Connect with us

Terkini

Hanya dengan satu ‘klik’, lesap RM12000!

Dua beranak kehilangan duit simpanan mereka dalam akaun bank keseluruhan berjumlah hampir RM12,000 selepas mendakwa menekan satu pautan iklan kerja berkaitan perkhidmatan mencuci rumah.

Wartawan TMT

Published

on

Hanya dengan satu ‘klik’, lesap RM12000!
  • Nurul Azilawati Abu Khalid, 34, kerugian RM500 manakala ibunya, Habsah Johari, 53, kehilangan wang simpanan sebanyak RM11,300 pada 18 Ogos lalu.
  • Mereka mendakwa ia berlaku selepas menekan satu pautan iklan kerja berkaitan perkhidmatan mencuci rumah.
  • Hasil semakan RM500 dalam akaunnya dipindahkan untuk transaksi Touch’ n Go sedangkan dia tidak berbuat demikian bahkan tiada terima notifikasi TAC.
  • Terdapat empat pemindahan melibatkan dua transaksi sebanyak RM10,000 atas akaun seorang lelaki dan selebihnya dua transaksi berjumlah RM1,300 untuk Touch’ n Go melibatkan akaun Habsah Johari.
  • Laporan polis dibuat pada hari sama.

BENTONG – Dua beranak kehilangan duit simpanan mereka dalam akaun bank keseluruhan berjumlah hampir RM12,000 selepas mendakwa menekan satu pautan iklan kerja berkaitan perkhidmatan mencuci rumah.

Nurul Azilawati Abu Khalid, 34, kerugian RM500 manakala ibunya, Habsah Johari, 53, kehilangan wang simpanan sebanyak RM11,300 pada 18 Ogos lalu.

Menurut Nurul Azilawati, sebelum kejadian itu, dia menekan satu pautan mengenai iklan kerja perkhidmatan mencuci rumah di laman Facebook.

“Saya tertarik dengan iklan tersebut dan mereka memberikan pautan untuk membuat pembayaran yuran sebanyak RM15.90. Bagaimanapun transaksi dalam talian terbabit tidak berjaya. Jadi, saya hubungi kembali ejen iklan dan dimaklumkan akaun milik bank mereka dalam proses naik taraf. Mereka meminta saya gunakan akaun bank lain namun tetap gagal membuat transaksi.

“Mereka kemudian memberitahu akan membuat semakan. Saya rasa tidak sedap hati dan terus memeriksa akaun sendiri dan milik ibu saya. Kami berdua hilang duit,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Nurul Azilawati, hasil semakan mendapati sebanyak RM500 dalam akaunnya dipindahkan untuk transaksi Touch’ n Go sedangkan dia tidak berbuat demikian bahkan tiada menerima notifikasi TAC.

“Saya periksa akaun ibu dan mendapati ia digunakan untuk empat pemindahan melibatkan dua transaksi sebanyak RM10,000 atas akaun seorang lelaki dan selebihnya dua transaksi berjumlah RM1,300 untuk Touch’ n Go,” katanya yang merupakan peniaga kuih.

Secara keseluruhan ibunya kehilangan wang sebanyak RM11,300.

Anak beranak itu membuat laporan polis pada hari sama.

“Sedih sangat sebab duit saya itu hendak digunakan sebagai modal meniaga manakala duit ibu pula hasil simpanan pencen miliknya,” katanya lagi.

Dalam pada itu Nurul Azilawati berkata, dia membuat laporan kepada pihak bank yang memaklumkan perkara tersebut dalam siasatan.

“Penat memikirkan hasil kerja keras selama ini tiba-tiba hilang dengan begitu saja,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

(VIDEO) Pengharmonian undang-undang syariah-sivil, apa langkah kerajaan boleh lakukan?

Malaysia dari segi ilmu dan substantif mempunyai bahan-bahan yang mencukupi untuk melaksanakan pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz.
  • Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata semua agensi kerajaan perlu digerakkan untuk menjayakan usaha tersebut sebagaimana ia dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dalam Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia.
  • Ini kerana semua pihak yang terlibat dalam undang-undang itu akan terkesan, sekiranya penambahbaikan undang-undang dilakukan termasuk, pindaan Perlembagaan Persekutuan.
  • “…Usaha (pengharmonian undang-undang) yang berlangsung hampir 40 tahun ini perlu diselaraskan dan cara untuk melaksanakan pengharmonian ini, perlu disusun dengan rapi dan ini memerlukan usaha kerajaan yang berterusan dengan melantik mereka atau agensi yang bertanggungjawab dalam usaha pengharmonian ini.
  • “Kalau ini tidak dilakukan, kita akan bercakap tentang perkara sama walaupun pada 40 tahun akan datang,” katanya ketika ditemui The Merdeka Times di Putrajaya hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang langkah atau strategi yang boleh dilakukan kerajaan, khususnya agensi agama, untuk menjayakan usaha pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini .

KUALA LUMPUR — Malaysia dari segi ilmu dan substantif mempunyai bahan-bahan yang mencukupi untuk melaksanakan pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini.

Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata untuk itu semua agensi kerajaan perlu digerakkan untuk menjayakan usaha tersebut sebagaimana ia dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dalam Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia.

Shamrahayu berkata ini kerana semua pihak yang terlibat dalam undang-undang berkenaan akan terkesan sekiranya penambahbaikan undang-undang dilakukan termasuk, pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan.

“Saya berpendapat bahawa seperti dinyatakan Yang Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan perasmian beliau sekejap tadi bahawa pengharmonian undang-undang ini ataupun pelaksanaan keadilan dalam bidang undang-undang ini bukan sesuatu yang mudah.

“Jadi antara perkara saya sering bicarakan sebelum ini pun ialah bagaimana agensi-agensi kerajaan terutamanya perlu menyatupadukan gerak kerja mereka dan meletakkan agenda yang jelas tentang pengharmonian undang-undang.

“…Usaha (pengharmonian undang-undang) yang berlangsung hampir 40 tahun ini perlu diselaraskan dan cara untuk melaksanakan pengharmonian ini, perlu disusun dengan rapi dan ini memerlukan usaha kerajaan yang berterusan dengan melantik mereka atau agensi yang bertanggungjawab dalam usaha pengharmonian ini.

“Kalau ini tidak dilakukan, kita akan bercakap tentang perkara sama walaupun pada 40 tahun akan datang,” katanya ketika ditemui The Merdeka Times di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang langkah atau strategi yang boleh dilakukan kerajaan, khususnya agensi agama, untuk menjayakan usaha pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini.

Ia susulan pembentangan pertama di Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia yang bertajuk, “Mendasari Pengharmonian Syariah-Sivil Ke Arah Pemartabatan Undang-Undang Syariah di Malaysia”, yang telah disampaikan Timbalan Ketua Bahagian, Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-undang, Jabatan Peguam Negara, Ramzi Osman.

Mengulas lanjut, Shamrahayu berkata langkah lain yang penting dilaksanakan adalah memahamkan para hakim yang bertugas di mahkamah pada peringkat Persekutuan, bukan hanya hakim mahkamah syariah.

“Satu lagi yang saya fikir tidak disebut ialah untuk memperkasakan institusi-institusi atau personnel yang menyumbang kepada pelaksanaan perundangan di mahkamah syariah terutamanya mereka yang menguatkuasakan undang-undang iaitu pengawai penguatkuasa agama dari segi penyiasatannya dan pendakwaannya. 

“Dan saya fikir jika kedua jawatan ini, penguatkuasa dan pendakwaan ini tidak diperkasakan selaras mahkamah syariah maka ia juga tidak akan mendatangkan keharmonian sepatutnya atau yang terbaiknya dalam penguatkuasaan undang-undang syariah,” katanya.

Shamrahayu berkata pelaksanaan pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini penting kerana ia adalah untuk mencapai keadilan dan supaya negara ini mempunyai identiti perundangannya sendiri.

“Pengharmonian (undang-undang syariah dan sivil) bermaksud untuk kita mencari sesuatu yang sama dan adil, sekarang ini terdapat perbezaan. 

“Contohnya suatu perkara itu dijenayahkan dalam perundangan syariah, tetapi tidak dijenayahkan dalam perundangan yang diamalkan di peringkat Persekutuan… Jadi untuk mencari kebaikan dalam sesuatu undang-undang itu, maka pengharmonian ini perlu dilakukan,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending