Terkini
“Kalau ada pemimpin kata di Malaysia tiada kemiskinan haid, saya sendiri akan bawa dia berdepan realiti itu!” – Hazeman Huzir
“Kalau ada wakil rakyat khususnya pemimpin wanita mengatakan di Malaysia ini tiada kemiskinan haid, saya sendiri akan bawa dia ke lokasi tersebut, berjumpa dengan realiti permasalahan ini.”

- Pemimpin yang kata perkara ini tidak wujud adalah mereka yang tidak turun ke lapangan dan tidak berjumpa rakyat sebenar.
- Ramai pelajar wanita Sabah tidak mampu beli tuala wanita terpaksa ponteng sekolah kerana perlu menahan kebocoran darah haid dan berhadapan dengan senggugut.
- Mengikut perkiraan, hampir 84 hari pelajar tersebut keciciran pembelajaran menyebabkan golongan pelajar B40 dikhuatiri tidak mampu keluar dari kepompong kemiskinan.
- Pemimpin wanita mahupun lelaki diseru lebih cakna terhadap permasalahan ini.
- Pemberian tuala wanita secara percuma turut dicadangkan oleh netizen.
KUALA LUMPUR – “Kalau ada wakil rakyat khususnya pemimpin wanita mengatakan di Malaysia ini tiada kemiskinan haid, saya sendiri akan bawa dia ke lokasi tersebut, berjumpa dengan realiti permasalahan ini.”
Demikian kata Aktivis Kemanusiaan dan Pempengaruh, Hazeman Huzir ketika diajukan pertanyaan berkenaan realiti kemiskinan haid di Malaysia.
Kata Hazeman, terkadang ada segelintir pemimpin yang mengatakan perkara tersebut tidak wujud di Malaysia kerana mereka tidak turun ke lapangan dan tidak berjumpa dengan rakyat yang sebenar.
“Mungkin sesetengah orang tidak faham kenapa orang lebih memilih untuk mengandung 9 bulan dari berhadapan haid.”
“Mereka cakap eh nanti anak itu keluar bukankah lagi mahal nak sara hidup? Itu yang mereka tidak faham cara pemikiran mereka berbeza dengan kita yang sudah terbiasa mendapat kemewahan seperti ini,”
“Mereka diselubungi kemewahan yang mereka terbiasa sedangkan orang-orang M40 sendiri tak boleh faham realiti kemiskinan haid apa tah lagi T20 nak faham kemiskinan haid dua aras dibawahnya.
“Melainkan warga T20 tersebut rajin menyantuni orang miskin ataupun golongan B40,” kata Hazeman yang juga pada tahun lalu pernah berkongsi di Twitter beliau berkenaan kisah seorang wanita pilih mengandung untuk mengelak daripada didatangi haid.
Tambah Hazeman, ramai kalangan pelajar wanita Sabah memilih untuk memonteng sekolah kerana malu untuk pergi sekolah dalam keadaan terpaksa menahan kebocoran darah haid dan berhadapan dengan senggugut.
“Hakikatnya adalah pelajar-pelajar wanita sekolah Sabah sebagai contoh, iya isunya mereka tidak mampu membeli pad tapi implikasinya terhadap masa depan kanak-kanak itu lebih besar.”
Hazeman turut membuat perkiraan, untuk menunjukkan berapa panjang tempoh hari bagi seseorang pelajar keciciran pembelajaran akibat poteng sekolah kerana permasalahan tersebut.
“Bayangkan dalam sebulan pelajar wanita berhadapan period selama tujuh hari jadi dalam setahun ada 12 bulan darab dengan tujuh hari, maka ia menjadi 84 hari pelajar-pelajar wanita ini ponteng sekolah sekiranya mereka mengalami kemiskinan haid.
“Ini bermaksud berapa banyak berlakunya keciciran pembelajaran di sekolah dan sebagainya. Bagaimana golongan B40 yang mengalami hal ini ingin keluar dari kepompong kemiskinan?” kata Hazeman pada Isnin.
Kata Hazeman, sebagai seorang pemimpin perkara ini adalah benda asas yang perlu dikenal pasti oleh mereka sama ada kebajikan rakyat mencukupi atau tidak iaitu yang pertama pakaian, kedua makanan dan ketiga tempat tinggal.
