Terkini
Tiada keperluan tambah baik subjek Sejarah – Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) tidak melihat keperluan untuk melakukan penambahbaikan terhadap silibus Sejarah antara Kedah dan Pulau Pinang dalam masa terdekat seperti dicadangkan oleh salah seorang Exco kerajaan negeri Kedah, baru-baru ini.

- Kementerian Pendidikan (KPM) tidak melihat keperluan melakukan penambahbaikan terhadap silibus Sejarah antara Kedah dan Pulau Pinang dalam masa terdekat seperti dicadangkan oleh salah seorang Exco kerajaan negeri Kedah, baru-baru ini.
- Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, silibus pengajian semua subjek sentiasa dipantau oleh pakar-pakar dalam bidang berkaitan agar bersesuaian dengan kitaran melibatkan pembelajaran murid-murid di sekolah.
- “Silibus ini ada kitarannya dan kurikulum tersebut dipantau oleh pakar-pakar. Jadi setakat ini kita kekal dengan silibus sedia ada sehingga kitaran itu habis.
- “Pemantauan dan penilaian itu bukan hanya untuk Sejarah saja tetapi semua subjek. Kita tidak hanya tertumpu kepada sesuatu aspek saja sebaliknya melibatkan semua perkara,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Jenis Kebangsaaan (SMJK) Keat Hwa di Jalan Kuala Kedah semalam.
ALOR SETAR: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak melihat keperluan untuk melakukan penambahbaikan terhadap silibus Sejarah antara Kedah dan Pulau Pinang dalam masa terdekat seperti dicadangkan oleh salah seorang Exco kerajaan negeri Kedah, baru-baru ini.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, silibus pengajian untuk semua subjek sentiasa dipantau oleh pakar-pakar dalam bidang berkaitan agar bersesuaian dengan kitaran melibatkan pembelajaran murid-murid di sekolah.
“Silibus ini ada kitarannya dan kurikulum tersebut dipantau oleh pakar-pakar. Jadi setakat ini kita kekal dengan silibus sedia ada sehingga kitaran itu habis.
“Pemantauan dan penilaian itu bukan hanya untuk Sejarah saja tetapi semua subjek. Kita tidak hanya tertumpu kepada sesuatu aspek saja sebaliknya melibatkan semua perkara,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Jenis Kebangsaaan (SMJK) Keat Hwa di Jalan Kuala Kedah di sini, semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Najmi Ahmad baru-baru ini mencadangkan agar silibus mata pelajaran Sejarah antara Kedah dan Pulau Pinang dalam buku teks ditambah baik supaya tidak disalah erti oleh pihak tertentu.
Najmi mendakwa kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor baru-baru ini bahawa Pulau Pinang milik Kedah merupakan fakta sejarah, namun terdapat pihak tertentu cuba mengolahnya hingga timbul salah faham.
Mengulas lanjut Fadhlina berkata, isu berkenaan seharusnya diserahkan kepada pihak berkuasa kerana siasatan mengenainya sudah pun berjalan.
“Sekarang ini isu itu sudah pun disiasat pihak polis. Jadi kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk proses terbabit,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia
Terkini
Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

- Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
- Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
- Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
- “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
- Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.
“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.
Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.
Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel.
Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS