Connect with us

Terkini

UPSI nafi hebahan pendaftaran mualaf, dakwa disiarkan tanpa kelulusan

Published

on

Foto: Kenyataannya UPSI.
  • Dalam satu kenyataannya, UPSI memaklumkan poster tersebut tidak pernah dibentangkan untuk pertimbangan mahupun kelulusan pihak pengurusan universiti sebelum disebarkan kepada umum.
  • Menurut universiti itu, hebahan berkenaan turut disebarkan tanpa melalui mana-mana medium rasmi UPSI.
  • “Poster hebahan tersebut tidak pernah dibentangkan untuk pertimbangan dan kelulusan daripada pihak pengurusan UPSI. Hebahan berkenaan telah disebarkan tanpa melalui mana-mana medium rasmi UPSI,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Komunikasi Korporat UPSI.

TANJONG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menafikan penglibatannya dalam satu hebahan mengenai pendaftaran saudara baharu yang tular Isnin lalu, sambil menegaskan bahawa poster berkenaan tidak pernah mendapat kelulusan pihak pengurusan universiti.

Dalam satu kenyataannya, UPSI memaklumkan poster tersebut tidak pernah dibentangkan untuk pertimbangan mahupun kelulusan pihak pengurusan universiti sebelum disebarkan kepada umum.

Menurut universiti itu, hebahan berkenaan turut disebarkan tanpa melalui mana-mana medium rasmi UPSI.

“Poster hebahan tersebut tidak pernah dibentangkan untuk pertimbangan dan kelulusan daripada pihak pengurusan UPSI. Hebahan berkenaan telah disebarkan tanpa melalui mana-mana medium rasmi UPSI,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Komunikasi Korporat UPSI.

UPSI berkata, pihaknya memandang serius perkara tersebut dan tindakan lanjut sedang diambil bagi memastikan kejadian seumpamanya tidak berulang pada masa akan datang.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa merujuk kepada saluran komunikasi rasmi universiti bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat berkaitan sebarang program atau pengumuman.

UPSI turut mengingatkan bahawa hebahan rasmi universiti hanya disalurkan menerusi platform rasmi termasuk Facebook Universiti Pendidikan Sultan Idris, Instagram @upsi_malaysia, Threads upsi_malaysia dan TikTok upsi_malaysia.

Dalam kenyataan sama, UPSI menegaskan komitmennya untuk terus mendepani sebarang isu yang berpotensi mencalarkan imej serta reputasi universiti.

“Pihak UPSI sentiasa komited dalam mendepani isu yang boleh mencalarkan imej dan reputasi UPSI,” jelas kenyataan itu. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author