Connect with us

Terkini

EKSKLUSIF: Kes Emilia-SM Faisal: Pengamal undang-undang pelik kenapa ada pihak persoalkan keputusan mahkamah syariah

“Saya agak pelik dengan pihak-pihak yang masih menyalahkan Mahkamah Syariah ini. Apa asas mereka sebenarnya,” kata Malcolm ketika dihubungi The Merdeka Times.

Shamirul Nazrin

Published

on

Malcolm Fernandez
Foto: Malcolm Fernandez
  • Tindakan pihak tertentu yang seolah-olah mempersoalkan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah berhubung kes Emilia-SM Faisal apabila ibu kepada tiga anak itu dipenjarakan kerana gagal mematuhi perintah mahkamah, dianggap pelik oleh pengamal undang-undang.
  • Peguam sivil dan keluarga, Malcolm Fernandez menegaskan dalam kes Emelia-SM Faisal, Mahkamah Syariah telah membuat keputusan sah berdasarkan semua fakta diterima mahkamah.
  • Peguambela dan peguamcara bahagian sivil litigasi, Nor Zabetha Muhamad Nor berkata kes itu seharusnya dinilai dalam sudut “full context” sebelum memberikan sebarang pandangan.
  • Kedua-dua peguam terbabit menegaskan perintah yang dikeluarkan mana-mana mahkamah, sama ada syariah atau sivil, perlu dihormati semua pihak.

KUALA LUMPUR – Tindakan pihak tertentu yang seolah-olah mempersoalkan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah mengenakan hukuman penjara ke atas Emilia Hanafi kerana gagal mematuhi perintah mahkamah berhubung tarikh lawatan tiga anaknya, dianggap pelik oleh pengamal undang-undang.

Peguam sivil dan keluarga, Malcolm Fernandez menegaskan dalam kes Emelia-SM Faisal, Mahkamah Syariah telah membuat keputusan yang sah berdasarkan semua fakta diterima mahkamah.

Malcolm berkata Emilia sudah diberi peluang untuk memberikan penjelasan berhubung kes itu.

“Saya agak pelik dengan pihak-pihak yang masih menyalahkan Mahkamah Syariah ini. Apa asas mereka sebenarnya,” kata Malcolm ketika dihubungi The Merdeka Times berhubung tindakan pihak tertentu yang terus mempersoalkan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah mengenakan hukuman penjara ke atas Emelia.

Pada 27 Jun lalu, Emelia, yang juga bekas isteri ahli perniagaan SM Faisal SM Nasimuddin, menjalani hukuman penjara tujuh hari atas kesalahan gagal mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah berhubung tarikh lawatan tiga anaknya.

Isu itu mendapat perhatian umum dengan ada segelintir pihak dilihat seolah-olah cuba memberikan gambaran buruk kepada Mahkamah Syariah berhubung keputusan memenjarakan Emelia ketika jelas pihak terbabit melanggar perintah mahkamah.

Sebelum ini kumpulan Sisters in Islam (SIS) menyifatkan hari Isnin (27 Jun 2022), iaitu tarikh di mana Emelia mula menjalani hukuman penjara kerana gagal mematuhi perintah mahkamah syariah, sebagai hari yang gelap untuk wanita, terutama para ibu dan isteri ekoran apa berlaku kepada Emelia.

“Sistem kehakiman Syariah, yang sepatutnya bertanggungjawab menegakkan keadilan dan menjaga kebajikan ahli keluarga terbabit daripada ditindas, sebaliknya telah bertindak untuk mengeluarkan waran tangkap penjara selama 7 hari ke atas ibu tersebut hanya kerana beliau menukar tarikh lawatan bekas suami atas permintaan anak-anaknya,” kata SIS dalam kenyataannya seperti dilaporkan media.

Peguambela dan peguamcara bahagian sivil litigasi, Nor Zabetha Muhamad Nor berkata kes Emilia-SM Faisal seharusnya dinilai dalam sudut “full context” sebelum memberikan sebarang pandangan.

“Kalau nak salahkan mahkamah, kita kena lihat “full context” dahulu. (Kita) tak tahu apa yang berlaku dan apa pengingkarannya, maka kita tak boleh meletakkan beban kesalahan kepada mahkamah,” katanya.

Ditanya mengenai perbezaan mahkamah syariah dan mahkamah sivil, Malcolm dan Zabetha merumuskan kesemua perintah yang dikeluarkan kedua-dua mahkamah itu perlulah dihormati mengikut bidang kuasa masing-masing.

“Dari segi isu menghina mahkamah, prosedurnya agak sama khususnya, jika wujud sesebuah perintah yang (mana) kedua-dua pihak perlu patuhi, tak kira mahkamah sivil atau syariah, perintah itu haruslah dihormati,” kata Malcolm.

“Memandangkan orang Islam perlu patuhi hukum syarak dan undang-undang syariah, mahkamah syariahlah yang akan mengawal undang-undang berkaitan dengan kekeluargaan dan pembahagian harta.

“Manakala mahkamah sivil pula untuk orang-orang bukan Islam. Dari segi peraturan, semua sama. Kedua-dua kena ikut prosedur dan kena hormati perintah yang dikeluarkan,” jelas Zabetha. – The Merdeka Times

Baca berita susulan – Kes dera Emilia Hanafi: Perbicaraan kali pertama bakal berlangsung esok

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

ADUN DAP bidas gesaan PERKASA supaya boikot PETRONAS

Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali (kiri) & Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP, Jason Ng Thien Yeong (kanan).
  • Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot berikutan melantik syarikat bukan bumiputera,  Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.
  • Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.
  • “Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.
  • “Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 
  • “Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Sebuah portal media sebelum ini, melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.
  • Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

KUALA LUMPUR — Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.

“Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.

“Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 

“Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Ng Thien Yeong berkata beliau menghargai tindakan PETRONAS yang mengeluarkan kenyataan tegas dengan menyatakan pemberian kontrak itu berdasarkan merit dan tidak akur dengan ugutan PERKASA.

Beliau mendakwa majoriti rakyat Malaysia turut menolak cadangan itu yang sekali gus membuktikan amalan perkauman ekstrim masih ditolak di negara ini.

“Saya menggesa kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menghasut hubungan kaum bagi mengelakkan masyarakat majmuk Malaysia yang asalnya harmoni dan aman dimusnahkan oleh golongan ekstrem ini,” katanya.

Sebelum ini, sebuah portal media melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.

Menurut Syed Hassan, orang Melayu dikatakan majoriti pengisi minyak PETRONAS sehubungan itu beliau menggesa kumpulan itu supaya mengkaji semula kontrak berkenaan.

Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

Mengulas lanjut, Ng Thien Yeong berkata Solarvest yang diberi kontrak pemasangan sistem solar PETRONAS itu adalah syarikat awam tersenarai mempunyai kepakaran dalam pembangunan tenaga baharu. 

“Kepakaran mereka bukan sahaja membolehkan mereka mendapat kontrak daripada Petronas, tetapi juga mempunyai projek-projek penjanaan tenaga solar yang lain termasuk dengan Tenaga Nasional Berhad,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending