan wartawan Palestin yang ditembak mati rejim zionis Israel di Jenin pada 11 Mei lalu, Breonna Taylor yang terkorban akibat keganasan polis di Louisvilly dan George Floyd yang dibunuh anggota polis di Minneapolis, terpampang pada skrin gergasi semasa dia menyanyikan lagu “The Powers That Be”.
Acara di Madison Square Garden itu secara tak langsung mengundang tarikan media Yahudi.
Namun seorang wartawan yang dihantar untuk melaporkan aktiviti anti-semitik di konsert itu, Jordan Hoffman mengatakan yang beliau tidak menemui sebarang unsur anti-semitik sepanjang malam itu.
“Hiburan yang amat luar biasa. Saya tidak pernah lagi lihat apa-apa yang sehebat ini sepanjang hidup saya,” katanya yang teruja dengan persembahan vokalis Pink Floyd pada malam itu.
Sumber: Mondoweiss