Terkini
Bekas asnaf mohon hentikan bayaran bantuan zakat
Bapa empat anak terdorong untuk memohon agar bayaran bantuan zakat ke atas dirinya dihentikan kerana dia tidak mahu rasa bersalah apabila sudah mampu menanggung keluarganya.

- Nik Muhammad Halizu Awang, 46, bapa empat anak mohon bayaran bantuan zakat ke atasnya dihentikan kerana tidak mahu rasa bersalah apabila sudah mampu menanggung keluarganya.
- Beliau terima zakat sejak 2018 dan bertindak sedemikian kerana mahu asnaf yang lebih layak menerima bantuan zakat tersebut.
- Dia memohon bantuan zakat ketika itu kerana pendapatan diperoleh sebagai peniaga produk kesihatan tidak menentu, malah tidak mampu membayar yuran tuisyen anaknya di sekolah.
- Selepas empat tahun menerima zakat LZS, kini pendapatan keluarga itu termasuk pendapatan isteri sebagai penyedia makanan di sebuah kilang semakin baik berbanding sebelumnya.
- “Saya juga berazam untuk menjadi pembayar zakat kerana saya amat memahami situasi sekarang yang telah menyebabkan ramai keluarga memerlukan bantuan bagi meneruskan kehidupan mereka.”
SHAH ALAM – Bapa empat anak terdorong untuk memohon agar bayaran bantuan zakat ke atas dirinya dihentikan kerana dia tidak mahu rasa bersalah apabila sudah mampu menanggung keluarganya.
Nik Muhammad Halizu Awang, 46, yang mula menerima zakat Lembaga Zakat Selangor (LZS) sejak 2018 bertindak sedemikian kerana mahu asnaf yang lebih layak menerima bantuan zakat tersebut.
Menurut Nik Muhammad, dia memohon bantuan zakat ketika itu kerana pendapatan diperoleh sebagai peniaga produk kesihatan tidak menentu, malah tidak mampu membayar yuran tuisyen anaknya di sekolah.
Namun katanya, selepas empat tahun menerima zakat LZS, kini pendapatan keluarga itu termasuk pendapatan isteri sebagai penyedia makanan di sebuah kilang semakin baik berbanding sebelumnya.
“Saya tidak mahu dan akan rasa bersalah jika masih menerima bantuan zakat LZS ketika pendapatan saya kini semakin baik dan dijangka bertambah dalam RM200 hingga RM300 pada September.
“Saya kena bertindak cepat sebelum September agar bantuan zakat yang saya terima dihentikan kerana ramai lagi asnaf yang susah di luar sana ketika ini,” katanya menurut Sinar Harian pada Rabu.
Ketika ditanya jumlah pendapatan kasar keluarganya, beliau berkata, walaupun tidak banyak dan hanya berjumlah sekitar RM1,400 sehingga RM1,700 sebulan namun ia sudah cukup untuk mereka.
“Perniagaan saya dan isteri bergantung kepada rezeki, namun saya yakin dengan usaha yang dilakukan secara berterusan, moga pendapatan kami akan menjadi semakin baik di masa depan.
“Saya juga berazam untuk menjadi pembayar zakat kerana saya amat memahami situasi sekarang yang telah menyebabkan ramai keluarga memerlukan bantuan bagi meneruskan kehidupan mereka,” katanya.
Pada Selasa, tindakan seorang penerima zakat dari Kajang yang menghantar surat memohon ditamatkan bantuan bulanan kepada LZS mendapat pujian berikutan sikap amanah yang sukar ditemui ketika ini.
LZS menerusi perkongsian di Facebooknya memaklumkan, menerusi surat bertarikh 12 Ogos itu, penerima terbabit membuat permohonan dihentikan bayaran zakat kerana pendapatan hariannya dijangka mulai stabil.
Menurut agensi itu, penerima terbabit sebelum ini mengajukan permohonan itu kepada LZS di cawangan agensi itu di Bandar Baru Bangi dan memaklumkan pendapatan bulanannya dijangka stabil pada September 2022.
Sumber : Sinar Harian
Terkini
PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan.

- Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan.
- Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.
- Beliau turut mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India.
KUALA LUMPUR — Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan.
Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat yang dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
Ini susulan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.
“Sesungguhnya, jawapan tersebut amatlah bersifat lebih untuk meraih populariti dan terlalu berpolitik. Apakah wajar bagi seseorang individu mempunyai dua kerakyatan? Di manakah kecenderungan bagi individu terbabit untuk menumpahkan kesetiaanya?
“Sepatutnya jawapan isu sensitif seumpama ini tidak perlu dilayan dengan jawapan tegas iaitu mana mungkin dan mustahil seseorang boleh memiliki dua kerakyatan malah untuk memohon menjadi rakyat Malaysia mesti memenuhi syarat-syarat yang ketat mengikut undang-undang yang sedia ada selama ini.
“Malah ada gesaan disyaratkan dengan lebih tegas iaitu penguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Zarina menggesa seluruh rakyat Malaysia khususnya kaum Bumiputera untuk menentang cadangan itu serta berpendirian sebarang kajian tidak perlu dilakukan sama sekali kerana ia keputusan muktamad.
Pada masa sama, beliau mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India kerana perkara itu lebih mengundang mudarat daripada keuntungan.
Katanya, perkara perlu diberikan keutamaan bukanlah terkait kerakyatan sebaliknya isu 1.2 juta warga negara China yang direkodkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), masuk ke Malaysia dalam tempoh 2018 hingga 2021 namun masih tiada rekod keluar dari negara ini.
Ia merupakan suatu jumlah yang amat menggusarkan dan perlu diambil tindakan telus dan tegas kerana ianya pelanggaran undang-undang dan soal keselamatan negara.
“Ini yang patut diberi keutamaan bukan soal kerakyatan dan dikejutkan pula dengan pengumuman Menteri Pelancongan mengenai cadangan pengecualian Visa kepada pelancong terutama dari Cina dan mungkin dari India atas nama kepentingan merancakkan ekonomi tetapi boleh membawa padah kepada keselamatan negara dan masalah sosial yang kini pun sudah parah dan tidak terkawal.
“Cuba bayangkan jika pelancong Cina masuk tanpa tapisan melalui Visa dengan bebas. Pasti ramai akan hilang dan menetap di Malaysia.
“Isu rasuah yang menjadi barah akan menjadi lebih buruk di kalangan penguatkuasa. Perkara ini amat mengerikan kepada masa depan negara Malaysia,” kata Zarina.
Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan berkata Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghasilkan satu laporan berkenaan pengecualian visa untuk pelancong China.
King Sing berkata, kerajaan dijangka akan mendraf dasar mengenai hari lawatan yang dibenarkan untuk berada di Malaysia melalui perkhidmatan pengecualian visa. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook Parti Bumiputera Perkasa Malaysia – PUTRA
-
Terkini2 days ago
Anak mualaf bersyukur MRM bantu uruskan jenazah ibu
-
Terkini4 days ago
Peniaga terima wang menerusi DuitNow QR akan dicaj bermula 1 November
-
Antarabangsa3 days ago
Penutupan kerajaan AS tidak dapat dielakkan – Biden
-
Antarabangsa3 days ago
Malaysia dijangka beri pengecualian visa kepada pelancong China