Connect with us

Terkini

PRU perlu diadakan dalam tempoh terdekat – YDPA

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjalankan kuasa prerogatif mengikut Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, secara bijaksana menzahirkan harapan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu diadakan dalam tempoh terdekat.

Wartawan TMT

Published

on

PRU perlu diadakan dalam tempoh terdekat - YDPA
Foto: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
  • Yang di-Pertuan Agong menzahirkan Pilihan Raya Umum-15 perlu diadakan dalam tempoh terdekat.
  • Tempoh itu sebelum Monsun Timur Laut yang diramal bermula pertengahan bulan depan.
  • Perkara itu menunjukkan sifat keprihatinan dan cakna Yang di-Pertuan Agong dalam mengambil kira faktor kebajikan rakyat.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjalankan kuasa prerogatif mengikut Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, secara bijaksana menzahirkan harapan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu diadakan dalam tempoh terdekat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menerusi afidavit sokongan yang difailkan Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak semalam berkata, tempoh itu sebelum Monsun Timur Laut yang diramal bermula pertengahan bulan depan.

Beliau berkata, perkara itu menunjukkan sifat keprihatinan dan cakna Yang di-Pertuan Agong dalam mengambil kira faktor kebajikan rakyat, walaupun bukan suatu keperluan mengikut Perkara 55(2) dan 40 Perlembagaan Persekutuan untuk berbuat demikian.

Katanya, kuasa baginda untuk membubarkan Dewan Rakyat mengikut dua perkara itu suatu yang tidak boleh diadili dan tidak boleh dipertikai di mahkamah.

“Hal ini demikian kerana kuasa untuk membubarkan Parlimen suatu kuasa prerogatif baginda di bawah dua perkara terbabit.

“Ia yang mana boleh mengikut budi bicara membubarkan Parlimen tanpa perlu mendapatkan nasihat daripada Jemaah Menteri di bawah Perkara 40(1) dan 40(1A) Perlembagaan Persekutuan.

“Saya sesungguhnya percaya isu berkenaan permintaan itu dibuat tanpa nasihat Jemaah Menteri bersifat akademik kerana baginda sudah memperkenan permintaan dan seterusnya membubarkan Parlimen.

Advertisement

“Proses mahkamah dalam undang-undang bukan bermaksud untuk ke arah tujuan berpolitik atau terselindung dan untuk alasan in sahaja, tindakan saman hendaklah dibatalkan,” katanya.

Pada 11 Oktober lalu, penyandang kerusi Parlimen Klang, Charles Santiago, selaku plaintif menfailkan saman pemula terhadap Ismail Sabri, Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai defendan, susulan pembubaran Dewan Rakyat yang dibuat Perdana Menteri pada 10 Oktober lalu.

Berdasarkan salinan saman pemula yang difail dan dilihat BH, Charles menuntut supaya satu deklarasi kuasa yang terletak pada Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan hanya boleh dilaksanakan mengikut Perkara 40(1) dan (1A).

Perkara 55(2) membabitkan Yang di-Pertuan Agong boleh memprorog atau membubarkan Parlimen.

Peruntukan Perkara 40(1) pula menyatakan Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat pada menjalankan fungsinya mengikut Perlembagaan atau undang-undang Persekutuan.

Ismail Sabri berkata, SPR mempunyai tugas keperlembagaan mengikut Perkara 55(4) Perlembagaan Persekutuan untuk mengadakan PRU-15 dalam tempoh 60 hari, selepas pembubaran Parlimen.

Advertisement

“Saya percaya kuasa defendan (SPR) di bawah Perkara 55(4) untuk mengadakan PRU-15, selepas pembubaran itu suatu perkara yang tidak boleh diadili.

“Di bawah Perkara 118, sebarang cabaran terhadap sesuatu pilihan raya hanya boleh dipersoal melalui petisyen pilihan raya,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh menerusi afidavit sokongan difailkan tetuan terbabit pada hari sama berkata, pihaknya perlu memastikan penjalanan PRU-15 dapat berjalan dengan teratur dan lancar.

Ini selaras dengan Perkara 55(4) dan 113(1) Perlembagaan Persekutuan, Akta Pilihan Raya 1958, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan peraturan serta keseluruhan undang-undang berkaitan pilihan raya.

“Plaintif tidak dapat mengekalkan sebarang bentuk relif yang mempunyai kesan sama dengan injunksi atau perlaksanaan spesifik terhadap semua defendan.

“Defendan akan berhujah dengan lebih lanjut pada hari pendengaran permohonan defendan kelak,” katanya.

Advertisement

Sumber: Berita Harian

 

Author

Terkini

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat

Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
  • Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
  • “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.

Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.

“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.

“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan. 

Advertisement

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending