Terkini
Persatuan Sikh Malaysia tidak terima hakikat sejarah dari filem Mat Kilau
United Sikh Malaysia menyuarakan kebimbangan terhadap bahagian fiksyen yang dipaparkan dalam filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang menurut mereka boleh menimbulkan salah faham agama dan kaum.

- Golongan Sikh didakwa tidak senang dan terluka dengan bahagian fiksyen dalam filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang menggambarkan mereka penjahat.
- Petikan filem tersebut memaparkan orang Sikh sebagai askar British yang mencederakan orang tua, kanak-kanak dan orang tidak berdaya.
- Menurut United Sikh Malaysia, kod amalan agama Sikh melarang penganutnya menggunakan kekerasan terhadap orang tua, kanak-kanak, wanita dan mereka yang tidak berdaya, walaupun ketika perang.
- Industri filem Malaysia digesa tidak menghasilkan filem membawa sentimen agama dan kaum sekaligus berpotensi menimbulkan salah faham antara agama dan kaum.
United Sikh Malaysia menyuarakan kebimbangan terhadap bahagian fiksyen yang dipaparkan dalam filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang menurut mereka boleh menimbulkan salah faham agama dan kaum.
Pertubuhan itu berkata, pihaknya kecewa apabila Mat Kilau menggambarkan kaum dan agama lain seperti Sikh sebagai penjahat.
“United Sikh Malaysia menggesa industri filem Malaysia tidak menghasilkan filem yang memberi kesan pada sentimen agama dan kaum dan berpotensi menimbulkan salah faham agama dan kaum.
“Kami percaya ini boleh membawa kepada ketidakharmonian kaum,” kata pertubuhan itu dalam sebuah kenyataan.
Mereka secara khusus membangkitkan paparan orang Sikh sebagai askar British yang mencederakan orang tua, kanak-kanak dan orang tidak berdaya dalam filem tersebut.
“Bahagian ini telah ditambah oleh produser untuk membuat jalan cerita menjadi menarik.
“Walaupun babak kontroversi dalam filem itu adalah fiksyen semata-mata, ia tidak menyenangkan malahan melukakan kami,” kata mereka.
Menurut United Sikh Malaysia, kod amalan agama Sikh melarang penganutnya menggunakan kekerasan terhadap orang tua, kanak-kanak, wanita dan mereka yang tidak berdaya, walaupun ketika perang.
Filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof mula ditayang di layar perak pada 23 Jun lalu. Naskhah itu diilhamkan dari tokoh pejuang kemerdekaan, Mat Kilau yang menentang penjajah British di Pahang.
Karya itu menampilkan Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhian, dan Johan As’ari sebagai pelakon pembantu.
Idea untuk filem itu mula diutarakan pada 2017 dengan penggambaran dijalankan pada 2018 dan selesai pada 2021.
Sumber : Malaysia Kini
Terkini
Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK
Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

- Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
- Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
- “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
- “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.
Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.
Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen.
Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.
Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.
“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.
Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.
Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.
Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.
Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.
Sumber: Utusan Malaysia
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa3 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah