Antarabangsa
Pakistan sahkan kes pertama cacar monyet
Pihak berkuasa kesihatan Pakistan mengesahkan kes pertama cacar monyet di negara itu.

- Pihak berkuasa kesihatan Pakistan mengesahkan kes pertama cacar monyet di negara itu.
- Virus berjangkit itu dikesan pada seorang lelaki Pakistan berusia 25 tahun yang baru tiba di Islamabad dari Arab Saudi.
- Data WHO menunjukkan, 97 peratus pesakit adalah lelaki dengan purata umur 35 tahun dan kebanyakannya dikenal pasti menjalinkan hubungan sejenis atau positif HIV.
ISLAMABAD: Pihak berkuasa kesihatan Pakistan mengesahkan kes pertama cacar monyet di negara itu.
Lapor Al Jazeera, virus berjangkit itu dikesan pada seorang lelaki Pakistan berusia 25 tahun yang baru tiba di Islamabad dari Arab Saudi.
Pegawai Kementerian Kesihatan, Sajid Shah berkata, pesakit itu sudah dikuarantin di sebuah hospital di ibu negara dan pengesanan kontak rapat turut dimulakan.
“Setakat ini tiada bukti penularan tempatan cacar monyet di Pakistan dan risiko penyebaran penyakit antarabangsa dari Pakistan kekal rendah,” katanya.
Menurut beliau, amaran sudah dikeluarkan kepada semua lapangan terbang di negara itu termasuk kepada jabatan kesihatan wilayah untuk memastikan pemantauan, pengesanan kenalan dan pengecaman pantas kes yang disyaki.
Menurut WHO, cacar monyet merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus dengan simptom seperti ruam yang menyakitkan, demam, sakit tekak dan nodus limfa yang bengkak.
Data WHO menunjukkan, 97 peratus pesakit adalah lelaki dengan purata umur 35 tahun dan kebanyakannya dikenal pasti menjalinkan hubungan sejenis atau positif HIV.
Sumber: Utusan Malaysia
Antarabangsa
Lelaki Muslim separuh buta dipukul, dipaksa sebut ‘Jai Shri Ram’
Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).

- Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).
- Tertuduh iaitu Sagar Shetty Kalki, 24, dan Narasappa, 25, merupakan penduduk di kejiranan Gangavathi, dipercayai melakukan perkara itu terhadap Hussensab pada 25 November lalu.
- Ketika insiden itu, kedua-duanya difahamkan membawa mangsa ke laluan bawah landasan kereta api sebelum menyerang dan merompak mangsa.
- “Mereka memukul saya dengan botol kaca dan menggunakan serpihannya untuk memotong janggut saya dan memaksa saya menyebut Jai Shri Ram, selain mengugut untuk melakukan perkara lebih teruk jika tidak mematuhi mereka.
- “Mereka juga cuba membakar janggut saya. Kemudian, mereka memukul saya sehingga jatuh ke tanah,” kata mangsa, Hussensab.
INDIA – Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).
Tertuduh iaitu Sagar Shetty Kalki, 24, dan Narasappa, 25, merupakan penduduk di kejiranan Gangavathi, dipercayai melakukan perkara itu terhadap Hussensab pada 25 November lalu.
Ketika insiden itu, kedua-duanya difahamkan membawa mangsa ke laluan bawah landasan kereta api sebelum menyerang dan merompak mangsa.
Superintendan Polis (SP), Yashodha Vantigodi berkata tertuduh yang ketika itu berada dalam keadaan mabuk membenarkan Hussensab menumpang kenderaan mereka ke satu destinasi sebelum lelaki itu bertindak menarik topi Narasappa kerana meminta untuk berhenti.
“Marah dengan itu, tertuduh membawanya ke dekat sebuah laluan bawah landasan kereta api dan menyerangnya,” kata Vantigodi dipetik The Indian Express pada Rabu.
Sementara itu, Hussensab berkata ketika kejadian, dia merayu kepada suspek melepaskannya untuk pulang ke rumah kerana memilik penglihatan yang lemah
“Mereka memukul saya dengan botol kaca dan menggunakan serpihannya untuk memotong janggut saya dan memaksa saya menyebut Jai Shri Ram, selain mengugut untuk melakukan perkara lebih teruk jika tidak mematuhi mereka.
“Mereka juga cuba membakar janggut saya. Kemudian, mereka memukul saya sehingga jatuh ke tanah.
“Seorang pengembala di kawasan itu berteriak ketika mereka cuba memukul saya dengan batu dan bertindak melarikan diri. Dia kemudian membawa dan menelefon anak perempuan saya,” katanya.
Polis Gangavathi mendaftarkan kes itu di bawah Seksyen 394 (perompakan) dan 307 (percubaan membunuh) Kanun Kesalahan India (IPC).
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS