Connect with us

Politik

“Cucumber Apple Slider tidak beralkohol” – KPKT lapor MCMC fitnah minuman majlis anugerah

Published

on

Foto: Majlis rasmi kementerian pada 8 November lalu.
  •  Dalam satu kenyataan hari ini, KPKT menjelaskan bahawa minuman “Cucumber Apple Slider” yang disajikan semasa Majlis Anugerah Kecemerlangan Menteri KPKT merupakan minuman ringan berkarbonat tanpa sebarang kandungan alkohol.
  • Penggunaan gelas berkaki adalah mengikut standard katering yang lazim digunakan dalam penganjuran majlis berprotokol dan tidak membawa sebarang maksud atau simbolik lain seperti yang ditularkan.

 

PUTRAJAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menafikan dakwaan tular di media sosial yang cuba menggambarkan bahawa majlis rasmi kementerian pada 8 November lalu menghidangkan minuman beralkohol kepada para tetamu.

Dalam satu kenyataan hari ini, KPKT menjelaskan bahawa minuman “Cucumber Apple Slider” yang disajikan semasa Majlis Anugerah Kecemerlangan Menteri KPKT merupakan minuman ringan berkarbonat tanpa sebarang kandungan alkohol.

 

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook KPKT Malaysia.

 

Menurut kementerian itu lagi, penggunaan gelas berkaki adalah mengikut standard katering yang lazim digunakan dalam penganjuran majlis berprotokol dan tidak membawa sebarang maksud atau simbolik lain seperti yang ditularkan.

KPKT turut menyifatkan penyebaran maklumat tidak tepat itu sebagai tindakan yang boleh menjejaskan imej kementerian dan reputasi para tetamu yang hadir ke majlis berkenaan.

Susulan dakwaan tersebut, KPKT memaklumkan bahawa pihaknya telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan dan siasatan lanjut terhadap pihak yang menyebarkan tohmahan itu.

Kementerian turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tanpa usul periksa, sebaliknya merujuk kepada sumber rasmi bagi mendapatkan maklumat yang tepat.

KPKT menegaskan bahawa kementerian sentiasa komited memastikan setiap penganjuran majlis mematuhi garis panduan, nilai integriti dan sensitiviti masyarakat, selaras dengan standard pentadbiran kerajaan. -The Merdeka Times

 

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author