Connect with us

Terkini

Emilia Hanafi gagal cabar bidang kuasa Mahkamah Syariah

Bekas isteri ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal gagal memperoleh kebenaran bagi mencabar bidang kuasa Mahkamah Syariah Kuala Lumpur yang memulakan prosiding komital terhadapnya.

Wartawan TMT

Published

on

Emilia Hanafi gagal cabar bidang kuasa Mahkamah Syariah
Foto: Emilia Hanafi, sumber Bernama.
  • Bekas isteri ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal gagal cabar prosiding komital yang dikenakan ke atasnya.
  • Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi benarkan bantahan Jabatan Peguam Negara (AGC) terhadap permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan Emilia.
  • Hakim putuskan Mahkamah Syariah punyai bidang kuasa memulakan prosiding komital sebagaimana termaktub dalam Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 dan Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998.
  • “Prosiding dan keputusan Mahkamah Syariah tidak boleh disemak oleh Mahkamah Sivil berdasarkan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan,” – wakil AGC, peguam Persekutuan Mohammad Sallehuddin Md Ali.
  • Hakim juga dapati semakan kehakiman itu difailkan di luar tempoh yang ditetapkan.

KUALA LUMPUR – Bekas isteri ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal gagal memperoleh kebenaran bagi mencabar bidang kuasa Mahkamah Syariah Kuala Lumpur yang memulakan prosiding komital terhadapnya.

Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid membenarkan bantahan Jabatan Peguam Negara (AGC) terhadap permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan Emilia Hanafi.

Peguam Persekutuan Mohammad Sallehuddin Md Ali, yang mewakili AGC berkata, hakim itu memutuskan bahawa Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa untuk memulakan prosiding komital sebagaimana termaktub dalam Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 dan Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998.

“Prosiding dan keputusan Mahkamah Syariah tidak boleh disemak oleh Mahkamah Sivil berdasarkan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Keputusan permohonan itu disampaikan melalui e-mel.

Mohammad Sallehuddin berkata, Ahmad Kamal juga mendapati semakan kehakiman itu difailkan di luar tempoh yang ditetapkan kerana keputusan Mahkamah Syariah berhubung perintah komital dibuat pada 9 Februari lepas, namun Emilia memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran pada 8 Jun.

Prosiding komital terhadap Emilia, 43, adalah berhubung tindakan beliau melanggar perintah mahkamah mengenai hak lawatan SM Faisal antaranya membabitkan hak bermalam dan lokasi untuk ahli perniagaan itu mengambil tiga anak mereka.

Menurut permohonan semakan kehakiman itu, Emilia tidak tinggal atau bermastautin di Wilayah Persekutuan dan semasa prosiding hadhanah difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada 23 Julai 2018, beliau tinggal atau bermastautin di Kajang.

Permohonan itu mendakwa Seksyen 4 Akta Undang-Undang Keluarga (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 adalah terpakai untuk semua orang Islam yang tinggal dalam Wilayah Persekutuan dan yang bermastautin dalam Wilayah Persekutuan tetapi Emilia tinggal di luar Wilayah Persekutuan.

Emilia memohon deklarasi bahawa Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur tidak memiliki bidang kuasa untuk mendengar serta menghukum mana-mana individu yang menghina mahkamah sebaliknya bidang kuasa itu adalah hak eksklusif mahkamah sivil di peringkat Mahkamah Persekutuan, Rayuan dan Tinggi berdasarkan Perkara 126 Perlembagaan Persekutuan. – Bernama

Sumber : Sinar Harian

Author

Terkini

Segera lapor SPRM jika jadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
  • SPRM gesa pihak yang percaya mereka menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.
  • “Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada media hari ini.
  • Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.
  • Semalam, seorang pengarah urusan syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki bagaimanapun berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kes seperti itu dari negeri-negeri lain dan menyifatkan apa yang berlaku di Perak baru-baru ini sebagai kes terpencil.

“Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) Azman Adnan.

Semalam, seorang pengarah urusan sebuah syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

Difahamkan, syarikat suspek berusia 44 tahun itu dipercayai terbabit melakukan pemecahan lot tanah di mukim berkenaan menjadi tanah bukan Melayu, seterusya dijual menjadi lot rumah dan banglo.

Siasatan SPRM juga mendapati sejumlah 317 lot dipecahkan kepada individu serta syarikat yang sebahagian besarnya adalah bukan Melayu.

Penahanan itu adalah rentetan kepada tangkapan seorang bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik di Pejabat Tanah dan Galian Perak yang sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, bulan lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending