Connect with us

Terkini

Israel sekat perjalanan pesakit Gaza dari melalui Lintasan Rafah hari ini

Published

on

Foto: Lintasan Rafah.
  • Jurucakap Bulan Sabit Merah Palestin berkata, “Kami dimaklumkan bahawa penyelarasan perjalanan pesakit dan mereka yang cedera melalui Rafah telah dibatalkan hari ini.”
  • Pembatalan itu berlaku walaupun persiapan telah dibuat untuk kumpulan baharu pesakit berlepas dari Gaza. Sebahagian daripada mereka yang terkandas terpaksa kembali ke Gaza lewat malam Selasa.
  • Kementerian Kesihatan Gaza menegaskan bahawa ribuan pesakit dan individu cedera masih menunggu untuk keluar melalui pintu lintas tersebut, sementara rejim penjajah Israel terus mengetatkan prosedur dengan mengenakan had harian tidak melebihi 150 pesakit sahaja yang dibenarkan menyeberang.

Tentera penjajah Israel membatalkan penyelarasan perjalanan pesakit dari Semenanjung Gaza melalui pintu Lintasan Rafah pada hari Rabu, hanya dua hari selepas ia dibuka semula, lapor Roya News.

Jurucakap Bulan Sabit Merah Palestin berkata, “Kami dimaklumkan bahawa penyelarasan perjalanan pesakit dan mereka yang cedera melalui Rafah telah dibatalkan hari ini.”

Pembatalan itu berlaku walaupun persiapan telah dibuat untuk kumpulan baharu pesakit berlepas dari Gaza. Sebahagian daripada mereka yang terkandas terpaksa kembali ke Gaza lewat malam Selasa.

Kementerian Kesihatan Gaza menegaskan bahawa ribuan pesakit dan individu cedera masih menunggu untuk keluar melalui pintu lintas tersebut, sementara rejim penjajah Israel terus mengetatkan prosedur dengan mengenakan had harian tidak melebihi 150 pesakit sahaja yang dibenarkan menyeberang.

Israel membuka semula pintu Lintasan Rafah pada Ahad lalu secara percubaan. Ia mula beroperasi pada Isnin di bawah langkah keselamatan yang ketat, pemeriksaan yang mengaibkan, soal siasat terhadap penduduk yang kembali, serta rampasan barangan peribadi, selepas berbulan-bulan ditutup. – The Merdeka Times

Dapatkan perkembangan terkini di Palestin secara pantas dan eksklusif dengan sertai telegram Dunia Palestin: t.me/duniapalestin

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author