Connect with us

Antarabangsa

Sudan sahkan kes pertama cacar monyet

Menurut Kementerian Kesihatan Sudan, pesakit merupakan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun dari Dafur Barat, wilayah di bahagian utara, lapor agensi berita Anadolu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

cacar monyet di sudan
Foto: Vaksin cacar monyet. Sumber Reuters.
  • Kementerian Kesihatan Sudan mengesahkan pada Ahad lalu bahawa pesakit merupakan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun dari Dafur Barat.
  • Minggu lalu, WHO isytiharkan wabak cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global berikutan virusnya yang terus merebak.
  • Menurut statistik WHO, sejak dikesan pada Mei lepas, virus itu telah menjangkiti lebih 16,000 orang di 75 negara.
  • Virus cacar monyet menunjukkan simptom serupa tetapi kurang sedikit daripada cacar, termasuk demam, ruam dan bengkak pada nodus limfa.

KHARTOUM – Kes pertama cacar monyet disahkan berlaku di Sudan pada Ahad lepas.

Menurut Kementerian Kesihatan Sudan, pesakit merupakan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun dari Dafur Barat, wilayah di bahagian utara, lapor agensi berita Anadolu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) minggu lalu mengisytiharkan wabak cacar monyet atau monkeypox sebagai kecemasan kesihatan global berikutan virusnya yang terus merebak.

Menurut statistik WHO, sejak dikesan pada Mei lepas, virus itu telah menjangkiti lebih 16,000 orang di 75 negara.

Virus cacar monyet menunjukkan simptom yang serupa tetapi kurang sedikit daripada cacar, termasuk demam, ruam dan bengkak pada nodus limfa.

Jangkitannya ke atas indidvidu adalah terhad, namun boleh disebarkan melalui sentuhan dengan cecair badan, luka pada kulit atau permukaan mukosa dalaman seperti dalam mulut atau tekak, titisan pernafasan dan objek tercemar. 

SUMBER : Bernama

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *