Connect with us

Terkini

Dua kes pertama cacar monyet dikesan di Malaysia – KP Kesihatan

Dua kes pertama jangkitan cacar monyet (mpox) dikesan di negara ini.

Wartawan TMT

Published

on

Dua kes pertama cacar monyet dikesan di Malaysia – KP Kesihatan
Foto: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.
  • Dua kes pertama jangkitan cacar monyet (mpox) dikesan di negara ini.
  • Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, dalam satu kenyataan hari ini berkata, kes pertama disahkan pada 26 Julai lalu melibatkan seorang lelaki warga asing yang telah tinggal dan bekerja di Malaysia sejak April 2022.
  • Kes kedua pula membabitkan seorang lelaki tempatan adalah kontak kepada kes mpox pertama atau kes indeks.

PUTRAJAYA: Dua kes pertama jangkitan cacar monyet (mpox) dikesan di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, kes pertama disahkan pada 26 Julai lalu melibatkan seorang lelaki warga asing yang telah tinggal dan bekerja di Malaysia sejak April 2022.

“Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negara yang melaporkan kes mpox pada 6 Julai lalu dan kembali semula ke Malaysia pada 10 Julai. Beliau mula menunjukkan gejala pada 19 Julai dan lepuh mula muncul pada 23 Julai.

“Beliau telah menjalani isolasi dan dibebaskan pada 10 Ogos lalu setelah pulih sepenuhnya tanpa komplikasi. Beliau disyaki mendapat jangkitan semasa berada di luar negara iaitu negara yang melaporkan kes mpox,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kes kedua membabitkan seorang lelaki tempatan adalah kontak kepada kes mpox pertama atau kes indeks.

Lelaki berkenaan mengalami gejala semasa dalam kuarantin kerana merupakan kontak kepada kes positif mpox.

Sumber: Buletin TV3

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending