Connect with us

Terkini

“Hakim perlu bebas daripada sebarang pengaruh mahupun tekanan,” – Sultan Nazrin

Hakim merupakan watak penting dalam sistem kehakiman dan perlu bebas daripada sebarang pengaruh mahupun tekanan, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Wartawan TMT

Published

on

“Hakim perlu bebas daripada sebarang pengaruh mahupun tekanan,” - Sultan Nazrin
Foto: Sultan Nazrin menyampaikan titah ucapan sempena Majlis Pelancaran Jurnal Syariah Perak Al-Qanun Vol 1 2022 di Casuarina@Meru di Meru Raya. Sumber Sinar Harian.
  • Hakim simbol dalam memastikan kredibiliti dan kewibawaan institusi kehakiman.
  • Penghakiman telus gambaran sistem keadilan yang berwibawa tanpa dibayangi perasaan gentar pada sesiapa.
  • Penulisan alasan penghakiman jadi medium penilaian menentukan tahap kompetensi dan kecekapan hakim-hakim sekaligus ia akan menjadi panduan dan rujukan kepada pengamal undang-undang.
  • “Sandaran dan justifikasi yang kukuh terhadap sesuatu isu dan penilaian serta penggunaan hukum dan prinsip undang-undang yang tepat akan menjamin kredibiliti hakim dan mengangkat sistem keadilan itu sendiri,” titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

IPOH – Hakim merupakan watak penting dalam sistem kehakiman dan perlu bebas daripada sebarang pengaruh mahupun tekanan, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Baginda bertitah, selain berperanan besar, hakim juga menjadi simbol dalam memastikan kredibiliti dan kewibawaan institusi kehakiman.

“Sebarang bentuk keraguan perlu dihindarkan dan seorang hakim itu perlu bebas daripada sebarang pengaruh mahupun tekanan.

“Penghakiman yang telus menggambarkan sistem keadilan yang berwibawa dan tidak dibayangi dengan perasaan gusar dan gentar pada sesiapa,” titah baginda sempena Majlis Pelancaran Jurnal Syariah Perak Al-Qanun Vol 1 2022 di Casuarina@Meru di Meru Raya dekat sini pada Isnin.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Ketua Hakim Syarie negeri, Ab Rahman Thobroni Mohd Mansor.

Baginda bertitah, dalam menentukan tahap kompetensi dan kecekapan hakim-hakim, penulisan alasan penghakimanlah yang menjadi medium penilaiannya.

Jelas baginda, alasan penghakiman yang berkualiti dapat menzahirkan kemahiran hakim-hakim dalam menilai sesuatu isu dengan mengaplikasikan prinsip-prinsip undang-undang dan hukum syarak yang tepat sehingga keadilan dapat diberikan kepada yang berhak.

Advertisement

“Penulisan alasan penghakiman yang bernas dan berkualiti akan menjadi panduan dan rujukan kepada pengamal undang-undang.

“Sandaran dan justifikasi yang kukuh terhadap sesuatu isu dan penilaian serta penggunaan hukum dan prinsip undang-undang yang tepat akan menjamin kredibiliti hakim dan mengangkat sistem keadilan itu sendiri,” kata baginda.

Dalam titah terbabit, Sultan Nazrin turut menzahirkan dukungan sepenuhnya terhadap prinsip kehakiman syariah di negeri ini.

Kata baginda, pertambahan hierarki Mahkamah Syariah di negeri Perak dengan perwujudan Mahkamah Utama Syariah, melalui peruntukan seksyen 44 (3A) dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) (Pindaan) 2018 memberi ruang rayuan yang setara antara kes yang bermula di Mahkamah Rendah Syariah dengan kes yang bermula di Mahkamah Tinggi Syariah.

“Peluang rayuan merupakan hak yang dijamin oleh undang-undang, menjadi medan bagi hakim-hakim mahkamah yang lebih tinggi untuk menilai semula alasan penghakiman yang diputuskan oleh hakim-hakim di mahkamah yang lebih rendah sama ada berlaku kekhilafan atau sebaliknya.

“Ayahanda Beta, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (Marhum Al-Maghfur-Lah) pernah menyebut dalam ucapan perasmian Persidangan Undang-undang Malaysia ke-14 (14th Malaysian Laws Conference), petikan: The [mere] existence of courts and judges in every ordered society proves nothing; it is their quality, their independence, and their powers that matter.”

Advertisement

“Sehubungan itu, demi kepentingan keadilan, Beta selaku ketua agama Islam yang bertanggungjawab ke atas urusan hal ehwal agama Islam, mendukung sepenuhnya prinsip kebebasan kehakiman syariah di negeri ini,” kata Sultan Nazrin.

Baginda menitahkan agar usaha menambah baik sistem kehakiman syariah dan memperkasakan Mahkamah Syariah hendaklah terus dirintis.

Kata baginda, pegawai-pegawai kehakiman perlu dari semasa ke semasa diberi latihan, dilengkapi kemahiran dan didedahkan dengan pengalaman agar pengetahuan dan kecekapan mereka mentafsir undang-undang dan Hukum Syarak dapat ditingkatkan.

“Menerbitkan Al-Qanun, Jurnal Syariah Perak merupakan satu contoh usaha murni lagi terpuji. Semoga Al-Qanun dapat dijadikan bahan rujukan oleh para hakim serta pengamal undang-undang.

“Beta mengucapkan tahniah kepada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak atas idea dan usaha menghasilkan penerbitan ini,” kata baginda.

Sumber : Sinar Harian

Advertisement

Author

Terkini

PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 

Hidayah Sani

Published

on

PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 
  • Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.
  • Beliau turut mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India. 

KUALA LUMPUR — Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 

Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat yang dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.

Ini susulan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.

Sesungguhnya, jawapan tersebut amatlah bersifat lebih untuk meraih populariti dan terlalu berpolitik. Apakah wajar bagi seseorang individu mempunyai dua kerakyatan? Di manakah kecenderungan bagi individu terbabit untuk menumpahkan kesetiaanya? 

“Sepatutnya jawapan isu sensitif seumpama ini tidak perlu dilayan dengan jawapan tegas iaitu mana mungkin dan mustahil seseorang boleh memiliki dua kerakyatan malah untuk memohon menjadi rakyat Malaysia mesti memenuhi syarat-syarat yang ketat mengikut undang-undang yang sedia ada selama ini. 

“Malah ada gesaan disyaratkan dengan lebih tegas iaitu penguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zarina menggesa seluruh rakyat Malaysia khususnya kaum Bumiputera untuk menentang cadangan itu serta berpendirian sebarang kajian tidak perlu dilakukan sama sekali kerana ia keputusan muktamad.

Advertisement

Pada masa sama, beliau mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India kerana perkara itu lebih mengundang mudarat daripada keuntungan.

Katanya, perkara perlu diberikan keutamaan bukanlah terkait kerakyatan sebaliknya isu 1.2 juta warga negara China yang direkodkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), masuk ke Malaysia dalam tempoh 2018 hingga 2021 namun masih tiada rekod keluar dari negara ini. 

Ia merupakan suatu jumlah yang amat menggusarkan dan perlu diambil tindakan telus dan tegas kerana ianya pelanggaran undang-undang dan soal keselamatan negara. 

“Ini yang patut diberi keutamaan bukan soal kerakyatan dan dikejutkan pula dengan pengumuman Menteri Pelancongan mengenai cadangan pengecualian Visa kepada pelancong terutama dari Cina dan mungkin dari India atas nama kepentingan merancakkan ekonomi tetapi boleh membawa padah kepada keselamatan negara dan masalah sosial yang kini pun sudah parah dan tidak terkawal. 

“Cuba bayangkan jika pelancong Cina masuk tanpa tapisan melalui Visa dengan bebas. Pasti ramai akan hilang dan menetap di Malaysia. 

“Isu rasuah yang menjadi barah akan menjadi lebih buruk di kalangan penguatkuasa. Perkara ini amat mengerikan kepada masa depan negara Malaysia,” kata Zarina. 

Advertisement

Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan berkata Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghasilkan satu laporan berkenaan pengecualian visa untuk pelancong China.

King Sing berkata, kerajaan dijangka akan mendraf dasar mengenai hari lawatan yang dibenarkan untuk berada di Malaysia melalui perkhidmatan pengecualian visa. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Parti Bumiputera Perkasa Malaysia – PUTRA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending