Connect with us

Terkini

Hak kewarganegaraan, berikan secara adil tanpa mengira jantina

Isu kewarganegaraan di negara ini sewajarnya diberikan hak secara adil tanpa mengira jantina. Senator Datuk Seri Zurainah Musa ketika..

Wartawan TMT

Published

on

berikan secara adil tanpa mengira jantina
Foto: Senator Datuk Seri Zurainah Musa.
  • “Hak kewarganegaraan yang dilihat memberi kelebihan kepada hanya warganegara lelaki seolah-olah menampakkan wanita tidak begitu penting,” – Senator Datuk Seri Zurainah Musa.
  • KDN diseru menyatakan komitmen untuk membawa pindaan Perlembagaan kepada Parlimen. 
  • “Ini berbeza layanan bagi anak-anak yang lahir di luar negara kepada lelaki yang berwarganegara Malaysia, dan wanita yang bukan berwarganegara Malaysia, di mana mereka akan menerima kewarganegaraan secara automatik.
  • “Perkara ini jelas dan menjejaskan reputasi negara kita, iaitu seolah-olah Malaysia beranggapan wanita tidak sepenting lelaki, walhal kesaksamaan jantina dalam Perlembagaan jelas disebut.” 
  • KDN berpendirian untuk tidak mengulas lanjut berhubung isu berkenaan kerana terikat dengan perundangan sedia ada.
  • Dalam pada itu, Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim berkata, usul kewarganegaraan kanak-kanak lahir di luar negara bukan bertujuan untuk mencabar kewibawaan mahkamah kerana ia tidak berunsur subjudis.
  • “Ini boleh dianggap sebagai satu peringatan kepada negara, pihak-pihak berkuasa bahawa hak yang ada di bawah Perlembagaan Perkara 8, jangan diambil ringan.”

KUALA LUMPUR: Isu kewarganegaraan di negara ini sewajarnya diberikan hak secara adil tanpa mengira jantina.

Senator Datuk Seri Zurainah Musa ketika membahaskan perkara itu di Dewan Negara  menegaskan, hak kewarganegaraan yang dilihat memberi kelebihan kepada hanya warganegara lelaki seolah-olah menampakkan wanita tidak begitu penting.

Dalam masa sama, beliau sekali lagi menyeru agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyatakan komitmen untuk membawa pindaan Perlembagaan kepada Parlimen.

“Ini berbeza layanan bagi anak-anak yang lahir di luar negara kepada lelaki yang berwarganegara Malaysia, dan wanita yang bukan berwarganegara Malaysia, di mana mereka akan menerima kewarganegaraan secara automatik.

“Tetapi kenapa kita boleh lakukan untuk warganegara lelaki tetapi tidak boleh kita lakukan perkara yang sama untuk warganegara wanita?

“Perkara ini jelas dan menjejaskan reputasi negara kita, iaitu seolah-olah Malaysia beranggapan wanita tidak sepenting lelaki, walhal kesaksamaan jantina dalam Perlembagaan jelas disebut,” katanya di Dewan Negara, hari ini.

Terdahulu, Zurainah membawa usul tersebut ekoran keputusan Mahkamah Rayuan pada 5 Ogos lalu, yang memutuskan anak wanita Malaysia yang lahir di luar negara tidak diberikan kewarganegaraan Malaysia secara automatik, berbeza dengan lelaki.

Advertisement

Sementara itu, KDN ketika sesi penggulungan usul tersebut berpendirian untuk tidak mengulas lanjut berhubung isu berkenaan kerana terikat dengan perundangan sedia ada.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ismail Mohamed Said berkata, pihak-pihak terlibat juga mempunyai hak untuk memfail rayuan di Mahkamah Persekutuan.

“Kes ini baru diputuskan dan pihak-pihak terlibat masih lagi mempunyai hak untuk membuat rayuan. Pihak yang terlibat ialah kerajaan Malaysia di dalam kes Suriani Kempe dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara di bawah KDN.

“Saya nak nyatakan, bagi pihak KDN kita terikat dalam bentuk undang-undang negara dan Peraturan Mesyuarat. Saya tidak boleh mendedahkan apa-apa selagi kes mahkamah ini tidak diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

“Saya harap semua Yang Berhormat Senator bersabar…,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim berkata, usul kewarganegaraan kanak-kanak lahir di luar negara bukan bertujuan untuk mencabar kewibawaan mahkamah kerana ia tidak berunsur subjudis.

Advertisement

“Ini boleh dianggap sebagai satu peringatan kepada negara, pihak-pihak berkuasa bahawa hak yang ada di bawah Perlembagaan Perkara 8, jangan diambil ringan.

“Sebab itu sementara kementerian membuat penelitian, sementara pihak kehakiman membuat persiapan, kita sebagai ahli-ahli Dewan Negara sudah mula masuk ke dalam satu arena yang baharu iaitu kita prihatin terhadap hak-hak rakyat di luar sana,” katanya.

Pada 5 Ogos lalu, Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1 memutuskan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing, tidak berhak mendapat kerakyatan Malaysia dari segi undang-undang.

Sumber : Astro Awani

 

Author

Terkini

Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK

Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
  • Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
  • “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 
  • “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.

“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 

“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.    

Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.

Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen. 

Advertisement

Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.

Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.

“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.

Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.

Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.

Advertisement

Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending