Terkini
Lelaki India menyamar Muslim laung ‘Allahu Akbar’ ugut letup pesawat, ditahan
- Penumpang tersebut, dikenali sebagai Abhay Nayak, 41 tahun, didakwa menjerit slogan dalam bahasa Arab serta mengugut untuk meletupkan pesawat, menyebabkan penerbangan itu terpaksa membuat pendaratan cemas.
- Menurut saksi, Nayak keluar dari tandas pesawat sambil menjerit “Allahu Akbar” dan mendakwa dia mempunyai bom.
- Suspek juga didakwa menjerit bahawa dia mahu “menghantar mesej” kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang ketika itu berada di Scotland.
LONDON – Seorang lelaki India yang didakwa menyamar sebagai seorang Muslim dan mengancam untuk meletupkan pesawat telah ditahan pada 27 Julai selepas mencetuskan kekecohan di dalam penerbangan dari London ke Glasgow.
Penumpang tersebut, dikenali sebagai Abhay Nayak, 41 tahun, didakwa menjerit slogan dalam bahasa Arab serta mengugut kononnya terdapat bom di dalam pesawat, menyebabkan penerbangan itu terpaksa membuat pendaratan cemas.
Suspek kini berdepan pelbagai pertuduhan jenayah.
Menurut saksi, Nayak keluar dari tandas pesawat sambil menjerit “Allahu Akbar” dan mendakwa dia mempunyai bom.
Suspek juga didakwa menjerit bahawa dia mahu “menghantar mesej” kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang ketika itu berada di Scotland.
Dia turut melaungkan “mati kepada Amerika” dan “mati kepada Trump” sebelum ditahan oleh penumpang lain di udara. Video kejadian yang tular di media sosial menunjukkan beliau ditahan di lorong tengah pesawat manakala kru penerbangan memeriksa barang miliknya.
Nayak berdepan pertuduhan menyerang dan membahayakan keselamatan pesawat di bawah undang-undang navigasi udara United Kingdom.
Nayak masih belum mengemukakan sebarang pengakuan dan kekal dalam tahanan, dengan sebutan semula kes dijadualkan dalam tempoh lapan hari.
Setakat ini, beliau tidak dikenakan pertuduhan berkaitan keganasan. Tiada bahan letupan ditemui di dalam pesawat tersebut. – The Merdeka Times