Terkini
JPN nafi lulus 54,000 warga China sebagai warganegara
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan kira-kira 54,000 warga China sedang dalam proses diberikan kerakyatan Malaysia kononnya untuk menjadi pengundi DAP.

- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan kira-kira 54,000 warga China sedang dalam proses diberikan kerakyatan Malaysia kononnya untuk menjadi pengundi DAP.
- JPN dalam kenyataan memaklumkan, kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution semasa sidang akhbar sempena lawatan kerja rasmi beliau ke jabatan itu pada 9 Januari dimanipulasi dari sebahagian kenyataan penuh menteri itu.
- Sedangkan, katanya, intipati kenyataan Menteri ketika itu adalah memaklumkan antara komitmen beliau untuk membuat keputusan sama ada lulus atau gagal terhadap permohonan kewarganegaraan yang tertunggak sekian lama tanpa dibuat sebarang keputusan.
- “Berdasarkan rekod JPN dari 2019 hingga 31 Julai lalu, hanya 45 orang individu dari China dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia secara keseluruhan (Perkara 19(1) mengikut Negara asal),” katanya.
PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan kira-kira 54,000 warga China sedang dalam proses diberikan kerakyatan Malaysia kononnya untuk menjadi pengundi DAP.
JPN dalam kenyataan memaklumkan, kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution semasa sidang akhbar sempena lawatan kerja rasmi beliau ke jabatan itu pada 9 Januari dimanipulasi dari sebahagian kenyataan penuh menteri itu.
Sedangkan, katanya, intipati kenyataan Menteri ketika itu adalah memaklumkan antara komitmen beliau untuk membuat keputusan sama ada lulus atau gagal terhadap permohonan kewarganegaraan yang tertunggak sekian lama tanpa dibuat sebarang keputusan.
“Jumlah 54,000 permohonan tersebut adalah merujuk kepada jumlah permohonan dari tahun 2017 sehingga 2022 meliputi pelbagai permohonan di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dan dari pelbagai latar belakang keturunan dan negara asal.
“Berdasarkan rekod JPN dari 2019 hingga 31 Julai lalu, hanya 45 orang individu dari China dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia secara keseluruhan (Perkara 19(1) mengikut Negara asal),” katanya.
Mengulas lanjut, JPN berkata, Saifuddin ketika itu juga turut memaklumkan beliau menyasarkan 10,000 permohonan dapat dibuat keputusan pada tahun ini.
Katanya, komitmen itu adalah tindakan proaktif KDN kerana berpandangan keperluan membuat keputusan dalam tempoh yang wajar, antara lain bertujuan memberi keadilan kepada pemohon yang memohon sekian lama yang meliputi permohonan di bawah Perkara 15(2), 15A dan 19(1).
Jelasnya, sekiranya permohonan mereka ditolak, mereka dapat mencari alternatif lain dalam meneruskan kehidupan di negara ini ataupun di negara lain.
“JPN sentiasa ingin menegaskan di mana Permohonan Kewarganegaraan adalah sentiasa tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan perundangan yang berkuat kuasa.
“Permohonan kewarganegaraan hanya boleh dikemukakan setelah seseorang itu memenuhi syarat yang diperuntukkan di bawah Bahagian III, Perlembagaan Persekutuan, Kaedah-kaedah Kewarganegaraan 1964 serta perundangan berkaitan yang berkuat kuasa dalam isu pendaftaran perkahwinan, pengangkatan, kesahtarafan anak dan peraturan imigresen,” katanya.
Pada masa sama, JPN berharap dengan ini dapat menjelaskan kekeliruan dan keresahan orang ramai.
Katanya, penganugerahan taraf kewarganegaraan merupakan anugerah tertinggi oleh Kerajaan Malaysia kepada mereka yang benar-benar layak dan memenuhi syarat.
“Proses yang dilaksanakan oleh JPN adalah tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan selari dengan undang-undang yang berkuat kuasa bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara terjamin,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia
Antarabangsa
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.
Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima.
“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.
“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).
“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.
Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.
“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.
Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.
Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.
Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times
Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine
View this post on Instagram
-
Terkini2 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini23 hours ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Terkini2 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN
-
Terkini2 days ago
DBKL tarik balik larangan jual arak