Connect with us

Antarabangsa

Berkati pasangan sejenis, Gereja Russia kecam Vatican

Gereja Ortodoks Russia menyifatkan keputusan Vatican untuk merestui pasangan sejenis adalah menyimpang daripada kepercayaan Kristian.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Gereja Ortodoks Russia menyifatkan keputusan Vatican untuk merestui pasangan sejenis adalah menyimpang daripada kepercayaan Kristian.
  • Menurut kenyataan diterbitkan di laman web gereja itu, Patriarch Kirill dari Moscow meminta Suruhanjaya Biblikal dan Teologi Sinodal “menganalisa” dokumen diterima pakai Vatican pada Disember 2023.
  • Suruhanjaya itu bermesyuarat dan “sebulat suara bersetuju bahawa pembaharuan itu mewakili penyimpangan drastik moral ajaran Kristian,” kata kenyataan itu dipetik RT pada 21 Februari lalu.
  • Kirill berkata pada masa lalu Gereja Ortodoks Russia “tidak akan” menyokong perkahwinan sejenis dan mengutuk “ideologi LGBT yang berbahaya dan merosakkan”.
  • Pandangan gereja itu konsisten dengan kedudukan pihak berkuasa Russia yang pada Disember 2022 mengembangkan larangan sedia ada terhadap “propaganda LGBT”.

Gereja Ortodoks Russia menyifatkan keputusan Vatican untuk merestui pasangan sejenis adalah menyimpang daripada kepercayaan Kristian.

Menurut kenyataan diterbitkan di laman web gereja itu, Patriarch Kirill dari Moscow meminta Suruhanjaya Biblikal dan Teologi Sinodal “menganalisa” dokumen diterima pakai Vatican pada Disember 2023.

Suruhanjaya itu bermesyuarat dan “sebulat suara bersetuju bahawa pembaharuan itu mewakili penyimpangan drastik moral ajaran Kristian,” kata kenyataan itu dipetik RT pada 21 Februari lalu.

Kirill berkata pada masa lalu Gereja Ortodoks Russia “tidak akan” menyokong perkahwinan sejenis dan mengutuk “ideologi LGBT yang berbahaya dan merosakkan”.

Pandangan gereja itu konsisten dengan kedudukan pihak berkuasa Russia yang pada Disember 2022 mengembangkan larangan sedia ada terhadap “propaganda LGBT”.

Dokumen dimaksudkan merupakan deklarasi Vatican dikarang dua pegawai tertinggi di Dicastery for the Doctrine of the Faith bertajuk ‘Fiducia Supplicans’ iaitu Kardinal Victor Manuel Fernandez dan Father Armando Matteo. 

Dokumen itu mengkaji “kemungkinan memberkati pasangan dalam situasi luar biasa dan pasangan sejenis tanpa mengesahkan status mereka secara rasmi atau mengubah dalam apa cara sekalipun ajaran Gereja mengenai perkahwinan”.

Menurut perisytiharan itu, paderi Katolik dibenarkan memberkati pasangan sejenis. 

Walau bagaimanapun, “berkat ini tidak boleh diberikan bersamaan dengan upacara kesatuan sivil… dan tidak boleh dilakukan dengan pakaian, isyarat, atau perkataan yang menyerupai perkahwinan”.

Penulis berhujah teks itu berdasarkan “visi pastoral” Pope Francis yang digambarkan lebih mesra kepada pasangan sejenis dan ahli komuniti LGBTQ berbanding pendahulunya. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Trending