Connect with us

Terkini

Agong sokong RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyokong Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 sebagai satu usaha murni daripada pihak kerajaan.

Wartawan TMT

Published

on

Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah
Foto: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
  • YDPA, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sokong Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang dilihat sebagai satu usaha murni daripada pihak kerajaan.
  • Rakyat Malaysia harus memberi sokongan dan dokongan supaya RUU ini dapat diteliti dan dikaji secara mendalam.
  • Satu usaha terbaik untuk menjaga dan menentukan kesihatan generasi akan datang supaya lebih terpelihara sekaligus dapat kurangkan perbelanjaan hospital di Malaysia.
  • Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada semua warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memberi perkhidmatan sewaktu memerangi wabak Covid-19 yang melanda negara.

SHAH ALAM – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyokong Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 sebagai satu usaha murni daripada pihak kerajaan.

Seri Paduka Baginda bertitah, seluruh rakyat Malaysia harus memberi satu sokongan dan dokongan supaya RUU ini dapat diteliti dan dikaji secara mendalam.

Al-Sultan Abdullah bertitah, ia merupakan satu usaha terbaik untuk menjaga dan menentukan kesihatan generasi akan datang supaya lebih terpelihara.

“Kita perlu menegaskan iaitu perlu mendidik anak-anak muda kita untuk mengadakan satu kesihatan yang paling baik.

“Amalan-amalan baik perlu diteraskan supaya perkara yang boleh menjejaskan kesihatan dapat dikurangkan.

“Lebih penting lagi ia dapat kurangkan perbelanjaan hospital di negara kita,” titah Seri Paduka Baginda semasa merasmikan Institut Kesihatan Negara (NIH) di Setia Alam di sini pada Selasa.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Advertisement

Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada semua warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memberi perkhidmatan sewaktu memerangi wabak Covid-19 yang melanda negara.

“Tiada kata untuk beta mengatakan, besar kebanggaan serta berterima kasih ke atas setiap kakitangan KKM yang bertungkus-lumus bersama anggota tentera, polis dan lain-lain yang memberi seluruh jiwa serta raga sehingga kini kita berjaya memasuki fasa peralihan endemik.

“Beta harap KKM yang diketuai oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dapat terus meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat dengan lebih ikhlas, mesra dan jitu untuk tentukan setiap kita berada dalam keadaan selamat,” titah Seri Paduka Baginda.

Sumber : Sinar Harian

 

Author

Terkini

DBKL tarik balik larangan jual arak

Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
  • Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
  • Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong dalam temubual dengan Sin Chew Daily berkata, sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
  • “Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
  • “Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
  • Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
  • Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.

KUALA LUMPUR – Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.

Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong berkata sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.

Katanya, larangan penjualan minuman keras di tempat makan yang tidak halal itu dilihat sebagai peraturan terlalu ketat.

“Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.

“Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.

Di bawah garis panduan dilaksanakan pada 1 November 2021, DBKL melarang kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina di Kuala Lumpur daripada menjual minuman keras.

Advertisement

Bagaimanapun, pelanggan masih dibenarkan membeli bir dari premis itu dari 7 pagi hingga 9 malam.

Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.

Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya. 

“Malah ia dilakukan berikutan kes kemalangan maut yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang menjadi kebimbangan masyarakat dalam negara ketika itu.

“Malang sekali apabila bahagian perlesenan DBKL telah mengambil keputusan mengundur semula ke belakang (reversal). 

“Malah, keputusan menarik balik garis panduan berkenaan turut mendapat sokongan padu sebahagian pemimpin utama daripada DAP,” katanya dipetik Harakah Daily.

Advertisement

Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Razak Ramli berkata keputusan penarikan balik larangan itu akan membawa kepada lebih banyak masalah sosial.

“Umat Islam perlu bangkit melihat sikap sambil lewa kerajaan terhadap isu ini yang telah mengambil langkah ke belakang terhadap isu arak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan Abdul Razak mendapat respons Ahli Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Kasthuri Patto yang meminta beliau tidak menumpukan perhatian terhadap perkara itu.

Kashturi dilaporkan media sebagai berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan sepatutnya memberi tumpuan kepada unsur salah guna kuasa, rasuah, diskriminasi dan ketidakadilan. – The Merdeka Times

Author

Advertisement
Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending