Connect with us

Terkini

Hina Islam: Amy bakal didakwa di mahkamah syariah esok

Siti Nuramira Abdullah atau lebih dikenali sebagai Amy ditahan penguat kuasa JAWI selepas menandatangani Borang Jamin ditemani peguamnya, Ramesh Chandran.

Wartawan TMT

Published

on

Nuramira Abdullah
Foto: Sumber Malaysiakini, Nuramira Abdullah.
  • Suspek wanita hina agama ditahan penguat kuasa JAWI sebaik sahaja diikat jamin bagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen.
  • Suspek akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah esok.
  • Bakal dituduh mengikut seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

KUALA LUMPUR – Selepas dilepaskan dengan ikat jamin di Mahkamah Sesyen di sini, wanita yang didakwa menghina agama semasa membuat persembahan di kelab komedi Crackhouse minggu lalu telah ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada jam 10.30 pagi, Selasa.

Siti Nuramira Abdullah atau lebih dikenali sebagai Amy ditahan penguat kuasa JAWI selepas menandatangani Borang Jamin ditemani peguamnya, Ramesh Chandran.

Mengikut prosedur, wanita itu akan ditahan selama 24 jam sebelum didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah pada Rabu.

Amy akan dituduh mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Bahagian III-Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesucian Agama Islam dan Institusinya.

Terdahulu, Siti Nuramira Abdullah, 26, dan kekasihnya V Alexander Navin, 38, yang masing-masing telah diikat jamin RM20,000 hasil sumbangan orang ramai untuk tuduhan di bawah seksyen 298A Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Mahkamah Sesyen menetapkan 1 September depan untuk sebutan semula kes.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement

 

 

Author

Terkini

Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK

Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
  • Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
  • “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 
  • “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.

“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 

“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.    

Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.

Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen. 

Advertisement

Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.

Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.

“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.

Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.

Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.

Advertisement

Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending