Connect with us

Antarabangsa

‘Jho Low 2’ tumpas di Thailand

Seorang ahli perniagaan Malaysia, Teow Wooi Huat, ditahan di Thailand kerana didakwa terbabit dalam pengubahan wang haram hasil aktiviti perjudian dalam talian.

Wartawan TMT

Published

on

jho low 2 - teow wooi huat
Foto: Teow Wooi Huat ketika ditahan di Thailand.
  • Seorang ahli perniagaan Malaysia, Teow Wooi Huat, ditahan di Thailand terbabit dalam pengubahan wang haram berjumlah RM336 juta.
  • Digelar ‘Jho Low 2’ ekoran didakwa bertindak sebagai perancang utama sindiket penipuan di Macau, berasal dari Pulau Pinang dan dikenali sering bercampur dengan golongan selebriti.

SONGKHLA: Seorang ahli perniagaan Malaysia, Teow Wooi Huat, ditahan di Thailand kerana didakwa terbabit dalam pengubahan wang haram hasil aktiviti perjudian dalam talian. Dikenali sebagai Tedy,beliau dianggap sebagai ‘Jho Low 2’, iaitu perancang utama penyelewengan wang berbilion dolar daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Seperti Jho Low, Tedy berasal dari Pulau Pinang dan dikenali sering bercampur dengan golongan selebriti.

Bangkok Post melaporkan, Tedy ditahan di ibu pejabat syarikatnya, MBI Group di Dan Nok berhampiran sempadan daerah Sadao awal pagi semalam.

Menurut Penolong Ketua Polis Thailand, Surachate Hakparn,penahanan itu dibuat selepas penyiasat meneliti bukti hasil serbuan di sebuah pusat perjudian dalam talian di Songkhla, Nakhin Si Thammarat dan beberapa wilayah Selatan yang dikaitkan dengan Tedy. 

Ahli perniagaan Malaysia itu menubuhkan MBI Group, yang beroperasi sebagai kompleks Hiburan, termasuk resort di Dan Nok.MBI International Sdn Bhd turut menjalankan beberapa perniagaan di Malaysia.

Suspek sebelum ini ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia pada 2017 atas kesalahan dadah. Namun, tidak diketahui apa berlaku terhadap pertuduhan itu dan bagaimana dia melepasi sempadan ke Thailand serta menjalani gaya hidup mewah.

Berdasarkan laporan dikeluarkan South China Morning Post, Tedy dikehendaki kerana mempunyai kaitan dengan penggubahan wang haram berjumlah RM336 juta (AS$83 juta) di Macau.

Polis percaya Tedy bertindak sebagai perancang utama sindiket penipuan di Macau yang menipu orang ramai untuk melabur wang mereka dalam syarikat yang tidak wujud. 

Menurut polis, pelaburan itu ditapis melalui beberapa siri akaun sebelum digunakan untuk membeli hartanah mewah di Malaysia dan Thailand selain melabur dalam mata wang kripto.

Sumber : Bangkok Post

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Kudis merebak dalam kalangan tahanan Palestin

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.
  • Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.
  • Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.
  • Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.

Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.

Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Terdahulu, CNN mendedahkan seksaan ngeri Israel dengan informasi penyaksian penderaan sistemik dilakukan rejim zionis terhadap tahanan warga Palestin di fasiliti tahanan mereka. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending