Terkini
“Usah jenayahkan rasa ingin tahu anak muda” – Darell Leiking, Naib Presiden Warisan gesa KKM tidak terburu-buru laksana GEG
Tekanan ke atas Kementerian Kesihatan (KKM) semakin meningkat berhubung rancangan generasi penamat (GEG) untuk menghentikan tabiat merokok dalam kalangan anak muda.
- “Keputusan untuk menghisap tembakau atau tidak patut bergantung kepada individu yang berumur 18 tahun, memberi hak kepada anak muda untuk menentukan sendiri berdasarkan fakta adalah pilihan lebih baik daripada “menjenayahkan rasa ingin tahu mereka”. – Darell Leiking.
- Naib Presiden Warisan, Darell Leiking menggesa KKM tidak terburu-buru dengan cadangan undang-undang kawalan tembakau itu kerana kerajaan belum mempertimbangkan kesan rang undang-undang (RUU) itu sepenuhnya.
PETALING JAYA: Tekanan ke atas Kementerian Kesihatan (KKM) semakin meningkat berhubung rancangan generasi penamat (GEG) untuk menghentikan tabiat merokok dalam kalangan anak muda.
Naib Presiden Warisan, Darell Leiking menggesa KKM tidak terburu-buru dengan cadangan undang-undang kawalan tembakau itu kerana kerajaan belum mempertimbangkan kesan rang undang-undang (RUU) itu sepenuhnya.
Katanya, rakyat mempunyai hak berperlembagaan untuk membuat keputusan, khasnya apabila mereka mencapai umur dewasa.
“Keputusan untuk menghisap tembakau atau tidak patut bergantung kepada individu yang berumur 18 tahun,” katanya kepada FMT.
Memberi hak kepada anak muda untuk menentukan sendiri berdasarkan fakta adalah pilihan lebih baik daripada “menjenayahkan rasa ingin tahu mereka”.
Leiking yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, ada banyak pandangan berbeza berhubung RUU itu Malaysia Timur, dengan kelaziman perdagangan rokok haram di Sabah, walaupun undang-undang menghalangnya.
“Fokus utama sepatutnya mengurangkan kemudaratan dan perlu ada pendekatan holistik untuk menangani isu ini.”
Beliau berkata, kebanyakan orang yang bercakap dengannya merasakan produk tembakau perlu ditangani secara berasingan daripada produk bukan tembakau seperti e-rokok dan vape.
“Malah negara seperti New Zealand yang cuba mewujudkan generasi bebas tembakau tidak mencadangkan untuk menjenayahkan produk bukan tembakau,” katanya sambil menambah KKM perlu meneliti negara seperti Filipina yang memfokuskan alternatif pengurangan kemudaratan.
RUU Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang dibentangkan di Dewan Rakyat untuk dibahaskan, bertujuan melarang individu lahir pada dan selepas 2007 daripada merokok, membeli atau memiliki produk tembakau dan peranti merokok.
Sumber : Free Malaysia Today