Connect with us

Antarabangsa

Wabak cacar monyet bukan lagi kecemasan kesihatan awam – WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak cacar monyet bukan lagi kecemasan kesihatan awam antarabangsa.

Wartawan TMT

Published

on

Wabak cacar monyet bukan lagi kecemasan kesihatan awam – WHO
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak cacar monyet bukan lagi kecemasan kesihatan awam antarabangsa.
  • WHO mengisytiharkan cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan awam membimbangkan di peringkat antarabangsa pada Julai 2022.
  • Status itu dibuat bagi mewujudkan maklum balas diselaraskan dan membuka peluang pembiayaan bekerjasama dalam perkongsian vaksin dan rawatan di peringkat antarabangsa.

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak cacar monyet bukan lagi kecemasan kesihatan awam antarabangsa.

WHO mengisytiharkan cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan di peringkat antarabangsa pada Julai 2022.

Status itu dibuat bagi mewujudkan maklum balas yang diselaraskan dan membuka peluang pembiayaan untuk bekerjasama dalam perkongsian vaksin dan rawatan di peringkat antarabangsa.

Menurut laporan terbaru WHO, lebih 87,000 kes cacar monyet direkodkan di seluruh dunia sejak awal 2022 hingga 8 Mei tahun ini.

Sebelum ini, WHO mencatatkan penurunan jumlah kes cacar monyet secara berterusan dalam jumlah dan menyatakan kebimbangan mengenai kemungkinan peningkatan semula kes berkenaan di beberapa kawasan dan penularan berterusan di beberapa negara.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, mengisytiharkan tamatnya status kecemasan bagi penyakit itu berdasarkan saranan jawatankuasa kecemasan organisasi berkenaan yang bermesyuarat pada Rabu.

Tindakan itu memberi isyarat bahawa krisis akibat cacar monyet yang merebak melalui sentuhan langsung dengan cecair badan dan menyebabkan simptom seperti selesema dan lesi kulit yang dipenuhi nanah, telah terkawal.

Advertisement

Sebelum ini WHO turut menamatkan status kecemasan kesihatan awam untuk pandemik COVID-19.

Walaupun kecemasan cacar monyet dan COVID-19 kedua-duanya telah berakhir, ancaman gelombang kebangkitan kekal untuk kedua-duanya. Kedua-dua virus terus beredar dan kedua-duanya terus membunuh,” kata Tedros.

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

Lelaki Muslim separuh buta dipukul, dipaksa sebut ‘Jai Shri Ram’

Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).
  • Tertuduh iaitu Sagar Shetty Kalki, 24, dan Narasappa, 25, merupakan penduduk di kejiranan Gangavathi, dipercayai melakukan perkara itu terhadap  Hussensab pada 25 November lalu.
  • Ketika insiden itu, kedua-duanya difahamkan membawa mangsa ke laluan bawah landasan kereta api sebelum menyerang dan merompak mangsa.
  • “Mereka memukul saya dengan botol kaca dan menggunakan serpihannya untuk memotong janggut saya dan memaksa saya menyebut Jai Shri Ram, selain mengugut untuk melakukan perkara lebih teruk jika tidak mematuhi mereka.
  • “Mereka juga cuba membakar janggut saya. Kemudian, mereka memukul saya  sehingga jatuh ke tanah,” kata mangsa, Hussensab.

INDIA – Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).

Tertuduh iaitu Sagar Shetty Kalki, 24, dan Narasappa, 25, merupakan penduduk di kejiranan Gangavathi, dipercayai melakukan perkara itu terhadap  Hussensab pada 25 November lalu.

Ketika insiden itu, kedua-duanya difahamkan membawa mangsa ke laluan bawah landasan kereta api sebelum menyerang dan merompak mangsa.

Superintendan Polis (SP), Yashodha Vantigodi berkata tertuduh yang ketika itu berada dalam keadaan mabuk membenarkan Hussensab menumpang kenderaan mereka ke satu destinasi sebelum lelaki itu bertindak menarik topi Narasappa kerana meminta untuk berhenti.

“Marah dengan itu, tertuduh membawanya ke dekat sebuah laluan bawah landasan kereta api dan menyerangnya,” kata Vantigodi dipetik The Indian Express pada Rabu.

Sementara itu, Hussensab berkata ketika kejadian, dia merayu kepada suspek melepaskannya untuk pulang ke rumah kerana memilik penglihatan yang lemah

“Mereka memukul saya dengan botol kaca dan menggunakan serpihannya untuk memotong janggut saya dan memaksa saya menyebut Jai Shri Ram, selain mengugut untuk melakukan perkara lebih teruk jika tidak mematuhi mereka.

Advertisement

“Mereka juga cuba membakar janggut saya. Kemudian, mereka memukul saya sehingga jatuh ke tanah.

“Seorang pengembala di kawasan itu berteriak ketika mereka cuba memukul saya dengan batu dan bertindak melarikan diri. Dia kemudian membawa dan menelefon anak perempuan saya,” katanya.

Polis Gangavathi mendaftarkan kes itu di bawah Seksyen 394 (perompakan) dan 307 (percubaan membunuh) Kanun Kesalahan India (IPC).

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending