Connect with us

Terkini

“Mat Kilau adalah nasionalis” – Mujahid bidas Ramasamy

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof, menyifatkan kenyataan Prof. Dr. Ramasamy sebagai ‘prejudis’ kepada sikap antikolonial Mat Kilau yang sepatutnya dilihat sebagai satu kebanggaan kepada semua rakyat Malaysia.

Wartawan TMT

Published

on

Mujahid Yusof dan Ramasamy
Foto: Prof. Dr. Ramasamy dan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof.
  • Datuk Seri Dr. Mujahid dan Dr. Kishva bersetuju bahawa perjuangan Mat Kilau adalah untuk agama, bangsa dan negara. Itu sudah merangkumi skop seorang nasionalis.
  • Kenyataan tersebut dibuat susulan hantaran yang dibuat Prof. Dr. Ramasamy tentang Mat Kilau yang hanya dianggap sebagai pemimpin petani konservatif.
  • Peranan Mat Kilau di dalam filem tersebut dilihat signifikan bagi memastikan rakyat tidak terbeban dan isu perkauman tidak patut dibangkitkan.
  • Filem tersebut harus ditonton dengan minda yang terbuka kerana ia melibatkan sejarah.

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof, menyifatkan kenyataan Prof. Dr. Ramasamy sebagai ‘prejudis’ kepada sikap antikolonial Mat Kilau yang sepatutnya dilihat sebagai satu kebanggaan kepada semua rakyat Malaysia.

Kenyataan ini dibuat rentetan hantaran Ramasamy, Timbalan Menteri Pulau Pinang II, di Facebook yang menganggap bahawa Mat Kilau bukan nasionalis tetapi pemimpin petani konservatif.

Mujahid juga menjelaskan bahawa tindakan Ramasamy mengeluarkan kenyataan itu jelas memperlihatkan sikap sebenar pemimpin DAP itu yang bertindak semberono demi populariti murahan untuk mengambil hati kelompok kecilnya.

Turut sudi berkongsi pendapat, Dr. Kishva Ambigapathy, Ketua Putera Kongres India Se-Malaysia (MIC), memberitahu bahawa beliau percaya Mat Kilau adalah seorang nasionalis ketika dihubungi The Merdeka Times pada Isnin.

“Perjuangan beliau adalah untuk agama, bangsa dan negara. Itu sudah merangkumi skop seorang nasionalis,” jelasnya lagi.

“Kebanyakan pembaharuan yang dibawa oleh penjajah British mempunyai kepentingan buat pihak mereka sendiri sebagai sebuah kuasa imperial. Perjuangan Mat Kilau dan beberapa tokoh negara bertujuan membela nasib dan memastikan rakyat tidak terbeban.

“Peranan Mat Kilau di situ dilihat signifikan dan pada pendapat saya, beliau memanglah seorang nasionalis,” tambah Kishva.

Apabila ditanya mengenai kemungkinan filem Mat Kilau mencetuskan isu perkauman, Kishva tidak bersetuju kerana menurutnya filem Mat Kilau itu bukanlah 100% tepat jalan penceritaannya.

Ujarnya lagi, “Kita kena menonton dengan minda yang terbuka memandangkan ini kisah sejarah.

“Masalah perkauman tak perlu dibangkitkan hanya disebabkan filem ini. The larger message adalah tentang perjuangan Mat Kilau yang membela hak dan nasib rakyat, itu sahaja.” terang beliau. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending