Connect with us

Politik

DAP ditolak kerana pemimpin angkuh, Perlu lebih halus santuni bumiputera – Penganalisis Politik

Published

on

Foto: Penganalisis Politik UKM, Prof. Dr. Kartini Aboo Talib.

  • Penganalisis Politik UKM, Prof. Dr. Kartini Aboo Talib berkata kekalahan “kalah bungkus” DAP dalam Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini menjadi bukti jelas bahawa reformasi yang perlu dilakukan adalah terhadap pemimpin parti itu sendiri tanpa perlu menunding jari kepada kerajaan.
  • “Keangkuhan segelintir pemimpin DAP menjadi faktor utama pengundi bandar dan masyarakat umum menolak parti itu. Ramai merasakan reformasi ultimatum DAP ialah terhadap pemimpin parti itu sendiri tanpa perlu menunding jari kepada kerajaan,” katanya.
  • Kegagalan memahami sensitiviti demografi pelbagai kaum akan terus melemahkan sokongan terhadap parti tersebut.

KUALA LUMPUR – Keangkuhan segelintir pemimpin DAP merupakan faktor terbesar penolakan masyarakat terhadap parti itu, tegas Penganalisis Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Kartini Aboo Talib kepada The Merdeka Times.

Beliau berkata kekalahan “kalah bungkus” DAP dalam Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini menjadi bukti jelas bahawa reformasi yang perlu dilakukan adalah terhadap pemimpin parti itu sendiri tanpa perlu menunding jari kepada kerajaan.

“Keangkuhan segelintir pemimpin DAP menjadi faktor utama pengundi bandar dan masyarakat umum menolak parti itu. Ramai merasakan reformasi ultimatum DAP ialah terhadap pemimpin parti itu sendiri tanpa perlu menunding jari kepada kerajaan,” katanya.

Mengulas mengenai agenda reformasi yang sering dibawa oleh DAP, Kartini berkata beberapa pendirian parti itu menimbulkan ketidakpuasan hati dalam komuniti perniagaan dan masyarakat umum.

Tambah beliau, penolakan DAP terhadap GST dilihat bercanggah dengan pandangan ramai ahli ekonomi yang mengiktiraf manfaat jangka panjang cukai tersebut.

“Reformasi ekonomi? DAP juga yang menolak GST sedangkan para ilmuan ekonomi maklum akan kebaikan jangka panjang. Ini sudah pasti tidak menggembirakan usahawan dan taikun Cina,” kata Prof Kartini.

Prof Kartini turut mempersoalkan naratif bahawa komuniti tertentu “tertinggal”, sedangkan laporan Forbes 2025 menunjukkan 90 peratus jutawan Malaysia adalah daripada kaum Cina.

Menyentuh soal reformasi institusi jelasnya, walaupun DAP menekan isu ketelusan SPRM, rakyat melihat badan itu semakin baik dan lebih telus berbanding sebelumnya.

Justeru Prof Dr Kartini memberi peringatan jelas bahawa DAP harus memperbaiki pendekatannya terhadap masyarakat yang lebih luas, bukan hanya penyokong tradisionalnya.

“DAP harus lebih halus dalam menyantuni masyarakat orang asal, pribumi dan bumiputera,” tegasnya.

Kegagalan memahami sensitiviti demografi pelbagai kaum akan terus melemahkan sokongan terhadap parti tersebut.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author