Menurutnya, tuala wanita ini jatuh dalam kategori pakaian di mana lumrah seorang wanita itu setiap bulan menghadapinya melainkan mereka ada penyakit atau hamil.
“Jadinya, bila benda basic seperti ini iaitu jatuh kategori pakaian dikenal pasti tidak mencukupi dalam kalangan rakyat, pemimpin sekarang kena ambil tahu, lepas dah tahu ambil tindakan,” ujarnya yang turut menjelaskan betapa ironinya apabila permasalahan kemiskinan haid ini dibahaskan oleh seorang lelaki sepertinya yang bahkan bukan dalam kalangan B40.
Hazeman turut menyeru pemimpin lelaki di Malaysia agar lebih cakna terhadap permasalahan ini dan tidak bersikap malu bahkan beliau juga menyuarakan rasa hairan kerana wujud pemimpin wanita yang seolah tidak faham dengan permasalahan tersebut.
Aktivis Kemanusiaan itu berkongsi, ramai netizen mencadangkan tuala wanita diberikan secara percuma kepada masyarakat Malaysia sebagaimana ia telah dijalankan di negara luar dalam usaha mengatasi kemiskinan haid.
Terdahulu, The Merdeka Times melaporkan pada tahun lalu seorang anak pemimpin politik menidakkan beratnya isu kemiskinan haid di Malaysia dengan mendakwa tuala wanita yang diperlukan untuk menguruskan isu itu tidaklah terlalu mahal.
Individu tersebut turut memberi komen sinis terhadap situasi wanita tidak berkemampuan yang sanggup mengandung berulang kali bagi mengelakkan datang bulan.
Terbaharu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff, berkata kajian berhubung kemiskinan haid sedang dilaksanakan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi melihat keperluan bantuan tuala wanita.
Katanya, kajian dijangka selesai Oktober ini, membabitkan 57,000 responden.
Membidas kenyataan itu, Hazeman berkata, rakyat Malaysia sudah muak mendengar perkataan kajian yang selalu dimainkan oleh para pemimpin sebaliknya hasil yang dinantikan.
“Sikit-sikit kajian! Apa kata mereka buat kajian macam mana sesebuah negara ini boleh memberikan tuala wanita secara percuma kepada rakyatnya dan macam mana prosesnya.
“Pemimpin di negara kita kan suka buat kajian,” kata Hazeman.
Terkini
DBKL tarik balik larangan jual arak
Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

- Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
- Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
- Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong dalam temubual dengan Sin Chew Daily berkata, sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
- “Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
- “Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
- Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
- Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.
KUALA LUMPUR – Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong berkata sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
Katanya, larangan penjualan minuman keras di tempat makan yang tidak halal itu dilihat sebagai peraturan terlalu ketat.
“Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
“Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
Di bawah garis panduan dilaksanakan pada 1 November 2021, DBKL melarang kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina di Kuala Lumpur daripada menjual minuman keras.
Bagaimanapun, pelanggan masih dibenarkan membeli bir dari premis itu dari 7 pagi hingga 9 malam.
Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.
“Malah ia dilakukan berikutan kes kemalangan maut yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang menjadi kebimbangan masyarakat dalam negara ketika itu.
“Malang sekali apabila bahagian perlesenan DBKL telah mengambil keputusan mengundur semula ke belakang (reversal).
“Malah, keputusan menarik balik garis panduan berkenaan turut mendapat sokongan padu sebahagian pemimpin utama daripada DAP,” katanya dipetik Harakah Daily.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Razak Ramli berkata keputusan penarikan balik larangan itu akan membawa kepada lebih banyak masalah sosial.
“Umat Islam perlu bangkit melihat sikap sambil lewa kerajaan terhadap isu ini yang telah mengambil langkah ke belakang terhadap isu arak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan Abdul Razak mendapat respons Ahli Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Kasthuri Patto yang meminta beliau tidak menumpukan perhatian terhadap perkara itu.
Kashturi dilaporkan media sebagai berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan sepatutnya memberi tumpuan kepada unsur salah guna kuasa, rasuah, diskriminasi dan ketidakadilan. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini4 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
Bekas banduan Palestin dakwa dicabul, diserang guna anjing di penjara rejim Israel