Terkini
“Kesan lecur tangan Bella mungkin kena air panas,” – Pakar bedah plastik
Mahkamah Sesyen di sini, hari ini diberitahu besar kemungkinan kecederaan dialami remaja perempuan Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella disebabkan air panas.

- Ia berdasarkan laporan daripada pegawai perubatan yang merawat Bella ketika dibawa ke HKL pada Jun 2021.
- “Mengenai kedalaman kelecuran pula, disebabkan dia (Bella) datang (ke hospital) dengan keruping dan saya lihat tisu merah naik, jadi berdasarkan pengalaman kedalaman kelecuran itu dua darjah. Bukan sekadar tengok saiz luka dan kedalaman luka kelecuran, kita juga kena tahu punca kelecuran dan tempoh masa kejadian.
- “Saya difahamkan kemungkinan disebabkan air panas. Apabila saya tanya Bella dia tidak bercerita apa yang berlaku dan saya tak nak paksa dia.” – Pakar bedah plastik HKL
- Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung lagi petang ini.
KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini, hari ini diberitahu besar kemungkinan kecederaan dialami remaja perempuan Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella disebabkan air panas.
Pakar bedah plastik Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr. Salmi Mohamed Shukur ,46, berkata, ia berdasarkan laporan yang diberikan oleh seorang pegawai perubatan yang pernah merawat remaja terbabit ketika dibawa ke HKL pada Jun 2021 iaitu Dr Sheshadri Srida.
Remaja berusia 13 tahun itu didakwa didera di sebuah kondominium di Wangsa Maju, Kuala Lumpur oleh pengasuhnya iaitu Siti Bainun Ahd Razali yang merupakan pengasas Rumah Bonda di antara Februari dan Jun 2021.
Saksi pendakwaan ke-15 berkata, “Saya melihat ada dua kawasan luka masing-masing di tangan kanan dan kiri yang mana tangan kiri melecur satu peratus manakala tangan kanan melecur 0.5 peratus.
“Mengenai kedalaman kelecuran pula, disebabkan dia (Bella) datang (ke hospital) dengan keruping dan saya lihat tisu merah naik, jadi berdasarkan pengalaman kedalaman kelecuran itu dua darjah. Bukan sekadar tengok saiz luka dan kedalaman luka kelecuran, kita juga kena tahu punca kelecuran dan tempoh masa kejadian.
“Saya difahamkan kemungkinan disebabkan air panas. Apabila saya tanya Bella dia tidak bercerita apa yang berlaku dan saya tak nak paksa dia.”
Tambahnya, semasa merawat Bella, beliau juga ada melihat terdapat beberapa parut luka matang yang telah sembuh sekitar badan dan tangan remaja tersebut.
Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad dalam perbicaraan kes tersebut pada hari ini.
Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung lagi petang ini.
Berikutan itu, Nor Azizah memohon Dr Salmi melihat kesan lecur di tangan Bella yang hadir pada prosiding mahkamah bagi proses pengecaman.
“Tangan kanan ada parut yang sudah matang sebab kurang merah berbanding asal sebab dulu tebal. Tangan kiri pula parut masih merah dan tebal.
“Parut itu masih memerlukan rawatan. Dari segi penjagaan, ia bagus setakat ini,” katanya.
Siti Bainun Ahd Razali , 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Pertuduhan itu dibicarakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terkini
Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK
Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

- Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
- Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
- “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
- “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.
Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.
Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen.
Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.
Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.
“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.
Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.
Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.
Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.
Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.
Sumber: Utusan Malaysia
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa3 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah