Connect with us

Terkini

“Mat Kilau bukan nasionalis” – P. Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II

Filem pecah panggung “Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (Rise of Mat Kilau: Emergence of Warrior)” menjadi karya tempatan yang mencipta fenomenanya yang tersendiri apabila berjaya meraih keuntungan berjuta-juta sejak ditayang pada 23 Jun lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Ramasamy bercakap mengenai Mat Kilau
Foto: Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P. Ramasamy.
  • P. Ramasamy berpendapat filem Mat Kilau bukan tentang sejarah silam pemberontakan Pahang yang terkenal diketuai oleh pahlawan lagenda Melayu Mat Kilau.
  • Beliau mengakui Mat Kilau adalah pahlawan hebat tetapi meragui bahawa seseorang boleh menyebut Mat Kilau sebagai seorang nasionalis yang memperjuangkan bangsa atau agamanya.
  • Filem itu menggambarkan tentera dan polis Sikh bertindak kejam, tidak adil dan terlibat dalam usaha perkauman yang tidak wajar dan dianggap tidak perlu.
  • Pemberontakan petani Mat Kilau tiada kaitan dengan nasionalisme Melayu untuk melindungi kaum atau agama.

KUALA LUMPUR – Filem box-office “Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (Rise of Mat Kilau: Emergence of Warrior)” menjadi karya tempatan yang mencipta fenomenanya yang tersendiri apabila berjaya meraih keuntungan berjuta-juta sejak ditayang pada 23 Jun lalu.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Namun di sebalik sambutan positif, filem ini terpalit dengan kontroversi apabila ada pihak berpendapat filem tersebut boleh mencetuskan salah faham agama dan kaum.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr. P. Ramasamy berpendapat filem tersebut menggambarkan Mat Kilau sebagai seorang nasionalis berfikiran sempit.

Beliau mengakui Mat Kilau sebagai seorang pahlawan yang hebat menentang ketidakadilan British tetapi beliau bukannya nasionalis berfikiran sempit.

Walaupun filem itu merupakan kisah fiksyen tetapi ia bertujuan untuk menunjukkan perasaan nasionalis orang Melayu pada masa lalu secara am. Dalam erti kata lain, ia bertujuan membayangkan masa lalu untuk menangani keperluan politik dan psikologi orang Melayu pada masa kini atau sekurang-kurangnya beberapa bahagian daripada mereka.

Ramasamy turut meragui bahawa seseorang boleh menyebut Mat Kilau sebagai seorang nasionalis yang memperjuangkan bangsa atau agamanya. Hal ini kerana beliau dan pengikutnya terlibat dalam konfrontasi dengan British dalam usaha untuk mengembalikan dasar ekonomi yang bermoral.

Tindakan British merasionalkan pentadbiran telah mengganggu status quo yang sedia ada telah membawa kepada pemberontakan. Hujah ekonomi moral pada asasnya adalah mengenai sifat konservatif kaum tani.

“Mereka bukan revolusioner atau nasionalis, tetapi pasukan konservatif. Jika status quo mereka terganggu, mereka mungkin bangkit untuk mengembalikan hak mereka,” katanya.

Dalam erti kata lain, Ramasamy menyifatkan Mat Kilau bukanlah seorang revolusioner atau nasionalis tetapi seorang pemimpin petani yang bangkit untuk memperbetulkan keadaan yang telah diubah secara mendadak oleh pentadbiran British.

Justeru, beliau berpendapat bahawa pemberontakan petani Mat Kilau tiada kaitan dengan nasionalisme Melayu untuk melindungi kaum atau agama.

“Walaupun Mat Kilau bukanlah seorang nasionalis, beliau telah mengetuai anak buahnya untuk berhadapan dengan British untuk berhenti mengenakan cukai, pengurangan gaji ketua kampung dan lain-lain. Dia mahu memulihkan status quo sebelum pengenalan reformasi di bawah penjajahan British.

“Ini membawa kepada konflik antara beliau dan pengikutnya dengan tentera British yang juga terdiri daripada orang Melayu dan ahli masyarakat Sikh,” hurainya lanjut.

Katanya, “Orang Sikh adalah tentera British dan tiada bukti yang menunjukkan bahawa mereka terlibat dalam serangan tanpa belas kasihan terhadap penduduk kampung.

“Walau bagaimanapun, filem itu menggambarkan tentera dan polis Sikh bertindak kejam, tidak adil dan terlibat dalam usaha perkauman yang tidak wajar dan tidak perlu. British yang menjadi sasaran Mat Kilau dan anak buahnya dan bukan orang Sikh,” jelasnya.

Beliau merasakan bahawa filem ini mungkin menggambarkan tentang permulaan nasionalisme Melayu pada zaman penjajahan British.

“Semuanya adalah mengenai pemulihan status quo di kampung-kampung di Pahang. Penentangan yang terhad itu hampir tidak mendapat sokongan dari Sultan Pahang. Malah, Sultan telah bertindak sebaliknya dengan mengerahkan anak buahnya untuk mengejar pemberontak.

“Nasionalisme kontemporari adalah tentang membayangkan masa lalu. Masa lalu sama ada dalam bentuk filem atau buku disesuaikan secara selektif untuk memberi pengertian kepada situasi kontemporari.

“Dalam pengertian ini, peranan Mat Kilau ditafsir secara selektif oleh pembikin filem untuk membawa pulang tema bangsa, agama dan negara.

“Tema sebegitu sangat sesuai dengan nasionalisme kontemporari yang sempit seperti yang dilihat dalam perjuangan UMNO, Bersatu dan PAS.

Beliau turut mengingatkan bahawa tidak salah dalam mengingatkan kembali sejarah lampau dan menggambarkannya untuk memberi makna kepada manifestasi nasionalisme kontemporari. Perjuangan nasionalis sering dipenuhi dengan sejarah masa lalu yang terpilih dan imaginatif.

“Ia sama seperti mereka di India yang menganggap Pemberontakan Sepoy 1857 menentang British sebagai permulaan perang kemerdekaan India. Pemberontakan India, seperti yang kita ketahui, tidak mempunyai hubungan dengan perjuangan nasionalis berikutnya. Ia hanyalah pemberontakan terhadap British oleh tentera Hindu dan Islam untuk membetulkan ketidakadilan tertentu.

“Walau bagaimanapun, apabila berita tentang pemberontakan itu mula merebak lalu disemai membawa kepada kecenderungan nasionalis.

“Tiada apa-apa yang menghalang nasionalis Melayu yang berfikiran luas atau sempit untuk memberikan tafsiran terpilih tentang sejarah silam.

Sekadar filem itu, ia seolah-olah menjadi karya nasionalis yang berfikiran sempit untuk menyesuaikan sejarah agar sesuai dengan agenda psikologi dan politik mereka.

Beliau tidak menolak kemungkinan wujud agenda halus di pihak pembuat filem untuk melangkaui nasionalisme UMNO yang berakar umbi dalam penentangan Rancangan Malayan Union 1946.

Beliau berharap agar pembikin filem mungkin mempertimbangkan soal penentangan awal masyarakat Melayu terhadap British daripada tertumpu kepada nasionalisme Melayu kontemporari yang sempit.

(Sumber: Facebook Prof. Dr. Ramasamy)

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai

Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Hidayah Sani

Published

on

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai
Foto: Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral.
  • Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp)  membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.
  • Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan  pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.
  • “Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.
  • “Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

KUALA LUMPUR — Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata anugerah itu berjaya mewujudkan perspektif kecemerlangan dengan mencapai satu tanda aras kualiti tinggi.

Beliau berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.

“Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, SME Corp. Malaysia akan menjemput PMKS yang layak untuk menyertai Anugerah E50 pada tahun ini, iaitu syarikat-syarikat yang telah menerima penarafan 4-Bintang dan 5-Bintang di bawah Program Penarafan Daya Saing PKS untuk Peningkatan atau SCORE.

“Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.

“Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang turut mengucapkan syabas ke atas SME Corp. Malaysia kerana berjaya menganjurkan program itu secara berterusan sejak 1997.

Bagi tahun ini, syarikat ingin menyertainya perlu mengemukakan pencalonan mereka secara dalam talian melalui Sistem Bersepadu Penarafan Insentif PMKS (MyBPI) sebelum tarikh tutup pada 30 Jun 2024.

Syarat kelayakan Anugerah E50 adalah memenuhi definisi PMKS dan diperbadankan di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 40 peratus ekuiti tempatan; mendapat penarafan empat dan lima bintang di bawah SCORE; tidak disenaraikan di Bursa Malaysia; mempunyai penyata kewangan beraudit tiga tahun terkini dan anak syarikat tidak layak jika syarikat induk mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Anugerah E50, boleh layari laman sesawang www.e50.com.my. — The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending