Connect with us

Terkini

[VIDEO] Tiada kesedaran jenayah ‘phishing’ punca wang lesap dalam bank – Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia

‘Phishing’ atau memancing data adalah cubaan dengan niat jahat dan menyalahi peraturan untuk mendapatkan maklumat sensitif dalam talian seperti nama pengguna, kata laluan dan kad kredit, dengan menyamar sebagai entiti sah.

Wartawan TMT

Published

on

Jenayah Phishing yang ramai tidak sedar
Foto: Berbagai cara digunakan oleh 'scammer' untuk mendapatkan info peribadi dengan niat jahat.
  • ‘Phishing’ atau memancing data adalah cubaan dengan niat jahat dan menyalahi peraturan untuk mendapatkan maklumat sensitif dalam talian seperti nama pengguna, kata laluan dan kad kredit, dengan menyamar sebagai entiti sah.
  • “Apabila kita relatekan dengan isu wang hilang dalam bank ini, ada potensi pengguna telah klik atau termuat turun ‘malware’ atau ‘spyware’ ke dalam peranti pengguna.
  • “Ramai menjadi mangsa kepada laman sesawang  ‘phishing’ dan kerana itu kena tengok dan semak dahulu adakah betul itu  laman sesawang sebenar atau ‘phishing’ dan itu memang tanggungjawab pengguna sendiri,”- Siraj Jalil.
  • Mangsa akan mengisi butiran maklumat dan dihantar ke laman web palsu berkenaan bagi penjahat siber mendapatkan akses ke akaun perbankan internet mangsa.

KUALA LUMPUR – ‘Phishing’ atau memancing data adalah cubaan dengan niat jahat dan menyalahi peraturan untuk mendapatkan maklumat sensitif dalam talian seperti nama pengguna, kata laluan dan kad kredit, dengan menyamar sebagai entiti sah.

Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil berkata tanggungjawab dan kesedaran pengguna mengenai keselamatan siber sangat penting dalam memastikan tidak terjerumus dalam menjadi mangsa kepada penipuan siber. 

“Apabila kita relatekan dengan isu wang hilang dalam bank ini, ada potensi pengguna telah klik atau termuat turun ‘malware’ atau ‘spyware’ ke dalam peranti pengguna.

“Ramai menjadi mangsa kepada laman sesawang  ‘phishing’ dan kerana itu kena tengok dan semak dahulu adakah betul itu  laman sesawang sebenar atau ‘phishing’ dan itu memang tanggungjawab pengguna sendiri,” katanya kepada The Merdeka Times. 

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), di Malaysia sebahagian serangan phishing dikesan mensasarkan kepada pengguna perbankan internet dan motif penjenayah siber itu adalah untuk mendapatkan maklumat kewangan mangsa.

View this post on Instagram

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@merdekatimes_)

Advertisement

“Aktiviti penipuan siber ini dilakukan melalui klik (pautan) URL laman sesawang dan penjenayah phishing bertindak menyamar melalui e-mel dan mendakwa mereka datang dari bank. 

“Apabila mangsa mengisi butiran maklumat yang dihantar ke laman web palsu berkenaan akan diperolehi penjahat siber bagi mendapatkan akses ke akaun perbankan internet mangsa,” menurut kenyataan SKMM.

Author

Terkini

PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 

Hidayah Sani

Published

on

PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 
  • Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.
  • Beliau turut mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India. 

KUALA LUMPUR — Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 

Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat yang dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.

Ini susulan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.

Sesungguhnya, jawapan tersebut amatlah bersifat lebih untuk meraih populariti dan terlalu berpolitik. Apakah wajar bagi seseorang individu mempunyai dua kerakyatan? Di manakah kecenderungan bagi individu terbabit untuk menumpahkan kesetiaanya? 

“Sepatutnya jawapan isu sensitif seumpama ini tidak perlu dilayan dengan jawapan tegas iaitu mana mungkin dan mustahil seseorang boleh memiliki dua kerakyatan malah untuk memohon menjadi rakyat Malaysia mesti memenuhi syarat-syarat yang ketat mengikut undang-undang yang sedia ada selama ini. 

“Malah ada gesaan disyaratkan dengan lebih tegas iaitu penguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zarina menggesa seluruh rakyat Malaysia khususnya kaum Bumiputera untuk menentang cadangan itu serta berpendirian sebarang kajian tidak perlu dilakukan sama sekali kerana ia keputusan muktamad.

Advertisement

Pada masa sama, beliau mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India kerana perkara itu lebih mengundang mudarat daripada keuntungan.

Katanya, perkara perlu diberikan keutamaan bukanlah terkait kerakyatan sebaliknya isu 1.2 juta warga negara China yang direkodkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), masuk ke Malaysia dalam tempoh 2018 hingga 2021 namun masih tiada rekod keluar dari negara ini. 

Ia merupakan suatu jumlah yang amat menggusarkan dan perlu diambil tindakan telus dan tegas kerana ianya pelanggaran undang-undang dan soal keselamatan negara. 

“Ini yang patut diberi keutamaan bukan soal kerakyatan dan dikejutkan pula dengan pengumuman Menteri Pelancongan mengenai cadangan pengecualian Visa kepada pelancong terutama dari Cina dan mungkin dari India atas nama kepentingan merancakkan ekonomi tetapi boleh membawa padah kepada keselamatan negara dan masalah sosial yang kini pun sudah parah dan tidak terkawal. 

“Cuba bayangkan jika pelancong Cina masuk tanpa tapisan melalui Visa dengan bebas. Pasti ramai akan hilang dan menetap di Malaysia. 

“Isu rasuah yang menjadi barah akan menjadi lebih buruk di kalangan penguatkuasa. Perkara ini amat mengerikan kepada masa depan negara Malaysia,” kata Zarina. 

Advertisement

Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan berkata Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghasilkan satu laporan berkenaan pengecualian visa untuk pelancong China.

King Sing berkata, kerajaan dijangka akan mendraf dasar mengenai hari lawatan yang dibenarkan untuk berada di Malaysia melalui perkhidmatan pengecualian visa. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Parti Bumiputera Perkasa Malaysia – PUTRA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending