Terkini
Majikan gesa kerajaan benar pelarian Rohingya bekerja di Malaysia
Isu kekurangan pekerja yang dianggap semakin menekan golongan majikan di negara ini mewajarkan kerajaan mempertimbangkan untuk membenarkan etnik Rohingya bekerja bagi mengisi jurang berkenaan.
- Isu kekurangan pekerja asing semakin menekan golongan majikan sehingga mencetuskan pertimbangan bagi membenarkan etnik Rohingnya bekerja bagi mengisi jurang berkenaan.
- sekiranya kerajaan membenarkan majikan menggajikan etnik Rohingya, kos diperlukan lebih praktikal, lebih jimat selain tidak perlu menunggu lama berbanding proses pengambilan pekerja asing baharu.
- Ketika ini, katanya, hanya pemegang kad UNCHR dibenarkan bekerja dalam sektor tidak formal seperti bekerja sendiri untuk tujuan sara hidup.
- “Apa yang perlu dilakukan adalah kerajaan hendaklah memberikan kebenaran buat pelarian Rohingya yang berdaftar dengan UNCHR dan pemegang kad UNCHR yang sah diambil bekerja,” – Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).
KUALA LUMPUR: Isu kekurangan pekerja yang dianggap semakin menekan golongan majikan di negara ini mewajarkan kerajaan mempertimbangkan untuk membenarkan etnik Rohingya bekerja bagi mengisi jurang berkenaan.
Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman, berkata situasi mendesak ketika ini disifatkan sebagai masa sesuai untuk memberi kebenaran kepada pelarian Rohingya yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) termasuk pemegang kad UNCHR yang sah, diambil bekerja.
Beliau berkata, sekiranya kerajaan membenarkan majikan menggajikan etnik Rohingya, kos diperlukan lebih praktikal, lebih jimat selain tidak perlu menunggu lama berbanding proses pengambilan pekerja asing baharu.
Ketika ini, katanya, hanya pemegang kad UNCHR dibenarkan bekerja dalam sektor tidak formal seperti bekerja sendiri untuk tujuan sara hidup.
“Buat masa ini, Malaysia menghadapi isu kekurangan pekerja yang kronik. Negara memerlukan sekurang kurangnya 1.2 juta pekerja dalam industri pembuatan (627,000), perladangan (120,000) dan pembinaan (550,000).
“Bagaimanapun ketika ini, kerajaan tidak membenarkan pelarian untuk bekerja. Kebanyakan pelarian bekerja sendiri seperti berniaga kecil kecilan dan bekerja di sektor tidak formal.
“Berikutan semua bidang pekerjaan sekarang mengalami kekurangan pekerja yang serius, adalah lebih sesuai untuk masyarakat Rohingya (digajikan). Apa yang perlu dilakukan adalah kerajaan hendaklah memberikan kebenaran buat pelarian Rohingya yang berdaftar dengan UNCHR dan pemegang kad UNCHR yang sah diambil bekerja,” katanya kepada BH, hari ini.
Malaysia kini berdepan kekurangan buruh asing membabitkan pekerja di restoran, kilang dan sektor pembinaan kerana majikan tidak bersedia mengambil golongan itu kerana tidak mempunyai kemahiran asas.
Perkara itu didedahkan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah semalam yang menegaskan kerajaan bergantung kepada dana luar bagi menampung kos latihan kemahiran yang akan diberikan kepada pelarian Myanmar khususnya etnik Rohingya.
Saifuddin berkata, negara setakat ini tidak dapat mengambil pelarian Myanmar untuk bekerja dalam sektor pekerjaan kerana tidak mempunyai kemahiran diperlukan.
Mengulas apakah terdapat majikan di negara ini yang menyediakan latihan kemahiran kepada etnik Rohingya sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR), Syed Hussain berkata, buat masa ini tiada majikan yang mahu berurusan dengan pelarian.
Alasan diterima MEF, katanya, adalah majikan khuatir langkah sedemikian ditakrifkan sebagai mengambil pelarian bekerja dan boleh didakwa oleh pihak berwajib.
“Pemberian kebenaran bekerja untuk pelarian jika diluluskan adalah baik kerana ia akan dapat memastikan golongan pelarian dapat diambil kira dalam pangkalan data negara dan maklumat keberadaan mereka dapat dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
- Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
- Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
- Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.
Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear.
Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times