Connect with us

Terkini

Fatwa Johor panduan yang baik – Majlis Gereja Malaysia

CCM menyambut baik fatwa dikeluarkan MAINJ yang disifatkannya panduan baik untuk umat Islam dan bukan Islam.

Wartawan TMT

Published

on

Fatwa Johor panduan yang baik - Majlis Gereja Malaysia
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Setiausaha Agung CCM, Jonathan Jesudas berkata orang bukan Islam harus hargai batasan dikenakan terhadap umat Islam di bawah undang-undang syariah dan peka terhadap kepercayaan umat Islam apabila jemput orang Islam ke majlis perayaan mereka.
  • “Penjelasan yang diberikan MAINJ dialu-alukan dan pastinya dapat menggalakkan keharmonian dan interaksi lebih baik dalam kalangan masyarakat berbilang agama di Malaysia,”
  • Minggu lalu, MAINJ mengeluarkan fatwa melarang umat Islam menghadiri dan menyertai upacara ritual perayaan agama lain di negeri itu.

PETALING JAYA: Majlis Gereja Malaysia (CCM) menyambut baik fatwa dikeluarkan Majlis Agama Islam Johor (MAINJ) yang disifatkannya panduan baik untuk umat Islam dan bukan Islam.

Setiausaha Agung CCM, Jonathan Jesudas berkata orang bukan Islam harus menghargai batasan yang dikenakan terhadap umat Islam di bawah undang-undang syariah dan peka terhadap kepercayaan umat Islam apabila menjemput orang Islam ke majlis sambutan dan perayaan mereka.

“Penjelasan yang diberikan MAINJ dialu-alukan dan pastinya dapat menggalakkan keharmonian dan interaksi lebih baik dalam kalangan masyarakat berbilang agama di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Minggu lalu, MAINJ mengeluarkan fatwa melarang umat Islam menghadiri dan menyertai upacara ritual perayaan agama lain di negeri itu.

Menurutnya, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sudah memperkenan fatwa itu yang berkuat kuasa 2 Feb lalu.

Pada hari sama, Sultan Johor bertitah fatwa itu tidak bercanggah nilai toleransi, perpaduan dan persefahaman antara agama, seperti yang dianuti di bawah konsep “Bangsa Johor”.

Baginda menjelaskan ia hanya melarang umat Islam mengambil bahagian dalam upacara keagamaan lain, tetapi mereka masih boleh menghadiri acara perayaan agama lain.

Advertisement

Jesudas berkata, menakjubkan bagaimana rakyat Malaysia berbilang agama meraikan perayaan keagamaan mereka bersama.

“Rumah terbuka merupakan amalan khas rakyat Malaysia. Ketika Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Deepavali, Krismas, Gawai, Kaamatan dan perayaan lain, rakyat Malaysia mengunjungi satu sama lain, menikmati juadah dan melayan jiran serta rakan mereka.

“Ini sebahagian daripada kehidupan kita, sehingga dalam kegembiraan, kita hampir tidak berhenti dan menyedari ini adalah keharmonian agama dan toleransi. Ini yang menyatukan masyarakat Malaysia dan membezakan kita daripada negara lain.”

Sumber: FreeMalaysiaToday

 

 

Advertisement

Author

Terkini

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat

Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
  • Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
  • “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.

Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.

“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.

“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan. 

Advertisement

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending