Connect with us

Terkini

Keadilan, menjunjung amanah Tuhan bukannya mewakili kuasa Tuhan – YDPA Sultan Abdullah

Tiada sebarang keistimewaan atau pengecuali kepada pihak yang melakukan kesalahan dalam melaksanakan keadilan. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah, ketegasan prinsip keadilan Islam juga tidak membenarkan sebarang ketidakadilan kepada sesiapa pun termasuk pihak yang tidak disenangi.

Wartawan TMT

Published

on

Keadilan, menjunjung amanah Tuhan bukannya mewakili kuasa Tuhan - YDPA Sultan Abdullah
Foto: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.
  • Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menegaskan tiada yang terkecuali dalam melaksanakan keadilan.
  • Undang-undang hanya memiliki satu bahasa, satu prinsip, satu hukuman dan satu aplikasi kepada sesiapa pun.
  • Baginda bertitah Mahkamah syariah perlu berfungsi melaksanakan keadilan berasaskan bidang kuasa yang diberikan undang-undang dan perlembagaan selaras dengan hukum syarak.

KUANTAN – Tiada sebarang keistimewaan atau pengecuali kepada pihak yang melakukan kesalahan dalam melaksanakan keadilan.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah, ketegasan prinsip keadilan Islam juga tidak membenarkan sebarang ketidakadilan kepada sesiapa pun termasuk pihak yang tidak disenangi.

Titah Seri Paduka Baginda, undang-undang hanya memiliki satu bahasa; satu prinsip; satu hukuman dan satu aplikasi kepada sesiapa pun.

“Keadilan yang diamalkan tanpa memilih kasih berjaya mengangkat martabat Islam pada zaman Rasulullah.

“Prinsip keadilan yang telus dan terbuka turut berjaya membangunkan masyarakat yang adil, saksama, makmur dan sejahtera,”titahnya.

Seri Paduka Baginda bertitah demikian dalam titah diraja sempena Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Kuantan yang dimasyhur dengan nama Kompleks Syariah Al-Sultan Abdullah di sini pada Isnin.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong,Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang,Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.

Al-Sultan Abdullah bertitah, mahkamah syariah juga perlu berfungsi untuk melaksanakan keadilan berasaskan bidang kuasa yang diberikan undang-undang dan perlembagaan selaras dengan hukum syarak.

“Berpandukan prinsip keadilan dalam Islam, mahkamah ini juga perlu bijak menggunakan kuasa budi bicara dan sentiasa berlaku adil kepada semua pihak dalam menjatuhkan hukuman terutama yang melibatkan kes-kes kekeluargaan.

“Ia termasuk mengkaji hukuman berbentuk kerja sosial bagi kes-kes tertentu supaya tidak berlaku penindasan dan diselesaikan secara budi bicara.

“Ia kerana prinsip keadilan menurut Islam ialah menjunjung amanah tuhan dan bukannya mewakili kuasa tuhan,”titahnya.

Al-Sultan Abdullah bertitah, kuasa menghukum dan memberikan pengampunan juga tidak wajar digunakan sewenang-wenangnya kerana ia bakal dipertanggungjawabkan kelak.

“Jika undang-undang tidak dilaksanakan secara konsisten dan adil pasti keadilan tidak akan tercapai kerana falsafah disebalik penggubalan sesuatu undang-undang itu telah ternoda.

“Jika perkara itu berlaku, pihak yang lemah akan menjadi mangsa kepada pihak memiliki kuasa dan menjadi titik permulaan menghalalkan penindasan dan kezaliman dalam sistem pemerintahan.

“Justeru, mahkamah syariah perlu mempunyai kecekapan dalam mengendalikan kes agar keadilan dapat dicapai,” titah Seri Paduka Baginda.

Dalam titahnya itu, Al-Sultan Abdullah meminta Hakim Syarie memastikan kes-kes yang dikendalikan dihakimi seadil-adilnya dan penghakiman dapat dilaksanakan dengan segera.

“Pada masa sama, pegawai mahkamah dan peguam syarie turut bertanggungjawab secara kolektif dalam menentukan prosiding mahkamah berjalan lancar,”ujarnya.

Titah Seri Paduka Baginda lagi, hakim syarie, pegawai mahkamah dan peguam syarie mempunyai tanggungjawab kepada pihak yang dibicarakan, tanggungjawab sosial kepada negara dalam mempertahankan integriti mahkamah dan melindungi kesucian Islam.

Sementara Al-Sultan Abdullah berkata, perasmian dan pemasyhuran bangunan Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Pahang menjadi simbolik dan mercu tanda ketinggian institusi mahkamah syariah di negara ini.

“Saya telah disembah maklum bahawa kompleks mahkamah ini telah siap sepenuhnya 23 September tahun lalu dengan kos RM44.75 juta.

“Ketika ini hampir semua negeri memiliki kompleks perundangan syariah yang lengkap dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” titahnya.

Menurut Seri Paduka Baginda, kompleks mahkamah syariah yang sempurna terbina itu mampu memainkan peranan besar dalam menyampai dan mengembangkan syiar Islam.

“Diharapkan lebih banyak lagi usaha dilaksanakan untuk meningkatkan institusi Mahkamah Syariah di negara ini,” titahnya.

Tambah Seri Paduka Baginda lagi, sebarang usaha memperkasakan mahkamah syariah di negara ini sentiasa disokong tanpa berlaku diskriminasi kepada mana-mana pihak kerana prinsip utama undang-undang syariah adalah keadilan kepada semua.

Sementara itu dalam titahnya, Al-Sultan Abdullah meminta pihak berkaitan meneliti kembali cadangan hukuman diyat supaya ia dapat dilaksanakan dalam sistem keadilan di negara ini.

Sumber: Sinar Harian 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Segera lapor SPRM jika jadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
  • SPRM gesa pihak yang percaya mereka menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.
  • “Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada media hari ini.
  • Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.
  • Semalam, seorang pengarah urusan syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki bagaimanapun berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kes seperti itu dari negeri-negeri lain dan menyifatkan apa yang berlaku di Perak baru-baru ini sebagai kes terpencil.

“Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) Azman Adnan.

Semalam, seorang pengarah urusan sebuah syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

Difahamkan, syarikat suspek berusia 44 tahun itu dipercayai terbabit melakukan pemecahan lot tanah di mukim berkenaan menjadi tanah bukan Melayu, seterusya dijual menjadi lot rumah dan banglo.

Siasatan SPRM juga mendapati sejumlah 317 lot dipecahkan kepada individu serta syarikat yang sebahagian besarnya adalah bukan Melayu.

Penahanan itu adalah rentetan kepada tangkapan seorang bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik di Pejabat Tanah dan Galian Perak yang sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, bulan lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending