Connect with us

Terkini

(VIDEO) Mansuhkan pelantikan panel farmasi terbuka kepada semua, LZS digesa utamakan farmasi Muslim – Tinjauan

Tawaran pelantikan panel farmasi program bantuan perubatan asnaf Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang dibuat secara terbuka perlu dimansuhkan dengan menetapkan hanya Muslim dibenarkan atau sekurang-kurangnya diberi keutamaan untuk menjadi panel farmasi atau vendor di negeri itu.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Tinjauan The Merdeka Times di sekitar ibu kota mendapati rata-rata masyarakat tidak bersetuju dengan tindakan Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang melantik farmasi bukan Islam sebagai panel farmasi program bantuan perubatan asnaf membabitkan penggunaan duit zakat.
  • “Bagi saya sepatutnya (LZS) meletakkan syarat Muslim sahaja yang dibenarkan (jadi panel farmasi LZS).
  • “…Cadangan saya mansuhkan non-Muslim (boleh jadi) panel (farmasi) zakat (LZS). Kita mansuhkan kita masukkan Muslim sahaja (boleh jadi panel) sebab apa-apa zakat memang Muslim sahaja yang bayar, so apa-apa kita akan settle dengan Muslim,” kata pekerja swasta ingin dikenali sebagai Ryan ketika ditemui di Sri Rampai di sini hari ini.
  • Kakitangan swasta, Mohd Shakran Abdullah, 38, berkata LZS sepatutnya meletakkan keutamaan kepada farmasi milik individu Islam dalam syarat pelantikan menjadi panel farmasi kerana mereka penyumbang terbesar duit zakat.
  • Mohd Shakran berkata LZS juga sepatutnya mewujudkan kitaran ekonomi dalam kalangan Muslim memandangkan banyak farmasi Muslim dilihat membayar zakat kepada LZS.
  • “Yang bayar zakat orang Islam sahaja rasanya orang bukan Islam tak bayar pun zakat. So bagi aku tak ada keperluan untuk dia (LZS) kata, ok ‘non-Muslim or Muslim’ (boleh jadi panel farmasi), aku rasa Muslim sahaja sebab yang (bayar) zakat semua orang-orang Islam sahaja, orang Muslim sahaja lah,” kata peniaga yang mahu dikenali sebagai Min.

KUALA LUMPUR — Tawaran pelantikan panel farmasi program bantuan perubatan asnaf Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang dibuat secara terbuka perlu dimansuhkan dengan menetapkan hanya Muslim dibenarkan atau sekurang-kurangnya diberi keutamaan untuk menjadi panel farmasi atau vendor di negeri itu.

Tinjauan The Merdeka Times di sekitar ibu kota mendapati rata-rata masyarakat tidak bersetuju dengan tindakan LZS yang melantik farmasi bukan Islam sebagai panel farmasi program bantuan perubatan asnaf membabitkan penggunaan duit zakat.

Pekerja swasta yang ingin dikenali sebagai Ryan, 24, berkata tidak sewajarnya farmasi bukan Islam dilantik menjadi panel dalam program itu sedangkan yang membayar duit zakat merupakan kelompok Muslim.

“Bagi saya sepatutnya (LZS) meletakkan syarat Muslim sahaja yang dibenarkan (jadi panel farmasi LZS).

“…Cadangan saya mansuhkan non-Muslim (boleh jadi) panel (farmasi) zakat (LZS). Kita mansuhkan kita masukkan Muslim sahaja (boleh jadi panel) sebab apa-apa zakat memang Muslim sahaja yang bayar, so apa-apa kita akan settle dengan Muslim,” katanya ketika ditemui di Sri Rampai di sini hari ini.

Senada dengan Ryan, kakitangan swasta, Mohd Shakran Abdullah, 38, berkata LZS sepatutnya meletakkan keutamaan kepada farmasi milik individu Islam dalam syarat pelantikan menjadi panel farmasi kerana mereka penyumbang terbesar duit zakat.

Mohd Shakran berkata LZS juga sepatutnya mewujudkan kitaran ekonomi dalam kalangan Muslim memandangkan banyak farmasi Muslim dilihat membayar zakat kepada LZS.

Beliau berkata sebarang projek yang boleh menjana ekonomi dan pendapatan kepada individu Muslim sepatutnya diberikan kepada kelompok itu.

“Saya yakin keputusan diambil LZS ini mungkin mereka dah buat satu saringan yang sudah complete cuma sepatutnya dalam requirement itu diletakkan keutamaan ataupun priority kepada farmasi-farmasi milik orang Islam kerana mereka penyumbang terbesar untuk LZS.

“….Ini adalah satu cabang atau bidang yang perlu dititikberatkan LZS selain mereka memberi sumbang kepada asnaf-asnaf salah satu fungsi LZS juga adalah mewujudkan ekonomi buat orang-orang Islam.

So di samping memberi bantuan secara umum mereka (LZS) juga beri bantuan kepada orang-orang Islam memulakan perniagaan buat modal sebagainya so orang kata ini satu perkara LZS perlu lebih fokus untuk mewujudkan lebih banyak farmasi-farmasi yang dimiliki orang Islam sendiri,” kata Mohd Shakran.

Foto: Kakitangan swasta, Mohd Shakran Abdullah.

Peniaga yang ingin dikenali sebagai Melur berpandangan adalah wajib meletakkan syarat hanya Muslim yang boleh menjadi panel farmasi program bantuan perubatan asnaf membabitkan penggunaan duit zakat.

Better isu (panel farmasi LZS) ini tak payah bagi kepada non-Muslim, kita orang Islamkan ramaikan banyak yang asnaf takut kita tak dapat bagi yang betul-betul perlukan duit itu, takut karang orang non-Muslim ini fikiran dia tak sama fikiran orang Islam dia pun tak tahu apa yang zakat perlu guna duit itu kan?

“Wajib letak (syarat hanya Muslim sahaja) sebab kita pun ada ja mualaf cuma dia bangsa sahaja lainkan? Mualaf pun boleh lakukan semua ini orang Islam pun boleh tak perlu kut ada orang non-Muslim uruskan zakat ini ke untuk panel perubatan,” katanya.

Peniaga yang ingin dikenali sebagai Min turut berpandangan sama di mana beliau menegaskan keutamaan perlu diberikan kepada mereka yang beragama Islam.

“Yang bayar zakat orang Islam sahaja rasanya orang bukan Islam tak bayar pun zakat. So bagi aku tak ada keperluan untuk dia (LZS) kata, ok ‘non-Muslim or Muslim’ (boleh jadi panel farmasi), aku rasa Muslim sahaja sebab yang (bayar) zakat semua orang-orang Islam sahaja, orang Muslim sahaja lah,” katanya. 

The Merdeka Times (TMT) sebelum ini dengan memetik sumber industri melaporkan LZS didakwa tidak mengutamakan farmasi Muslim dalam pelantikan farmasi panel bagi program bantuan perubatan asnaf di negeri itu membabitkan penggunaan duit zakat.

Malah siasatan dan semakan TMT sejak bulan lalu mendapati terdapat kawasan seperti di Gombak di mana bilangan farmasi bukan Muslim dilantik sebagai panel/vendor program itu adalah melebihi farmasi Muslim.

LZS bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan mengatakan syarat pelantikan adalah terbuka berdasarkan syarat dan kelayakan, selain setakat ini tidak memberi respons kepada permintaan TMT mengenai jumlah (pecahan farmasi Muslim/bukan Muslim) farmasi yang dilantik sebagai panel bagi program bantuan perubatan asnafnya pada tahun ini. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Apa berlaku di Gaza ‘bukan genosid’ – Biden

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Isnin berusaha untuk meyakinkan pengundi Yahudi bahawa dia berdiri teguh dengan Israel, menyeru kekalahan Hamas dan mengecam dakwaan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bahawa pemimpin Israel bersalah atas jenayah perang untuk kempen mereka di Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.
  • Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Isnin berusaha untuk meyakinkan pengundi Yahudi bahawa dia berdiri teguh dengan Israel, menyeru kekalahan Hamas dan mengecam dakwaan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bahawa pemimpin Israel bersalah atas jenayah perang untuk kempen mereka di Gaza.
  • “Apa yang berlaku bukan genosid (pembunuhan beramai-ramai). Kami menolaknya,” kata Biden dipetik Politico semasa berucap di Rose Garden di Rumah Putih, Washington.
  • Bersumpah untuk terus bekerja “sepanjang masa” untuk membebaskan saki baki tebusan Israel ditahan Hamas, Biden mengelak sebarang kritikan masa lalu terhadap rancangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk melancarkan pencerobohan berskala lebih besar ke atas Rafah, sebaliknya menekankan sokongan berterusannya terhadap rejim Israel.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Isnin berusaha untuk meyakinkan pengundi Yahudi bahawa dia berdiri teguh dengan Israel, menyeru kekalahan Hamas dan mengecam dakwaan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bahawa pemimpin Israel bersalah atas jenayah perang untuk kempen mereka di Gaza.

“Apa yang berlaku bukan genosid (pembunuhan beramai-ramai). Kami menolaknya,” kata Biden dipetik Politico semasa berucap di Rose Garden di Rumah Putih, Washington.

Bersumpah untuk terus bekerja “sepanjang masa” untuk membebaskan saki baki tebusan Israel ditahan Hamas, Biden mengelak sebarang kritikan masa lalu terhadap rancangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk melancarkan pencerobohan berskala lebih besar ke atas Rafah, sebaliknya menekankan sokongan berterusannya terhadap rejim Israel.

“Saya akan sentiasa memastikan Israel mempunyai semua yang diperlukan untuk mempertahankan diri terhadap Hamas dan semua musuh mereka,” kata Biden yang turut menyatakan persetujuan pentadbirannya terhadap bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin tidak bersalah.

“Kami berdiri bersama Israel untuk mengeluarkan (pemimpin Hamas) Yahya Sinwar dan seluruh penyembelih Hamas. Kami mahu Hamas dikalahkan, kami akan bekerjasama dengan Israel untuk mewujudkannya,” kata Presiden AS itu.

Ucapan menghormati Bulan Warisan Yahudi menandakan usaha yang jelas Biden untuk membaiki hubungannya yang semakin tegang dengan masyarakat Yahudi.

Selama berbulan-bulan, Biden dilaporkan bergelut untuk mengemudi politik domestik berduri dalam isu perang Israel-Hamas, menyinggung perasaan progresif atas sokongan teguh terhadap Netanyahu sebelum menimbulkan kemarahan Demokrat pro-Israel dengan menahan penghantaran bom ke Israel, yang menurutnya, hanya akan memburukkan lagi malapetaka kemanusiaan di Gaza. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending